7.25 pagi. awal pagi. kebanyakan guru berada dalam bilik guru. memasing sedang bersedia untuk mengajar. ada yang baru nak mula buka buku. ada yang bergurau dengan rakan2. ada yang mula buka laptop.
ada juga yang terkulat2 baru nk tengok jadual mengajar. kelas mana nak masuk hari ni. :) (aku le tuuu).
tiba2 pengetua buat pengumuman. tak pernah boss buat mcm ni. pelik. murid dikehendaki segera berkumpul di tapak perhimpunan. guru2 pula diarahkan turun juga. segera. masing2 berpandangan sesama sendiri. apa yang berlaku?
sebaik aku turun ke tapak perhimpunan (kt sini dinamakan dataran pejat. aku tak tau apa makna pejat.. tapi masing2 kata macam tu), dimaklumkan akan ada spotcheck 100%. spotcheck 100% jarang2 sekali diadakan kecuali kes2 serius.
biasa spotcheck biasa2 je dn tumpu pd brg2 tertentu shj spt rokok, nset..
spotcheck 100% merupakan spotcheck lengkap. dari rambut hingga kasut. luar dalam. ye luar dalam termasuk pakaian dalam. serius!. spotcheck 100% juga melibatkan semua pengawas. mereka juga kena check.
di kantin, aku beri taklimat kpd pengawas perjalanan spotcheck. mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dn bergerak serentak masuk dalam kelas. semua pengawas akan check beg sekolah dn kawasan2 yg ada potensi barang2 larangan disorok. murid perempuan dibawa ke surau. mereka akan diperiksa oleh guru perempuan. manakala murid lelaki di dataran pejat. guru2 lelaki ambil alih tugas pengawas. manakala pengawas ditugaskan menyelongkar beg2 sekolah dgn diawasi guru pengawas. (aku le tuuu).
habis spotcheck pelajar, giliran pengawas pula di spotcheck. pengawas mmg tak duga mrk akan diperiksa juga. terkulat2 juga pengawas bila guru2 periksa mrk.
spotcheck berjalan selama 1 jam. dn akhirnya kami temui beberapa barangan larangan spt nset, mp4, rokok dn alat solek. semua barangan dn nama pelajar yang membawa direkodkan. tiada barangan serius spt dadah dn senjata. budak kampung.. (note: membawa nset dn barang kemas satu kesalahan dlm buku garis panduan kesalahan daripada kementerian)
menjelang tengahari baru le aku tau kenapa spotcheck 100% diadakan. *edited* :)
semua barang rampasan dikumpulkan dn tidak akan dipulangkan. kecuali barangan berharga spt nset dn barang kemas. akan dipulangkan setelah murid membawa penjaga berjumpa pentadbir. dan biasanya murid tidak akan bawa penjaga ke sekolah. :( dn jadi beban kami pula nk simpan barang tersebut supaya selamat.
ada satu kes, murid tuntut barang kemas setelah 3 tahun tinggalkan sekolah. haru biru kami korek2 balik almari simpanan. mujur ada; sebab.. penjaga datang dgn ugutan. jumpa atau saman!.
note:
1. spotcheck dlm BM apa ye? pemeriksaan kilat?
2. aku dh kena tag. ni cik ati le punye kerja. dh le aku tak faham BI.. tunggu ye cik ati. tahun dpn aku jawab tag awak. ambik masa nk bukak kamus. ekekkeee.
3. gaji masuk hari ni. :) tp ada kakitangan gomen hanya akan dpt gaji 31hb ni. ada masalah dgn sistem kredit. kata pegawai kewangan kementerian. hampeh!.
4. aku masih menanti langit menyeri warna..
5. kdg2 aku masih tersalah taip istilah murid dn pelajar. murid = utk sekolah rendah dn menengah. pelajar = utk form 6, matrikulasi dn universiti. isk..
