salam semua.. :)
berkain pelikat lusuh warna coklat. berbaju melayu warna ungu tanpa butang. berselipar jepun. melangkah lemah kerana demam. itulah aku sewaktu kt pasar malam tadi. aku ditemani safwan. anak bujang yg keletah itu. dia pakai t-shirt pasar malam warna coklat dan seluar panjang warna biru cair.
manakala isteri aku di rumah. dia keletihan hari ni sebab terpaksa menghadiri 2 mesyuarat sepanjang hari. termasuk 1 mesyuarat yang dia pengerusikan sendiri. mesyuarat ketua pentaksir daerah. justeru dia tak menemakan aku ke pasar malam.
aku tertarik utk beli durian. tapi aku cuma nak beli 2 biji saja. sebab cuma kami bertiga yang makan. [sebenanrnya siang tadi aku jalan2 blog inah. dia cerita pasal durian. maka aku telah terpedaya dn tergoda nak makan durian pula hari nih.. hehe]
singgah di gerai jual durian di muka pasar malam betul2 di tepi jalan simpang empat. si penjual meneriak lantang. orang ramai lalulalang. kenderaan pula bersimpang siur. agak bingit suasana.
banyak pilihan. 2 biji RM10. 3 biji RM10. 5 biji RM10 dan 10 biji RM10. aku cakap kt penjual aku cuma nak beli 2 biji aje. lalu dia cadangkan aku beli yang 3 biji 10 ringgit tu. boleh aje. lagipun saiznya agak besar juga.
setelah berlaku proses ketuk - kopek - tekan isi - belah. aku beli 2 biji yang diidamkan. aku hulur RM10. dia pulangkan RM5. aku agak terkedu juga. terdengar penjual tu kata kt anak aku, susah cari duit sekarang. ehehe.. ntah apa maksud dia.
soalan:
1. kalau 3 biji RM10. 2 biji RM5. berapakah harga kalau aku beli 1 biji durian?
2. jika 1 biji durian itu mengandungi 10 ulas. berapakah harga seulas durian?.
hehe.
sampai rumah, isteri aku habiskan sebiji setengah durian dia sorang. mcm ape jek dia ngadap deroyan tuh. tak hengat dunia. ekekekeke.. aku dpt makan 3 ulas je.. huhu.. manakala safwan makan nasi dgn kicap aje. ngeeeeeee..
nota 1: aku doa2 je n3 ni bini aku tak terjah time aku tidur malam nih.. kikikiki
nota 2: tobat aku nak buat cucur durian mcm ahad lepas. tadek org nak makan. sebenarnya mereka semua tak lalu nak makan. "cucur pelik" kata adik aku. malah anak buah aku langsung termuntah balik!. haish.. aku juga yg mengabiskannya sorang2 sampai ke malam. :P
13 comments:
pergh, baru smalam mabuk durian. ehehe
durian dusun pak mentua pakcik saye.
gile berbelit kaitan.
kalu cikgu bace kat wikipedia, katenye kicap manis tu lauk kegemaran budak kecik Malaysia.
saye pon suke nasik lauk kicap manis cap kipas udang ngan telur goreng.
orang bujang.. biase la. hehehe
salam
wah3 mengata bini...
jeput durian sungguh besh,cikgu buatkan untuk saya,gerenti licin(kalau sedap)
ha,pulut durian penah makan cikgu?
er..semalam ada kena terjah x?heheh
pulut durian beshhhhh!...lepas makan masuk kelas. Tersedawa!...budak2 tutup mulut..kah..kah..kah..!
skrg dimana2 ada je buah doyan...baru pas makan doyan 3 hari lepas terus je demam selsema, batuk dan sakit tekak...penangan buah doyan!!!
cucur durian? wohooo.... saya paling tak suka menda2 yang dicampur durian dan jagung... tapi buah durian suka sangat! hehehe....
pulut durian? laaaagiiiiii la saya lari.. :D
cucur durian?aduh bunyi pun da xkena..
tp donat durian kat big apple bes..yum!!
nak jugak durian tu boleh?
baik hati penjual durian tu kan.. bagi RM5 aje untuk 2 biji. Muka cikgu ni muka rezeki agaknya.. tu yang dia jual murah..
cucur durian? husband akak pernah suruh buat. akak buat la.. lst2 takde sape nak makan. dia pun tak makan. mana dapat idea entah buat cucur durian sabor aje la.. heheh..
k-riey:
pak mertua pakcik awak.. hmmm punye le jauh. kan elok kalau ko tulis bakal pak mertua aku. keh keh..
one:
hehe.. buruk lantak ko nih. hihi *gurau jek*
cikgooden:
wahahahaha! sekali kantoi le. kebetulan tadi sblm masuk kelas aku makan bubur durian kt kantin. masa ngajar aku pastikan aku jauh dr murid. hehe
risanur:
aku pun tgh demam. agaknya kuat makan durian kot.
maryam:
mek.. jom aku belanja makan pulut durian. hehe
cemut:
wahahaha!. buat le cekodok tuh cemut. sedap tau. hihi
neeza shahril:
aku dpt resepi tu dr member aku org kedah. dia pernah bawa ke sekolah. sedap jek aku rasa. tapi bila aku buat, org kata tak sedap. hehe
Cikgu, sy baca entri ni sekali dgn mak ayah sy. kami 3 org gelak besar baca cite ni! smlm ayah sy pun beli doyan jgk. n smlm sy pn demam jgk. kalau smlm cikgu beli 2 biji je, ayah sy plak beli 2 keranjang besar tu. penuh boot kereta. huhu. kira2 yg cikgu buat tentang harga tu, smlm ayah sy pun buat kira2 yg lebih kurang mcm tu jgk. huhu.
sy rasa org tu jual murah kt cikgu n cakap mcm tu kt safwan sbb dia ingtkn cikgu ni.. ehem ehem.. org susah kot. huhuh~
sarah:
hehe.. itu le untungnya kalau gi pasar malam ke, kedai ke cara 'org kebanyakan' aje. hihi..
kalau gitu kan sarah.. maka lakonan aku dh berjaya. kih kih kih
haha~cikgu,
kalau dh makan smpai termuntah balik, itu mmg kategori makanan aneh daqn membahayakan tuh.haha!
last week makan deghian tak ingat dunia, this week saya suffering:P
cikgu, tgh praktikal skgu ni...harini ganti untuk raya...aduh, extra day, extra work la.
Post a Comment