Wednesday, December 24, 2008

cerita sedih seorang lelaki

salam semua =)

tetiba je air mata aku bergenang di kelopak. dada rasa berat. nafas tersekat-sekat dn hiba menguasai hati. aku gagal tumpukan perhatian pada modul ceramah yg aku sdg taip.

aku cuba kawal diri. tak sanggup melihat apa yg berlaku depan mata. sedang isteri aku dengan tenang menatap. dia seolah langsung tidak terusik. mmg dia sgt kerashati tabah.

isteri aku bertanya sesuatu. namun aku gagal menjawabnya. seolah suara tersekat dlm dada. dia mendesak bertanya lagi. aku membukam juga. sebenarnya aku takut jika aku berterus terang dgnnya, airmata yg bergenang akan tumpah jua. tapi isteri aku terus bercerita dn bertanya. aku pula terus membisu. itu jln terbaik yg aku rasa untuk jernihkan suasana. dan isteri aku terus tenang dgn dunianya.

untuk meredakan keadaan, aku keluar dari rumah. hidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan bergerak. safwan mengejar dari dalam rumah. menjerit2 memanggil aku. aku berhentikan kete. safwan mendekat. di sebelah pintu pemandu dia berdiri.

"nk ikut ayah.."
"takpe le.. ayah nk beli ikan. kejap je.."

aku beralasan. dia akur. harap2 dia tak perasan mata aku yg merah. :(

hiba masih berat dn airmata masih bergenang waktu aku bawa diri ke meru. pusing2 kt pekan dan bila keadaan dh tenang, aku singgah satu kedai makan skdr utk damaikan diri.

aku benci ayat-ayat cinta. cerita kedua yg berjaya mencabar sifat lelaki aku slps kuch kuch hota hai!.


ironinya, dh 3 kali aku ulang cerita AAC.


haha! :))

30 comments:

fsj said...

serious cikgu nanges smp camni skali? 3 kali bace, 3 kali dh la cikgu nanges? :p

isteri cikgu tough r :D

[MH] said...

haaa?biar betul cikgu???

sy tak pernah teringin nak tgk cite tuu...
uish,hati isteri cikgu mmg tabah..dan macho..

;)

snm | snm said...

cikgu..klu movie xde menusuk hati sgt. kene baca novel la cikgu. dlm movie x best lgsg. saya sdkt hampa menonton movie AAC..itu bg saya..org lain, saya x tau

Sally said...

Salam,
sambil berjalan2 dr blog ke blog..sampai saya d sini..terpanggil nak baca n3 sbb tgk istilah Cikgu Jawa..2 persamaan..saya cikgu dan saya berdarah Jawa..hehe
Filem AAC ni ramai kata best..blom berkesempatan lagi nak nonton..cuma lagunye saje yang jadi kesukaan..

Sarah Mohd Shukor said...

Auww cikgu ;) Fahry Jawe =p Comel je bunyinya. Hehe.

Anonymous said...

fathen >> mana ada nanges. sebak jek. haha!

fathiyyah >> dia macho mcm awk. =p

falin >> tu mslhnya. aku x suka baca novel. :))

kasih >> hahaha! maknanya mata dn emosi aku masih normal sbg manusia.


teachersally >> slmt dtg teacher. hehe.. AAC x best. sungguh!. best lg senario. :P

sarah >> cissss.. nk kena sarah nih. haha!. tu fahri indon. blm tentu jawa. :))

PINATBATE said...

Fahri dalam novel AAC jauh lebih mengesankan dari dalam filem..

Kalau tengok AAC tiga kali CJ masih sebak...agaknya kalau baca novel terus CJ tak taulah jadi macamana..

Try lah baca!

[MH] said...

haha,cikgu tk kenalkan isteri cikgu pada sy pun,sy dh tahu da isteri cikgu mmg macho..
erk,kak,jom jd geng macho! hihi

rienmiel said...

salam cikgu~

wah...ade gak peluang nak komen blog cikgu...
slalu baca je tanpa sempat tinggal jejak :)

cikgu ni buat saspen je...
ingatkan ape tadi...

AAC ni mmg menyebakkan jiwa raga..
saya baca novel die nangis sampai bengkak2 mate...heh

btw, selamat menjalani sisa2 cuti sekolah...
dan selamat kembali bertugas :)
saya pun kene mendaftar semula kat ipba 7 jan ni...hmm...

Solehah Muhammad said...

