Monday, July 21, 2008

aku cuma cikgu biasa.

langkah demi langkah aku daki anak tangga. mendaki tingkat 3 menuju kelas tingkatan 6 rendah. mentari pagi lembut menyapa muka. disulam angin dingin saki baki embun malam tadi. alam terasakan tersenyum. rasa sejuk dan menyegarkan. hatiku juga turut sama bernyanyi. mengalun simfoni gembira bernada ria.

aku terhenti seketika di muka tangga. terpandang tari sang burung walit nun di kejauhan, tinggi tarinya namun tidak menyapu putih awan. langit biru dan coklat burung walit menyeri warna pagi. indah lukisan pada kanvas lakaran Maha Pencipta.

mungkin burung walit juga baru keluar dari sarangnya untuk mencari rezeki. sesekali berlegar rendah di muka padang nan menghijau. mengintai belalang dan cengkerik yang terlupa pulang setelah bernyanyi sepanjang malam. pastinya burung walit juga mencari sarapannya dan sarapan anaknya. mungkin.

embun bergayutan di hujung lalang yg tumbuh di tepian padang beransur hilang di panah mentari pagi. menjadi wasap seketika dan akan turun semula malam nanti. kalau hujan, sang embun akan turun bersamanya.

aku senyum sendirian. indah sungguh pagi ni. mahu saja aku berhenti di sini memerhati tari burung walit. melihat biru langit dn putih awan. tenggelam dlm lebut angin pagi yg menyisir rambut. terhibur dgn tingkahnya sang walit berebut cengkerik itu.

namun aku harus meneruskan langkah. hanya beberapa tapak lagi untuk menuju kelas tingkatan 6 rendah. sampai di muka pintu, pelajar bangun memberi salam. wah!. sejuk kelas mereka dgn penghawa dingin. pagi2 lagi dh nak sejuk mereka nih. mmg darah mamalia sungguh.

salam disambut. fail dn nota2 yg aku bawa aku letak kemas atas meja guru warna biru pekat.

hari isnin minggu sudah aku bahagikan mereka kpd 3 kumpulan. setiap kumpulan harus siapkan 1 tajuk berkaitan tamadun dunia. negara kota, negara bangsa dan negara empayar.

seminggu aku beri mereka peluang siapkan kertas kerja. hari ni adalah masa pembentangan mereka.

aku: "ok.. kumpulan satu. tajuk negara kota. buat pembentangan dahulu.."
budak2 tu saling berpandangan sesama. aku memerhati bahasa tubuh mereka.

aku: "korang tak siap lagi ke?"
mereka: "belum cikgu.."
aku: "kenapa.."

mereka bungkam. diam dn diam.

aku: "ok.. kumpulan 2. tajuk negara bangsa. sila ke depan"
mereka cuma tunduk. ntah apa yang dibacanya kt atas meja tulis tuh.

aku: "apa masalah awak?"
mereka: "tak siap lagi cikgu"
aku: "apa alasan korang pula"
mereka: "takde buku cikgu."
aku: "awak kata takde buku?. abes kt PS apanye?" aku mula meninggi suara. aku pasti dlm rak label STPM ada beberapa buah buku rujukan tamadun Dunia. sgt2 pasti sebab PS bilik rehat aku selalu.

hening.... mcm bini baru kena marah laki.

aku: "kumpulan 3?"
senyap juga..

mereka: "tak siap lagi cikgu.." satu suara menyambut. agak getar suaranya.
aku: "apa yang korang buat 2 hari cuti?" aku dh mula tumbuh tanduk. dingin aircond gagal menyejukkan bara dlm hati. kali ni aku benar2 sgt kecewa dn terkilan dgn mereka.

aku: "awak semua dh tingkatan 6.... bala..bla..blaa..." ntah apa ntah aku bebelkan.
ayat akhir bebelan aku: "tak payah le saya mengajar awak semua. pemalas dn berlagak"

ah!. mood aku dh rosak pagi ni. terlalu keciwa dgn sikap mereka. ni kali ke-3 mereka gagal siapkan kertas kerja yg diberi. aku sgt2 kecewa. kecewa dgn reaksi mereka yg tak nampak mcm bersalah. kecewa sbb mrk tak minta maaf gagal siapkan kertas kerja. malah saling menyalah sesama pula.

