senyum sikit.. dh sarapan? hehe
hari ni sarapan pagi cikgu2 ditaja oleh PK1. ntah apa mimpi dia tetiba je dia bermurah hati belanja kami sarapan pagi. ceria dn gembira cikgu2 semuanya. jimat budget makan. konsep kt sini, ambil le apa saja yang ada kt rak makanan, makan le apa saja, kuih, nasi, mee apa saja.. si tukang belanja akan bayarkan. huhu
utk aku, aku cuma ambil teh segelas, mee goreng dgn telur goreng. huhuhu.. banyak kan?. patut le seluar dh terkoyak. ahaks!>>> hihi..
rasa segan pula nak ambil suka2 hati. adat org tolong bayarkan, takkan nak pulun makan sesukahati. kesian le kt tukang belanja.
terima kasih PK1 aku yang baik hati. terima kasih daun keladi.
pasal belanja kawan2 makan nih, aku pernah cadangkan kt pentadbir dulu. agar semua pentadbir pandai mengambil hati guru2. pentadbir jgn syok sendiri kt atas sana. mengarah guru itu dan ini. tapi tak pandai ucap terima kasih kat kt rakan2 guru yang bertungkus lumus membuat kerja.
aku pernah cakap kat HEM. supaya guru2 kelas diberikan cenderamata setiap akhir tahun. guru2 SSDM, guru pengawas, guru disiplin dan semua guru bawah bidang tugas HEM diberikan cenderamata. sebagai tanda terima kasih HEM kepada rakan2 mereka. bukan mudah woooo buat kerja2 tu semua. tensen! sungguh!
begitu juga guru2 di bawah PK1 bidang akademik, guru2 bawah bidang kokurikulum. apa salahnya hargai sumbangan dan penat lelah guru. berikan mereka sedikit ceria dan gembira. dengan belanja mereka makan sesekali, atau belikan mereka hadiah, sekurang2nya cikgu2 akan merasa dihargai. dan menambah motivasi utk bekerja juga.
rasanya tak salah menghargai kawan kan.
salah satu budaya sekolah aku pula. bila ada rakan2 yang pergi kursus jauh2 ke melaka, pahang, langkawi dn lain2. mereka akan belikan ole-ole utk kawan2 kt sekolah merasa sikit.
kalau yg kursus kt langkawi tu sudah tentu coklat. kalau kt melaka, dodol. begitulah mereka akan beli sedikit utk kawan2 merasa. sekurangnya berterima kasih kt kawan2 yang tolong relief kelas.
malah yg tolong relief kelas dpt sikit tambahan ole-ole.. hehe
aku kira, dgn budaya berterima kasih mcm nih, akan merapatkan ukuhuwah sesama rakan setugas. seterusnya akan menemukan jodoh juga sesiapa yg masih bujang..
apa salahnya pengetua yang dapat elaun keraian, belanja sikit cikgu2 makan atau sarapan. jgn le guna elaun keraian tu utk bayar kete ke rumah ke korang saja. cikgu2 nak juga merasa elaun keraian korang. tanpa kami cikgu2 cabuk nih, sapa le korang wahai pentadbir... hahaha.. mcm apa jek.
korang patut kesian kt kami yg kerja siang malam nih. berjaga malam kt kem, dok kejar budak keliling sekolah, kena marah mak bapak, berpeluh ngajar kt kelas yg kipas rosak, kena buat fail itu ini, kena buat data sampai tak tidur malam.. hargailah cikgu2 anda. selami perasaan dn emosi mereka. bina motivasi mereka.. ingatlah org yg tersayang. cheewwaahhhh!!
teringat aku ada satu kisah kt sebuah sekolah. spt yg kawan aku cakap.. err..pengalaman sebenar dia:
selepas tamat satu hari kantin sekolah dia. puan pengetua dgn bangganya berkata bahawa dia tak berbangga langsung dengan pencapaian hari kantin walaupun mencapai sasaran dn untung besar. bagi dia apa yg cikgu2 buat tu satu tanggungjawab dan arahan dia.
kawan aku kata: puan pengetua tu kata lagi: MAK BAPAK DIA TAK AJAR UCAP TERIMA KASIH kat orang yang buat baik kat dia. bagi aku pengetua mcm nih patut kena
kesian mak bapak dia dpt anak kurang ajar!
oh.. kepada PK1 yang belanja kami. byk2 sabar ye. dh le cikgu langgar orang, pastu kena saman. kete rosak kt bengkel. bibik pula kena tangkap imegresen takde permit.. huhu.. kami tumpang simpati sgt2. harap belanja sarapan pagi tadi jadi sebab ringan bebanan cikgu yee.. hihihi.. tumpang sedih jee..
