siapalah aku..
siapakah yang mahu memahami aku
jika dukaku adalah tawamu
lalu kau buat aku terasing
dunia yang riang menjadi begitu sepi
hingga aku tidak lagi menyaksikan keindahan pelangi.
siapakah yang mahu memahami aku
waktu diri sering disalah seru
tatkala aku cuba menjadi setulus yang termampu
menghulur persahabatan denganmu
jujurku bagimu adalah lakonanku.
siapakah yang mahu memahami aku
tatkala aku cuba menjadi pendengar setia
cerita laramu adalah duka ku jua
sejarah kita sama
tangismu adalah tangisku dulu
tapi siapakah yang kan mendengar tangisku.
siapakah yang mahu memahami aku
persahabatan bersulam keraguan
menghulur tangan yang tak kesampaian
kerna diriku tak mungkin kau kan fahami
jika hati mu berganti percaya dan sangsi.
siapakah yang mahu memahami aku
cuma sekadar ingin menjadi sahabatmu
menjalin ukhuwah insani
tapi kau tinggalkan aku di daerah yang sangat sunyi
dan aku memutuskan untuk melangkah pergi.
cikgu jawe
kuala selangor
januari 2008.

nota: sajak ni sekadar karya dan imaginasi. takde kena mengena dgn kisah aku atau kau. jika ada pun kebetulan jek..
No comments:
Post a Comment