aku ambil fail dn nota2 tamadun dunia. keluar dari kelas mereka. menuruni tangga dan terhenti sejenak di muka tangga. burung walit juga dh tiada. mungkin kekenyangan dgn cengkerik tadi.

aku masuk bilik guru. letak fail dn nota. pergi bilik air dn basuh muka dgn air. cuba menenangkan diri sebenarnya. masuk semula ke bilik guru. [bilik air sebelah bilik guru saja].

terlihat ada sepelastik rambutan atas rak buku di sudut belakang bilik guru. rupanya ada kawan balik kampung dn bawa rambutan hari nih. apalagi. hehe.. aku melantak rambutan sepuasnya. kemudian ada pula serawa durian dgn roti. hmmmm.. rezeki lagi.. hehe..

terlupa langsung budak2 form 6 rendah tadi. lantak mereka lee.. hari ni boikot kelas mereka. malas nk ngajar budak pemalas. dn form 6 tak berubah juga. huh!

makan dan makan dan makan.. memang terapi yg bagus kalau tgh2 tension gini. huhu..

27 comments:

akirasuri said...

Wey! Panjang gila.. :))
Melepaskan dendam merepek ek.. =))

Hahak! Merajuk kat budak-budak tu ek.. Boikot jangan tak boikot.. :D

cemut said...

hihihihi memula bace entry ni cam baca novel plak..cj ni mmg berbakat kalao tulis novel.
pat la jd novelis..wat buku diary seorang cekgu sejarah

arsaili said...

salam..uiksss sabar cikgu...ni dah marah tahap gaban yer..ekekeke

Qaseh Bidadari said...

memang musim org lelaki merajuk ke nih?

Jie said...

tingkatan 6 masih mcm tu..
ishhh...ingat ke budak darjah 6

erk...merajuk pada yg sayang..hiks!

Anonymous said...

wow...puitis sungguh bahasa dipermulaan n3. tapi mood yang indah telah dirosakkan oleh anak2 sekolah kita.biasa le tu cikgu.kadang2 kita je yang bersungguh, diorang lenggang kangkung je....rasa nak ketuk2 je kepala diorang.

Shah CJ said...

akirasuri:
woit! mana ada dendam merepek la. saja je akira nih. ni n3 lepas geram tau. hehe


cemut:
kalau aku buat novel. mesti tersasul cerita perang, perebutan kuasa antara maharaja, perjanjian ntah apa ntah.. hehe. baik tak payah buat novel lah. hihi


arsaili:
ni marah cara CJ wak. hehe

Shah CJ said...

mama ranggie:
wahahaha!. musim org lelaki merajuk minta kena pujuk mama. :p


jie:
erk.. tak moh le sayang2 kt budak2 sejarah aku tuh. semua pompuan mereka. huhu..


cikgu panji:
tu le.. elok mood kita ok, terus ko dgn sikap mereka. pastu dh tau cikgu dia merajuk bukan nak dtg minta maap. huh!

:: Wiween :: said...

sabo Cj sabo..kasik jek sedas dua tembakan senapang gajah kat depa tu.kasik jd gajin sket.ingat bebudak sekola rend aje maleh wat keje.yg men ni pun makin menjadi2 yek..ckp kat depa nantikan kemunculan 'mak tiri' ni! aagagagaggaga *mcm la depa takut ye x?* ;p

:: Wiween :: said...

btw,ayat cam novel sastera tu CJ! tabik spring sat.huheehueheue ;p

Nurul Nadiah said...

Haip!

isk! budak-budak ni
saje je kasik cikgu sejarah kesayangan saya marah tao! ohoho =p cikgu! dulu saya form 6 jugak. tapi saya tak suka sejarah
maka saya tamo register subjek tu awal-awal. sebab saya tahu, kalau saya amek sejarah, mesti saya fail. Kira-kira boleh la cikgu =p

cikgu jangan kecewa lelame tao
nanti hati kerut2. =p

selamat mengajar cikgu

=)

cikgooden said...

cis!...tak dapat ku bayangkan camna ghupa cikgu merajuk..kah..kah..kah..

Anonymous said...

teringat kenangan dulu-dulu..

