Monday, December 31, 2007

pentas 2007

PENTAS 2007.

Ku berdiri di muka jendela
Mengimbas layar perjalanan hidup semalam
Gembira dan duka seolah satu skrip yang telah tertulis buatku
Aku tidak menyalahkan sesiapa
Mahupun Tuhan yang Maha Mencipta

Bukan aku dipaksa melakonkan wayang hidup
Untuk menjadi pemenang atau tewas di akhir cerita
Tapi aku sendiri memilih skrip hidupku begitu
Antara dua persimpangan watak dalam layar besar dunia.

Ampunkan aku wahai Tuhanku
Jika aku melakonkan watak bukan seperti kehendakMU
Bukan niatku menderhakaiMU
Tapi kadang aku terdorong oleh lemahnya imanku.

Tuhanku..
Bimbinglah akan daku
Tika aku memilih skrip yang terbaik buatku
Untukku lakonkan di atas pentas hidupku
Hulurkanlah belas kasih dan keampunanMU

Sungguh ujian yang KAU beri untukku
Amatlah kecil di sisiMU
Namun amat menyakitkan buatku

Wahai teman..
Andai kau lihat aku tertewas dan lemah
Pimpinlah aku dan beriku kata semangat
Agar aku tidak putus asa dengan dugaan hidup.

Wahai teman..
Andai kau lihat aku gembira dan berjaya
Pimpinlah aku dan beriku kata-kata ingatan
Agar kejayaan tidak menjadikanku semakin alpa.

Pentas 2007 adalah satu perjalanan yang panjang
Adakala aku bangun dan kadangkala tertewas jua
Kekuatan dan kelemahan sering silih berganti
Menemani sejarah perjuangan hidupku.

Tirai 2007 kian berlabuh
Semakin mendekat tirai pentas 2008 tersingkap
Yang entahkan apa lagi menjanjikan cerita
Untuk aku lakonkan di pentas dunia.

Bimbinglah daku
Wahai Tuhanku
aku merayu padaMU..

cikgu jawe
disember 2007
kuala selangor

7 comments:

Acaii Jawe said...

slmt tahun baru cikgu..smoga apa yg diimpikan dalam hidup akan menjadi kenyataan tahun hadpaan..:) slmt kembali ke sekolah mengajar,hehehe..:) if sampai kuala sana, nnti jumpe cikgu ye..:) tapi camne nak contact..?hehe

Anonymous said...

ko tanya ust azizul fitri. pegawai zakat kuala selangor. dia kenal aku. :)

CPI said...

salam taon br cikgu....moga ape yg diimpikan da trcapai....

CPI said...
This comment has been removed by the author.
Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

cikgu tulis sajak? mcm tak percaya. boleh sy jadikan sifu la lepas ni. kan. cikgu, sy ada kembar la yek klu mcm tu. hihi. selamat tahun baru masihi 2008 cikgu. smga smangat mengajar kembali berkobar-kobar :)

Qaseh Bidadari said...

hepi new year cikgu.....

Anonymous said...

iman, sarah. mama ranggie:
selamat tahun baru 2008 semua.

sarah:
dulu aku ada koleksi antologi sajak yang aku tulis sejak sekolah menengah lagi. tapi dah hilang sebab byk kali pindah rumah.