3 orang gadis:
1 memakai tudung labuh dan berbaju kurung.
1 lagi berseluar jeans dan bertudung.
1 berbaju kurung dan tidak memakai tudung.
kesemua mereka anak gadis yang taat pada keluarga, sopan santun, tilawah al-quran dan tidak tinggal solat kecuali *tut*.
boleh awak beritahu saya mana lebih Islam? boleh ke kita menghukum..
tak kisah le pakai kain ke, seluar jeans ke.. asalkan memakai baju dan tudung menutup dada sudah dikira menutup aurat le tu. dengan syarat begini:
kalau memakai seluar (untuk wanita sahaja):
1. seluar panjang sampai ke mata kaki. (bukan seluar pendek membuka apa yang patut ditutup atau panjang sangat menyeret lantai)
2. seluar bukan ketat sangat mcm bungkus nangka atau labuh sangat mcm guni beras.
3. baju berlengan panjang. sebab lengan aurat. atau pakai sarung lengan wahai akak2..
4. baju labuh hingga ke peha. boleh pakai t-shirt labuh dan lengan panjang. tidak ketat, sendat, padat dn melekat. membuat hati lelaki nak rapat2.
lain-lain (umum bg pompuan):
- memakai stoking kaki. stoking kat kaki bukan kepala.
- kasut yang menyerap bunyi. bkn cm ladam kuda.
- tudung yang menutup dada. sebab ini perintah Allah. (al-Ahzab: 59), bukan tudung yang diselempang ke belakang, atau cuma menutup kepala tapi buka leher..
- fesyen yang sesuai.
- jika nak pakai barang kemas, pakai yang sederhana dan berpatutan. cincin dan gelang yang sesuai. bkn mcm mami jarum. merling2 ntah2 zhulian je..
- mekap yang sederhana. bukan mcm opera cina.
- jangan bermegah2 dengan pakaian, "haa.. ko tgk dia.. tudung bawal, aku tudung mawi, aku tudung datuk k.. aku tudung selar, kembung, cencaru, pari.." sebaik2 pakaian ialah taqwa.
penting gak. pastikan pakaian yang dipakai berbasuh, bersterika dan kemas. Islam suruh kita kemas berpakaian. bukan selekeh, kotor dan berbau. banyak taik lalat.. heeee..
tidak juga menyerupai fesyen orang kafir. pakai tudung tapi mcm tudung sister dan nan kat gereja.. takleh.. haram.
kalau gadis tu pakai tudung labuh, baju kurung, tapi warna (tona) tak sesuai pun Islam tak suka. tudung merah, baju kuning, kain hijau. kena pula berdiri kat tengah simpang.... tu le maksud fesyen yang tak sesuai.
bagi kawan2 anda yang berbaju kurung tapi tidak memakai tudung, atau membuka aurat, dekati mereka dengan hikmah dan hasanah. penuh kasih sayang dan persahabatan. ajak mereka dengan lembut dan baik. jangan jauhi mereka dan jangan menjauhkan mereka. pandai2 le korang guna teknik psikologi nak berdakwah ni.
Islam ditegak dengan basyir (nasihat) dan inzar (peringatan).
itulah kasih sayang dalam Islam.
aurat bukan pompuan aje. lelaki pun ada auratnyee.. ada kaedah berpakaiannye.. nantilah aku tulis lagi. InsyaAllah.
nota: sekadar pendapat aku je. moga2 tak menyimpang dari kehendak Islam. betulkan aku kawan jika aku silap.
1 comment:
salam cikgu.
sejuk hati baca entry cikgu ni. panduan yg ringkas tp meliputi. tp susah utk menukar cara berfikir org2 tertentu. lebih2 lg yg sama2 kenal dr dulu yg tiba2 tgk kita lain sedikit. susah utk bg diorg faham. terima kasih berkongsi psl ni cikgu. walaupun dh tau, tp bila baca seorg yg lebih dewasa n berpengalaman, rasa lg lega.
Post a Comment