CJ kene sabar dan kuat. hihii, AAC tu mmg akan hanyutkan perasaan kita. kalau ada masalah berkaitan dengan tu, tahan dulu jgn tgk ACC, banjir nati. huhuu

:|: TinTa Kibod :|: said...

alamak..meru banjir!!

dr hati sorang lelaki jawa..ngeh²

risanur said...

sedih dan menitis air mata kerana cerita ayat-ayat cinta??betul ke hati CJ tercabar krn cerita itu..ingatkan hati wanita je mudah tersentuh...

Maryam said...

saya tengok muvi, menyampah je.. huh!

Anonymous said...

:) mcm2 la cj nih... kite ingat ape la tadi... huhu

CPI said...

sy nangess mase bace novel...tp muvie die x best laaa...actor lelaki tu x memenuhi imaginasi sy utk brgelar seorang fahri...hurmmmm

norsaritanaini said...

salam jengah...
sy dh tgk moviw n dan baca novel..movie tu tk lengkap selengkap novel..baca novel lg best penghayatan dia...
kalo cikgu baca novel, memang takdan nk tahan2 dah rasanya, memang terburai kat sirtu jugak air mata...even depan isteri...hehe...

chekgu Bani Hassim said...

yang orak2 la kue ki...

aku igt pasal ape laa...cikgu jowo...cikgu jowo...

Sarah Mohd Shukor said...

Tu sebab dah jadi Fahry Jawe. Sebab itu adalah versi Fahry yang di-Cikgu-Jawe-kan.

Hohoho~

hayad said...

lorr..aku ingat pekebenda la tadi.

Nini Marini said...

cikgu ni mmg suke buat suspens.haiih,saya ingat apela.airmate saye pun dah nak begenang,ingatkan pasal isteri cikgu makin sakit ke..

rupe2nye pasal ayat2 cinta.waaa,tension saye.huhu

ramai sgt org cakap,jgn tengok muvi sebelum bace novel.maka saya akan bace novel dulu.sbb muvinya entah hapa2 kata byk org.
=)

Anonymous said...

hahhaa
mula2 baca dah mengketawakan org...siap safwan dimanipulasikan(kononnya meningkatkan lagi mud aura kesedihan)

baca lagi besssssttt dong

Mazarina said...

sy pun nangis tgk time aisha pujuk fahri suruh menikah lg..time die genggam baju fahri n skali lg time dia lari kuar bile fahri mau akad nikah..novel die memg lg best..tgk filem die kali pertama, x nangis..tgk kali ke2, mula nangis..

Anonymous said...

pinatbate >> tu le mslhnya. x minat baca novel. hiks.. :p

fathiyyah >> wah wah.. pakat nampak.. hehe

rien >> slmt jd 'cikgu to be' rien. hehe

ummu solehah >> sbnrnya filem AAC tu ada mengarut juga.. sungguh!

Anonymous said...

ayue >> meru panas le hari nih. :P

risanur >> spesies lelaki pun manusia gak kan. huhu :)

maryam >> sama le kita mek. menyampah juga kt tivi. haha!

manje >> tgk sapa dh kena.. hehehe

Anonymous said...

iman >> kan awk dh jumpa 'fahri' awk. kekekeke..

norsaritanaini >> kang x psl2 je bini aku gelak2 tgk aku sedu2 sbb baca novel. nehi! :P

cikgu BH >> terkena sudaaa.. :))

Anonymous said...

sarah >> x mau jd fahri. nk jd hj romli. tp sarahnya blm ada. haha!

dayah >> kehkehkeh.. :))

nini marini >> maknanya n3 aku kena baca sampai abes. :)

one >> tunggu AAC versi II kot..

mazarina >> scene yg sama buat aku sebak. satu lg, time banduan tegur dia solat.. huhu

Mrs. ORENSEED said...

hehe
buat suspen je awal2 entry ni
:) AAC bestt

AiRynnz said...

ryn x menanges tgk cite tuu..tp menanges baca novelnye..lagilahhhhhhh sayuuuuu huhuhuhu

arsaili said...

salam..sabar je la

Anonymous said...

naper bleh terlepas n3 ni? emmm takpe akak nak komen juga walau akak yang terlewat.

serius ke cikgu nanges tengok AAC tu? cam tak caya jer. tapi naper akak cam tak bernafsu nak nengok citer tu. tapi klu betullah cikgu nanges tengok citer tu... harus kena carik cd tu.