6.dh tgk iklan atlit paralimpik malaysia? tadi kt tv3 masa buletin utama. sorang bekas murid aku. lulusan sekolah kampung luar bandar ni, sdg mewakili malaysia dalam sukan paralimpik di korat, thailand. iklan tu yg paparkan dia sedang nak berlari pecut. dia atlit terakhir dlm iklan tu. tahniah mohd raduan b. emeari. walaupun awak serba kekurangan fizikal (sebab awak kelas khas), tapi awak membanggakan kami dn sekolah kita :).
12 comments:
nota nombor 1: rasanya maksud yang tepat ialah pemeriksaan mengejut. :)
Oh oh!
cekgu jadik pak pulisi yang saya anti-rasuah ke saya terima rasuah =))
Oh oh!
Tahniah buat anak murid cekgu tu..
Dalam kekurangan ada kelebihan :)
Salam CJ.
Dulu sekolah sy pon pernah buat 100% spotcheck. Tak ingat tahun bile. tapi masa tu ada kes black metal. cikgu2 check mana la tau ada student yang buat tatu ke apa ke yang berkaitan dengam blackmetal tu. tapi, alhamdulillah. semua nya ok saja.
Murid2 memang paling takut kalao ada spotcheck. sy pon mcm tu gak dulu. taktau kenapa ntah takut, padahal bukan buat salah pon. =)
masa mama skola dulu adelah gak kena...
tp masa tu byk surat chenta yg cikgu jpe...
ni kebanyakkan dr pelajar laki ke pelajar pompuan...
kena bakarlah...
spotcheck la paling tak best.. shaye slalu kena simpan komik hohoho..
akirasuri:
oh.. aku teringin jadi pak pulisi yang nagkapin pulisi yang makan rasuah... hek..hek..
shazwani:
la ni lbh dari black metal. yg serius apache la ni. ahli dia dh sumpah mati tak mau dedah rahsia.
takut? kalau tak salah tak perlu takut kan.. :)
mama ranggie:
kalau kami jumpa surat chenta, sblm bakar, kami baca kuat2 kat perhimpunan. wakakaaaa!.
mimie azrin:
oh.. ho.. nakal dia ye. sorok komek yee..
baca dari atas sampei abis..benda yang menarik adalah hari ni dapat gaji..belanja *wink!!
inah:
ok. boleh je.. belanja awak kt restoran kt bangunan pentadbiran sblh FPI UKM yek. pastu time bayor awak yang bayor yek.. *wink balik*
alamak sy blur la cikgu jawe..apakah sebab utama spotcek 100 percent tu dibuat?..
salam cikgu,
baru sy ada masa nak jenguk dan baca dgn seriusnya kat sini. spotcheck maksudnya pemeriksaan mengejut la kan? ada maksud lain ke? hehehe. sy pun macam scarlet jgk. sbnarnya sy masih pelik knp pengetua suruh buat spotcheck tiba2 je hari tu? dia dpt kesan apa2 ke? apa2pun, pengalaman jd pengawas hmpir sbhagian besar zaman persekolahan dulu2 betul2 buat sy benci dgn gelaran anjing polis yg budak2 lain bg pd pengawas. tp nak buat camne kan. oh. tahniah utk murid cikgu tu! teruslah berusaha!
cikscarlet:
aku memang tak cerita kt posting apa sebab spotcheck tu diadakan. atas sebab2 keselamatan. :)
sapa2 nak tau kena ym aku.
sarah:
kesian awak.kena gelar mcm tu.moga2 org yg kata awak mcm2 tu akans edar jua nanti. mujur aku tak pernah kena. sebab aku tak pernah jd pengawas sejak tadika sampai form 6.
budak baek katakan... :) huhuhuu..
baik bertocang satu kan cikgu kan. huhu. alahai.. tak nak kasi tau ke? ish cikgu ni..
sarah:
aku ingat le. kalau cikgu disiplin aku dulu tau la ni aku pula jd guru disiplin dn guru pengawas, mau dia guling2 nanges tak percaya.
wakakaka..
Post a Comment