16 comments:
memang guru2 patut di hargai kan?
isk... apo punya pengetua la... esok2 anak dia pun tak pandai ucap terima kasih la tu terutama kat dia. baru padan muka...
pada saya bukan takat dikalangan bos2 pendidik saja perlu amalan belanja membelanja ni... bos2 bukan pendidik pun kena ada amalan camtu. alaaa berapa sangatlah staff makan ye tak.
lagipun pe salahnya kongsi skit elaun yg berlebih yg tak tahu nak buat apa tu. tapi malangnya bos saya tak mcmtu....huhuhuh.
tak sukar untuk mengungkapkan ucapan 'terima kasih'...tidak sesukar untuk mengucapkan kemaafan...
ada 3 benda sedap dalam dunia ni
1. mengata orang
2. makan free
3.berak
salam ziarah...ahakkssss
ahahahaha...cikgu nih.
nak ckp...terima kasih cikguuuu!!!
hehheheheh..
kesian pengetua tu dapat mak bapak tak pandai. hehehe
best lak dengar kisah cikgu-cikgu di luar kelas gini.
slalu pengetua yg camtu,kan. macamana depa boleh cepat dilantik.emmm.... tapi takla semua pengetua macam tu,kan.
apepun, best dpt PK1 baik. suka belanja2. walaupun dlm kesusahan. moga dimurahkan rezekinya, diberkati hidupnya dan dijauhi segala kesusahan yg mendatang.
WOOO...
Selambe cikgu nganyam ketupat psl PK cikgu kat sini ek???
Tp aku percaya, PK cikgu idoknye nak bukak blog cikgu, nak bace kan??
Kalau terbukak dan terbace, pandai2 la kaver???Hehehe...
wah..sejuk hati dapat PK camnih..
Pengetua cam cikgu cakap tuh lebih kurang cam 'mem' kt sekolah saya nih lar...sekolah saya tengah hangat sekarang nih cikgu..mujur tak masuk paper ngan berita jer tuh..alahai..!!!
pengetua tu memang tak kenang budi.. esok2 anak2 dia buat dia cam sampah baru tahu..
sebab anak2 dia tak reti cakap terima kasih..
selalu tu anak murid bagi macam2 penghargaan kat cikgu kan..
akak rasa, lagi berharga apa yang anak murid bagi sebab diorang ikhlas..
kalau HEM bagi, berharga jugak kot.. hehehe..
mama ranggie:
ops! semua org perlu dihargai kan mama.
maryam:
moga2 anak2 dia akan dapat 'menyedarkan' dia. huhu
ayumkay:
a'ah kan ayumkay. duit diaorg byk2 tuh buat apa yek.. huhu
risanur:
terima kasih risanur. hehe
cikgooden:
hehe.. salam ziarah juga wak. nanti2 aku jln2 blog awak eh. kalau tenet dh pulih semula. Insyallah.
iman:
yea! yea! cik iman dh dtg..
orangelily:
macehh.. hihi. welkam wak! =)
k-riey:
baca dgn fikir tau wak. :p
cikguzue:
tambah sikit kak. awat pengetua pompuan selalu jd camtuh.. hehe. tapi x semua kann.. hihi
banihassim:
kalau le PK aku baca blog aku hari nih. mau aku mc esok hari. wahahaha!
nurul:
ape? ada kes? berita?.. hehe.. menarik je tuh.
kak neeza:
lbh berharga kalau hadiah yg pentadbir bagi jenis2 berharga juga. hihi
Post a Comment