Wednesday, January 2, 2008

1 jan 2008

dah tahun baru rupanya. mentari hari ni memancar macam semalam juga. dan bulan malam nanti pun macam semalam. manusia yang di bumi pun macam semalam. yang berubah cuma tahun. harap2 segala azam yang disemat menjadikan kita semakin baik dari semalam. dan esok lebih baik dari hari ni.

manusia yang paling rugi ialah manusia yang tidak berubah jadi baik setelah 2 hari. atau dengan erti kata lain; dia orang yang sama seperti 2 hari lepas. itu le serugi2 manusia. itu kata2 saidina umar al-khattab. (ada yang kata hadis nabi)

ok. cerita pasal sambutan tahun baru.

aku tak kemana2. walau ada hasrat hati nak pergi putrajaya. tapi dengan menghabis minyak kereta memandu sejauh 1oo km lebih hanya semata2 nk tengok bunga api. kat kuala selangor pun ada.

12.00 tgh mlm:
jadi malam tu aku cuma menyaksikan bunga api dari kuarters. biasanya bunga api kat sini dimainkan oleh persatuan tokong cina. dari aku berasak2 kat tokong tu, baik aku tgk je dari jauh. lg pun kan bung api nampak cantik dari jauh. takut juga kalau sapa2 nampak aku kat tokong malam2 kang jadi isu pula.. panjang pula cerita. maklum le anak murid aku ada merata2 kat sini.

bunga api pun tak le jelas sgt. nampak di balik daun2 dan dahan2 pokok yang melindungi kuarters. jadi le.. gambar tak sempat nak snap. sebab seronok sgt tgk bunga api dgn kawan2. isteri dn anak dh tidur. tak heran pun mrk.. lg2 anak aku penakut dgn mercun.

habis 'pertunjukan', aku layan pula cerita troy kt TV1. kisah penaklukan greece terhadap athens. menarik cerita. layan le sampai jam 2.00 pagi. sebagai cikgu sejarah, cerita mcm tu mmg kena sungguh dgn minat aku. tapi fakta sejarah lari habis. biasa le hollywood.

09.00 am:


aku balik rumah mertua kt klang. saja ziarah. lps hantar isteri, aku merayau sat kat klang. pergi klang centrepoint. ada sesuatu yang aku cari kt sana. lps parking kt pasar jawa. aku berjalan kaki. sampai je terus ke tingkat atas. paras 5. kat situ banyak kedai komputer. banyak juga perisian komputer illegal kat situ. ala.. senang cerita cetak rompak leee.. haa.. tu le tujuan aku. ingat nak cari microsoft student 2008. rupanya kedai tutup. banyak juga kedai tutup.

berdepan dgn kedai komputer ada panggung wayang. bukan le aku nk pergi situ. malah aku seumur hidup baru sekali masuk panggung. tu pun 2 thn lepas menemankan budak2 OKU sekolah aku. itu pun setelah dipujuk kawan aku. patut le wayang melayu tak laku. rupanya ada manusia tak suka masuk panggung mcm aku.

sakit mata tgk couple yg kat depan panggung. gadis bertudung memeluk erat pinggang si lelaki. si lelaki pula mendakap mesra bahu si gadis. (sambil jari jemari cuba melakukan step seterusnya.. isk..) aku cuba nk sangka baik. mungkin suami isteri. tapi tak mungkin pasangan halal buat mcm tu dpn khalayak. ada yg menggenggam erat tgn, ada yg minum air kongsi 1 gelas, ada yg melintukkan kepala kt bahu.. aku berani jamin.. kalau lps mereka kawen takkan buat mcm tu dpn umum. tu pun kalau mrk kawen lee.. huh!

aku turun ke tingkat bawah. brg2 aksesori nset byk kt situ. tiruan juga. kat sana ada satu lagi kedai komputer. pun tutup juga. last2 aku beli harian metro je. aku masuk marrybrown. order snek dn baca harian metro. abis cerita.

balik rumah. keletihan dn tidur.

05.00 pm:
majlis tahlil utk arwah pakcik aku yg meninggal tempohari.

06.45 pm:
balik kg aku di meru.

8.00 pm:
pengakuan berani mati menteri kesihatan malaysia. dr chua soi lek. "saya lah orangnya.."

7.45 am (2 jan 2008):
balik kuala selangor.

9.00 am:
online!.

hari ni (2 jan 2008) pendaftaran tadika. anak aku masuk tadika. tadika JAIS. dn dia satu2nya anak yg aku ada (buat masa ni) :) dia masuk tadika umur ketika 3 tahun. dh 1 thn dia tadika. thn ni umur 4 tahun, tapi masuk kelas 5 tahun. huu..huu.

bila tanya dia: "kt sekolah belajar apa?".
dia jawab: "cikgu ayu nangis.."
"kenapa cikgu ayu nangis"
"safwan buat"
"apa safwan buat?"
dia diam je..

bila tanya cikgu ayu.. dia kata anak aku koyak buku rekod mengajar dia.. aduiii..
aku cakap kat anak aku: "jgn sampai ayah kena panggil sekolah sbb mslh disiplin awak. ayah guru disiplin tau.."

"disiplin tu apa ayah..?"

terkebil2 dia. budak kecik. apa dia tau ttg disiplin.

gambar anak aku ada kt fotopages. link dia ada kt sebelah. sapa nak tgk sila lah yee..

6 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

1. laa..anak cikgu laki ke. tak bolehla nak pakaikan baju kurung n tudung comel.
2. ehem cikgu. sy tak penah lg masuk wayang spanjang dh 22 thn hidup ni. kalau boleh nk kekalkn rekod ni :)
3. garangnye cikgu dgn ank cikgu. eh, bukan garang. tp tegas yg amat. hehe.

Acaii Jawe said...

slm cikgu, amboi garangnye cikgu disiplin ni,hehehe..:) slmt tahun baru cikgu..alaa, buang masa je gi putrajaya tu cikgu, same je bungapi kat mana2,ehehehe..:P slalu kalau nak carik yg illigel cd mmg byk kat situ,hehe..kat kl dah takde..area bukit bintang-lowyat tu kawasan bebas cetak rompak,huhu...:)

Anonymous said...

sarah:

1. tu le pasal.. kalau dipakaikan tudung juga apa cerita pula..
2. bagus2. takde pekdah nye pun masuk panggung tu. tunggu 3 bln dh ada dvd nya..
3. bkn tegas. tapi menzahirkan rasa sayang dgn cara seorang ayah. hi..hii..

faisal:
biasa ke ko pergi klang tu?. aku pernah terbeli cd pirate waktu penguatkuasa jlnkan operasi. huu..huu..

Mimie Azrin said...

selamat tawun baru cikgu.
garank betul cikgu disiplin - sbb tu saye takut ngan cikgu2 ni.

thx sbb cikgu tinggalkan komen kat page saye :)

Anonymous said...

salam mimie azrin.
luar je nampak garang tapi aku sbnrnya jenis puitis dn romantis.. hihihi.

pernah tgk watak awie dlm filem buli balik? lbh kurang gitu lee..

Anonymous said...

puitis dan romantis ye >_<
kem salam kat anak cikgu
tumpang lalu ye blog cikgu neh