Friday, December 28, 2007

belasungkawa (26 disember 2007)

aku tak online beberapa hari lepas.

Pakcik aku baru setahun menjadi seorang datuk. cucunya baru seorang dan hari ni (26 disember) ulang tahun pertama cucunya.

anak sulungnya bercadang mahu menyambut harijadi cucu sulung dengan seluruh ahli keluarga. mereka merancang untuk keluar makan malam di sebuah restoran. seusai solat isyak, dgn 2 buah kereta; mereka bertolak dari cheras menuju ke sebuah tempat untuk makan malam.

pakcik aku memandu kereta yang kedua, kelisa. mengekori kereta pertama di hadapan. kereta pertama dipandu oleh anaknya; bapa dn mak si baby. baby - birthday boy - berada dalam kereta kedua, bersama-sama pakcik aku, neneknya (makcik aku) dan sepupu aku.

menuju masuk ke karak, hujan lebat, jalan licin dan gelap.

semua kereta bergerak perlahan dan tertib. sehinggalah tetiba sebuah kereta dari hadapan meluru laju, terbabas dan hampir melanggar kereta pertama yang dipandu anak pakcik aku. kereta pertama sempat mengelak. kereta yang terbabas melanggar penghadang besi dan melantun merempuh kereta yang dipandu pakcik aku. depan langgar depan.

pakcik aku meninggal di tempat kemalangan, manakala penumpang kereta kedua yang dipandu pakcik aku semuanya dalam ICU di Hospital KL, sehinggalah post ni ditulis. termasuk le baby yang nak disambut harijadinya, masih ICU. sedangkan mak bapanya terselamat kerana berada di kereta hadapan.

ikut laporan doktor lepas post mortem, pakcik aku mengalami kecederaan parah dalam dada. jasadnya tidak luka teruk. mungkin dadanya terhantuk stereng. kakinya patah.

pemandu kereta yang terbabas adalah 2 orang India yang memandu mabuk. banyak botol arak dalam kereta tersebut. penumpang kereta terbabas juga kritikal tetapi pemandunya sempat melarikan diri. kata saksi. dia terselamat kerana ada airbag.

jasadnya dikebumikan di batu pahat.

dengan pemergian pakcik, surau taman perumahan cheras kehilangan seorang imam. kami kehilangan seorang pakcik yang selalu menjadi tempat rujukan dan aduan.

perjalanan terakhir pak utih. moga dirahmati Allah.




Ahmad b. Kalam. moga pakcik termasuk dalam ahli syurga bersama orang mukmin yang soleh.

Amin.

4 comments:

akirasuri said...

Takziah buat cekgu dan keluarga Allahyarham..
Mudah-mudahan dicucuri rahmat.. amin..

Doanya buat yang terselamat yang masih kritikal, mudah-mudahan cepat pulih.. Insya-Allah..

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

oh, ini ke sbb nye cikgu 'hilang' skjap. didoakan paman cikgu ditempatkn bersama para mukminin yg lain. n smga yg masih di ICU akn segera stabil dan pulih.
mesak'kea sy dgn baby boy tu. smga dia kuat n kembali sprti biasa. Aminn

Anonymous said...

takziah cikgu..semoga rohnya di sisi org2 yg beriman....`

Anonymous said...

TQ semua di atas ucapan takziah. :)