Monday, January 14, 2008

hibernasi




benda ni le yg anak aku tgh layan skrg. 1 hari mau 10 kali pusing cd tu. sampai dialog2 dia pun aku dh hafal.. layan je le budak2.

oh. bz nya aku.. dgn tugasan awal2 tahun ni. meeting meeting meeting meeting dn meeting dn meeting lagi.. (ni pun baru balik meeting) sebok mcm pasukan patrol sewaktu menentang kuasa dagmata yang dicetuskan resakse yang menyerang bumi.

sabtu lepas aku mengikuti kursus kejurulatihan olahraga yang dianjurkan sekolah dgn kerjasama Majlis Sukan Negara kat stadium kuala selangor.

masa training. kawan2 cabar aku lari 100 meter pecut. mentang2 le aku sihat mcm ni. ada hati nak lawan. aku mula menolak dgn baik. maklum le.. aku sedar kemampuan diri. siapa le aku nk lawan dgn kawan2 aku yg memang atlit semulajadi. training bola tiap2 petang. sedang aku badan mcm afdlin shauki dlm filem sumolah.

namun aku akhirnya terpaksa terima cabaran. tak tahan kena sindir. dgn semangat lamina, aku melangkah ke garisan permulaan. ambil step. tangan kat garisan. kaki 1 tapak setengah ke belakang. pasang kuda2. pandang jauh di hadapan.mengira2 kat mana aku harus berhenti. di hujung sana sekumpulan kawan2 sedang gelak memerhatikan aku yg kalut dn cuak. pandang sekeliling cari2 kot ada pbsm kat sekitar. angkat badan. kumpul tenaga di tapak tangan dn kaki utk lonjakan. minimakan graviti di bahagian belakang badan. bismillah... dan... zuuuuupppp!

reaksi kawan2 cemas waktu aku berlari. takut tersungkur je..

akhirnya aku berjaya menewaskan semua pelari handalan tu. tempat pertama lg. mcm tak percaya je. terdiam sesapa yg dok sindir aku td. (menjadi juga ilmu enteng badan aku.. ooppsss.. badan aku terasa enteng kerana aku belum sarapan). dengan bangganya aku depa kan tangan sambil berlari di garisan penamat. menjerit sekuat hati. hilang segala macho dn ensem.

kali ni mrk cabar lompat jauh pula.. yg ni aku mengaku kalah.. cikgu yahya dh senyum jek..

kesan dari larian sempurna tu. badan aku sakit2 semua. kesan dari sengal2 tu aku malas nk ber blog pula. hehehe.. *alasan*

depa tak tau masa aku sekolah menengah SAMTAJ dulu aku atlit pecut. joging dr seksyen 11 ke taman pertanian bukit cheraka sampai ke empangan rumah kuning dn patah balik ke samtaj biasa je. (bkn niat nk bangga tau). pernah wakil sekolah bola keranjang. hihihiii.. tp dulu.. skrg jgn cerita le. naik tangga pun dh semput.

sepanjang aku berhibernasi, ada beberapa sms yg aku terima dari kwn2 lama yang tanya kenapa aku mahu berhenti. ohh.. aku ingat takde org tengok. rupanya kwn2 dn bekas2 murid aku pun ada yang jengok blog aku. hampir setiap hari. mereka silent reader rupanya.

ada sorang sahabat aku tepon dari perak minta aku sambung blog. tak sangka ko pun tgk gak ye. ok lah bro. aku sambung blog aku ni. tapi lepas otromen neus mengalahkan resakse..

arrgghhh!. anak aku ulang lagi otromen dia.. :(

3 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam cikgu.

wah. cikgu hot la. ramai silent readers lg tu :) setanding dgn cik ati akirasuri kita. hehhe. cikgu, ayah sy bilang bahagianya sorg laki tu tengok pd perutnya. lg tinggi perut tu, maknanya cikgu bahagia la tu :) tp tetap hebat pecut2 100m sume ni ye. patut pun. rupanya atlit zaman muda2 algogo dulu! 2 thumbs up!

Anonymous said...

sarah:
erk.. perut tinggi bahagia tapi seksa yg melihat :(. eer...masa aku muda2 algogo dh pupus dah. masa tu zaman rock kapak. wings, search, lefthanded...

Mimie Azrin said...

ottomen! ottomen! nape mase cikgu lari tuh tak buat gaya ottomen..sure lagik laju. :P