Tuesday, December 23, 2008

bertahanlah!

salam.. :)

sebuah kisah benar..

dia seorang wanita. aku panggil dia cik S (nama samaran). dia lulusan UK dlm bidang engineering. aku kenal dia sbb dia pernah dtg ke rumah aku. masa tu dia bujang. bertudung litup, berstokin kaki, bersarung tangan dn lembut tutur katanya. menepati ciri2 muslimah sejati. bicaranya adalah bait2 agama, nasihat, tazkirah dn teladan buat kami sekeluarga. aku sgt suka melihatnya. ayu, lembut dn tenang.

aku dpt tahu dia sgt menjaga akhlaknya, solatnya dn dirinya.

jodoh tlh menemukan dia dgn seorang lelaki. lelaki tersebut masuk islam dn keluarga di kampung mengadakan kenduri spt biasa org2 lain buat kenduri kawen.

2 minggu slps itu, suaminya pulang ke UK dn terus hilang tanpa berita. cik S cuba mencari dn menghubungi suaminya. namun terus senyap dn hilang. bulan demi bulan.

rupanya itu bermula ujian Allah.

cik S merasa sgt kecewa. ibarat siang jd malam. tudung yg tadinya labuh tlh ditanggal. rambutnya diwarnakan perang. tiada lagi baju kurung menutup aurat. hanya seluar ketat dn tshirt sendat. itu le pakaiannya seharian pergi dn balik kerja. tiada lagi bait2 kata agama, nasihat dn tazkirah. dia seperti memberontak. tiada lagi cik S yg dulu. :(

==================

adik2 ku.. pasti dlm hidup, kita pasti akan diuji. pada masa tu le keimanan kita benar2 berada dihujung genting. tak pernah manusia yg beriman tidak diuji. samada ujian itu berupa senang atau susah, mewah atau miskin, gembira atau sedih, sihat atau sakit.

adik2 ku.. jgn sesekali salahkan Allah waktu kalian diuji. sbb aku pernah dgr seorang merintih dpn aku, "apa yg tak kenanya dgn saya. solat puasa mengaji semua buat. knp Allah tak adil menguji saya mcm nih. knp bkn org2 jahat tu je yg diuji berat2"

adik2 ku.. kdg2 tindakan Allah sgt pelik. makin DIA sayang seseorang, makin disusahkannya orang itu. makin DIA benci seseorang, makin disenangkannya org itu. maka pohon le doa agar ditetapkan hati dn iman.

moga2 kita semua tetap iman dn taqwa. antara redha Allah dn redha manusia, pilihlah redha Allah.

ustat CJ. =)

18 comments:

hayad said...

terima kasih atas peringatan ini cikgu.

Anonymous said...

"makin DIA sayang seseorang, makin disusahkannya orang itu".. sangat meninggalkan kesan dihati sy. Sungguh sy kalah dgn ujian sy sekarang. Malunya sy dengan DIA..Terima kasih cg.

PINATBATE said...

Sungguh benar kata ustaz CJ..kadang-kadang kita terlupa bahawa kesenangan dan kebahagiaan juga rupanya ujian Allah untuk melihat sejauh mana hambanya bersyukur dan menggunakan nikmat dengan sebaiknya..

Jangan jadikan kesusahan yang sedikit melalaikan kita dari melupakan selautan nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya..
Kepada Allah jua sebaik-baik tempat mengadu ..

Neeza Shahril said...

Saya ni Cik N. Eh! Pn N. Saya setuju dengan kata2 ustaz CJ tu..
terima kasih..

memang betul tu.. Allah sayang kita dengan menguji kita.. sebab kalau kita berjaya tahan ujian itu, makin ditingkatkan iman kita..

Semoga akak tabah hadapi ujian dari Allah... takut juga, kalau diuji dan tak tahan dengan ujian dari Nya...

Anonymous said...

Bila kita diuji, kita perlu lebih mendekatiNya. kerana dalam tangisan sewaktu mengadu, kita pasti merasai kasih sayangNYa. meresap dalam kalbu.

manis.

indah.

Amin Ahmad said...

alamak, bukan orang frust cari agama ke?

ini sudah kes terbalik..

ni mungkin berpunca dari protes terhadap agama dengan cara yang canggung...

berdoalah utk dia. sebut namanya.

Abang Long said...

SABAR itu terlalu mahal harganya !

Berdoalah semoga Allah tetapkan IMAN kita.

[MH] said...

iman orang berbeza,jadi tahap ujian mereka pun berbeza kan cikgu?

terima kasih cikgu..

Ustaz J ;)

laki cikgu kimia said...

remaja di sini juga ada yang seperti itu.. terkena kejutan budaya aku rase. sedih kulihat.

Anonymous said...

dayah >> kembali!

ck >> skdr berkongsi ilmu :)

pinatbate >> sungguh le kak pinat. kita suka sgt mengeluh kan.

kak neeza >> haish.. le akak ni suka mengusik. :) insyallah akak kuat.

Anonymous said...

saffa >> itu le manis indahnya iman. :)

pewaris reformasi >> insyallah, sentiasa berdoa utk dia.

abang long >> abg long tentu sgt fhm akan ujian kan. pekabo? bila nk roger2. haha!

Anonymous said...

fathiyyah >> betul spt awk kata. makin besar ujian makin besar pahala menanti. insyallah.

chi am >> betul am, masa kt ukm dulu pun ramai member 'tumbang'. huhu

Nini Marini said...

assalamaualaikum ustaz jawe..

izinkan saye memetik ayat Quran ini;

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : “'Kami telah beriman”' sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al Ankabut: 2-3)

Setiap orang yang mengaku beriman pasti diuji.malah Allah katakan dalam Quran,janganlah mengaku kita beriman kalau belum diuji.sebaliknya mengakulah kami telah berislam.

Ujian yang disebut dalam Quran adalah 'fatana' yang berkaitan juga dengan 'fitnah'.bermakna, ujian yang Allah maksudkan adalah benar2 ujian berat.kalau ujian yang ringan, pasti Allah akan menyebut sbg 'imtihan' sj.


Just my two cents.setakat apa yang saya tahu saja tu, utk perkongsian kita semua.

cikgu,saya suka amat entry cikgu yang ini.serious dan berisi.

tapi semua entry cikgu saya sgt suka.bervariasi.teruskan tau.kalau tak saya piat2 telingan cikgu.

oops,lupe pulak,ustaz.=)

:|: TinTa Kibod :|: said...

tq 4 reminder ustaz cj...

owh ujian...sesungguhnya ia terlalu manis..

fsj said...

chekgu mekaseh ats entry ni.
dooakn saye kuat ye, ameen :)

Anonymous said...

so cikgu camne kat dia,camne skang?

Shah CJ said...

kasih >> setiap ujian mmg berat. tp kita perlu terus senyum.. :)

nini marini >> nice info nini. TQ tambah maklumat. :)

ayue >> manis2 pahit gitu.. :)

fathen >> kita sama2 doa agar kuat dgn ujian Allah. amin.

one >> begitulah.. :(

Anonymous said...

semoga pintu hati dia terbuka utk kembali ke jln yg benar.