:|: TinTa Kibod :|: said...

huuu..ayat intro tuh..rasa cm telelap je bace td..hehehhh...pehhh!

Neeza Shahril said...

elok gak buat cam tu.. kalau dibebelkan pun, buat sakit tekak aje.. diorang bukan lekat dalam kepala pun. esok2 buat lagi sebab diorang dah besar kan.. cara withdrawal cam tu memang berkesan utk budak2 besar..

ish ish.. sedapnya dia melantak rambutan dengan serawa durian.. tak pelawa akak pun iyeeee... hehee..

Anonymous said...

baca separuh...gi tandas jap..perangai budak2 tu buat nak terbe*** jek,masuk ofis sambung baca..alahai melantak puas2,kena ganti tu cikgu, masa tu..

AinNur Haris said...

hehehe..
ayat intro tu "dasyat" laa cikgu jawe..ada gaya..!! hehehe.. tunjuk ajar ku sifuu... ;-p

bebudak form 6 buat perangai mcm tu..? isyykkk...baling je diaorang dgn biji rambutan tak pun kalau ada kulit durian lagi baguss kot.. hahaha...!!

p/s : hidup negara bangsa..!! SAYA suka tajuk tu... (",)

chekgu Bani Hassim said...

Relax la Cj..
Budak2 mmg la pemalas...
Dah nk ujung2 dah nk exam kang bru la kelamkabout nk rajin2..
Ko marah2 pun xgune, buat naik je blood pressure ko...

Ko ngajar pd yg nk blajar je...
Br besh...

victoire said...

salam cikgu..
lame gile tak brtandang sini..
sayangnye tugas ni pon diorang tak wat.
dah la sejarah ni bende fakta belambak2 kat PS. huhu

:: Wiween :: said...

arini xde ayat sastera lagik ke CJ? ngah gajin nak membaca ni.agagaggag :p

Shah CJ said...

wiween:
wahahaha! mak tiri ke, mak mertua ke.. rasanya budak2 aku tuh buat tak tau jek.. hehe

ayat sastera apa pulak tu wiween. tu kan ayat sains tuh. ehehehe


nadia yuna:
bdk2 aku kata susah belajar sejarah nih. aku kata lagi susah ngajar bdk2 tak minat sejarah. :p


cikgooden:
oh! aku merajuk dgn sgt tampan okeh.. kihkihkih

Shah CJ said...

maryam:
oh! awak juga pernah buli cikgu awak ke mek?


ayue:
ekekeke.. ayat ganas dn penuh kekerasan tuh pun awak boleh tertidur? hihi


neeza shahril:
meh sila sila rambutan kak. kt saudi RM30 sekilo kan. hehe..

Shah CJ said...

oneib:
woit! dh basuh tgn blom? kakakaka..


cahaya mata:
a'ah le. elok baling dgn kulit deroyan je kan. hehe


great guru:
ehehehe.. semua cikgu sama je kan.. :p. kalau paksa2 sgt bdk2 malas belajar, kdg2 kita pula yg tension. mrk buat x tau jek. huhu

Shah CJ said...

k-riey:
hai wak. lama tak nampak. sihat ke? hehe.


wiween:
tak boleh selalu awin. nanti org kata ngade2.. hiks..

Anonymous said...

makan merupakan salah satu terapi yang bagus. tapi klu selalu sangat camtu.. bersiap sedia jelah nak buat terapi badan plak.

bebudak tu pun hal gak, tak bersungguh dalam pembelajaran. CJ tak cukup garang gaknya.

Maryam said...

er tengok kelas lain diboikot cikgu jek... :D

Anonymous said...

awat teruk benor budak kelas cikgu tu??? kesian kat cikgu. sy pun form six gak tapi bila kena buat pembentangan sy buat jer. bukan susah sgt pun just cari bahan dalam buku, cari main point tulis atas kertas mahjong bukan cikgu suruh guna flash pun buat pembentangan. bila cukup hari boleh bentang. Kiranye cikgu baik ler jugak sebab bagi masa seminggu tapi sy pulak kdg2 masa sehari jer. terpaksa belajar cara pengurusan masa pulak. CIkgu dtg ler ngajar kat sekolah sy. kitaorg mesti hepi dapat cikgu macam cikgu..