Saturday, December 22, 2007

kisah raya.

aku tak mau le cerita pasal raya kat malaysia ni. kang orang jauh2 kat moscow, aussie, bosnia, mesir, palestin dan indon sedih pula.. hii..hiii..

nak cerita raya kat sini. mcm biasa le, sembelih lembu, kambing. nanti le kalau ada masa aku update yek. aku punya laptop tertinggal kat kampung. ni guna pc lama yang skrinnya pun dah blurr.. gitu. antara nampak je.

ok. aku nak cerita kali pertama aku beraya kat perantuan. kat sarawak.

masa tu aku kali pertama posting kerja. kat miri nun haa.. masa tu lagi seminggu nak raya haji. punya le hiba. aku merayu kat kementerian..

"alaaa tuan x leh ke tunggu lepas raya.."
"takpe le dik.. naik kapal terbang.. best.."

hampeh tul pegawai tu. dia gula2 kan aku naik kapal terbang. mentang2 le aku orang kampung.

so.. kali pertama, sampai je kat miri, aku macam orang asli bostwana masuk new york. sarawak tak seperti yang aku sangka. ingatkan hutan sana sini, buaya besar2, orang utan, harimau.. rupanya miri jauh lebih maju dari Klang. malah rasanya lebih moden dari Shah Alam.

ini semua promosi kat tv yang salah ni.

so.. cerita raya balik. aku menumpang kat rumah kawan. seminggu berlalu.. maka raya haji pun menjelma. pertama kali dengar suara takbir di perantauan. hanya Allah je yang tau. sebak.. hiba.. aku tak kira. aku masuk bilik... huuwaaaaa....!! nak baliiikkk...

acah je. aku nangis. tapi nangis dalam hati. kan aku lelaki. lelaki mesti macho kata atuk aku. ngeh..ngeh..

dgn berbaju melayu biasa, aku solat raya kat kem askar kat miri. ramai orang semenanjung kat sana. terhibur dengan suasana semenanjung. ada laksa, lemang, rendang.. malah semua menu masakan semenanjung ada kat kem tu. semua kawan2 askar sediakan. masa tu le aku rasakan betapa indahnya berada di perantauan. kawan2 jadi sedara. tu belum lagi kawan2 cikgu, telekom, bank dan lain2. rasa meriah dan aku tak rasa pun mcm raya kat sarawak.

kami saling menziarahi dan bergembira beraya. bertakbir bersama2. melantak juadah kat rumah kawan2 sama semenanjung. tapi bila adik aku tepon kata mak aku tengah nangis teringat aku beraya jauh. aku jadi sebak gak. maklum le, selama ni aku le yang byk tolong mak aku sediakan barang2 masak. malum le aku anak lelaki sorang.

aku cuba pujuk mak aku. tapi dia tak nak cakap kat tepon. hu..huu. adik aku kata mak sangat sedih terkenang aku..

tapi akhirnya aku raya berlalu dan raya2 selepas tu pun ceritanya sama. selama aku dok miri 5 tahun, rasanya aku tak pernah balik raya. bukan tak ingat famili, tapi keadaan masa tu tak sesuai. kebetulan cuti raya tgh2 waktu sekolah. tambang pula mahal sangat. masa tu belum ada air asia. dgn cuti raya cuma 3-5 hari dan tambang MAS RM899 pergi balik, aku rasa tak berbaloi nak balik masa tu.

alhamdulillah, famili aku faham. tapi dalam hati... aduuhh lee..

tu cerita lama raya aku kat sarawak.

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

kalau cikgu nk cerita psl raya kt msia nun, sy x kesah pun. gembira sy dpt dgr cerita org berkorban sana sini kt sana. laa..cikgu penah duduk miri jgk ke? 5thn tu. power la. miri tu modern sbb bandar minyak kn. huhu. cikgu control nangis sorg2 dlm bilik wkt raya. lg tragis cikgu ni ye. sy x penah nangis lg setakat ni. harapnye kekal la rekod ni :D

ehem. cikgu ni pandai bebenor buat gossip ye :p

Shah CJ said...

hai sarah:
pernah tinggal kat miri gak ke? bukan nangis le cuma sebak jee..