Tuesday, December 11, 2007

rumah berbilang negara.. (tukangnya)

hari ni selasa. 11 disember 2007. cuti umum di selangor sempena keputeraan baginda sultan. oleh kerana aku pun baru sambut besday minggu lepas, secara tak langsung cuti selangor ni macam meraikan besday aku juge... kih..kih.. dasat weh. bila la nak merasa seluruh malaysia cuti kerana sambut besday aku ye.

ok.. hari ahad lepas aku balik jenguk rumah yg masih dalam pembinaan. terkejut beruk aku eerr.. (sama mcm beruk kat pokok kelapa sawit terkejut tengok aku balik, tapi aku tak sekali2 sama dgn itu beruk atau beruk itu sama mcm aku. melainkan charles darwin, sebab dia spesis beruk) .. mana taknye. tetiba tukang yang bina rumah aku bertambah dari 4 orang jd 6 orang.

sebelum ni 4 orang indon, skrg tambah 2 bangla. dah le kontraktornya indon juga. maknanya rumah aku dah setaraf KLCC. dibina oleh kontraktor dan pekerja warga asing.

"bangla tu datang setelah kilang mrk kerja ditutup." kata bilal; salah seorang tukang indon.
"bagus le ramai pekerja. kerja pun jadi laju". kata imam; sorang lagi tukang indon.

oh ye.. rumah aku dibina oleh imam sebagai ketua pekerja dan bilal penolongnya. nama mereka yg sebenar tak pasti pula. tapi kontraktor panggil nama mereka camtu. ok.. sekarang rumah aku dibina oleh imam, bilal, pak rasid yang selalu demam, 1 indon tak tau nama dan 2 bangla baru sampai.

aku pernah tanya bilal nak belajar bertukang buat rumah. apa kata bilal?

"Allah Maha Adil bang, kalau semua nak jadi nelayan, siapa nak beli ikannya.."

pandai ko bilal. yg tersiratnya: kalau ko pun nak belajar jadi tukang. aku nak makan ape?

===============================================================

Insya Allah, malam ni aku dan kawan2 cikgu akan pergi ke Kuala Nerang, Kedah. kawan sama mengajar sama sekolah berkahwin kat sana. kami akan pergi bujang2 gitu. isteri dan anak tinggal kat rumah.

bila isteri aku tanya kenapa pergi sorang. aku jawab:

"Kuala Nerang dah dekat dgn Perlis. senang abang nak kawen lagi kat sana."

lagi pun minggu depan lepas raya haji, isteri aku akan pergi Langkawi. rombongan cikgu2 sekolah. katanya tak dibenarkan bawa suami dan anak2. pergi bujang2 gitu juga.

so.. fair le kan. aku tak mau tanya kenapa sekolah dia buat syarat camtu. tapi aku ckp kat dia:

"ni le antara hikmah poligami dlm Islam. bila abg pergi outstation, ada org menemankan awk. bil awk pergi outstation ada org menemankan saya..kan ke baik camtu.." :)

lariikkkk...!!

4 comments:

arsaili said...

salam..amboi ada hati nak poligami nampak...larikkk tu nak larikk ke mana...umah baru tak siap lagi...ekekeke

Qaseh Bidadari said...

amboiii...ade hati ek?

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

tajuknya comey dh. sampai kt conclusion kat bawah tu. adeh. ke situ plak dh cikgu ni. macam2 la hai. hehe.

Shah CJ said...

arsaili:
hehhe... nak larik mana eh.. aussie kot. bleh nyorok kat pulau christmas. kat sana pun ramai melayu kan.

mama ranggie:
eerr.. ada hati memang... tapi tak sampai hati... kui..kih..

sarah:
hii..hii.. tajuk tu nak sembunyikan maksud isi kandungannya je..