Sunday, January 27, 2008

kisah lalu..

masa: suatu ketika sekitar 2006.
tempat: di sekolah.

kisah benar.

aku tgh ngajar. nset berbunyi. jeling nset. oh.. dari opis. aku putuskan call. aku tak suka diganggu kalau mengajar. silap aku juga on nset masa ngajar. tukar pada silent mode. nset vibrant pula. jeling lg nset. opis lg. murid2 comel tu cakap "cikgu jawab je le cikgu". isk.. ni sindir ke?. minta izin dgn murid nk keluar jawab telefon. kalau dari opis mesti penting.

di hujung, suara kak ana. kerani sekolah. agak cemas.

kak ana: "cikgu **** sila pergi bilik pengetua. ada hal sangat penting.."
aku: "tapi saya sedang mengajar.."
kak ana: "ini arahan hem. cikgu mesti dtg sekarang juga.."

aku masuk balik kelas. jelaskan pada murid aku terpaksa tinggalkan mereka kerana ada hal penting. murid agak mengeluh. maklumle kelas sedang rancak. tp tak tau le dpn aku je buat2 mengeluh, belakang pesta ronggeng diaorg tu..

isk.. apa ke bende time ngajar2 ni tetiba kena panggil masuk bilik boss? setiap langkah bawah susur gajah yang aku lalui terasa sgt jauh. mcm2 perasaan dn tanda tanya berlegar. anak aku kt tadika. atuk aku sedang sakit.. isk!. pernah dulu kena mcm ni. last2 dpt tau isteri aku bleeding kt sekolah dn dihantar ke Hospital Klang. tp tu dulu.. isk.. setiap langkah jd makin berat. segalanya di minda..

sampai bilik boss. ada hem, sorang makcik dn sorang budak. aku kenal budak tu. murid aku juga. abis le aku.. aku teringat satu peristiwa yg berlaku 2 minggu lalu. ada sesuatu yg tak kena. aku dpt rasa ada suasana tegang dn panas walaupun aircond sangat sejuk.

makcik: "ni ke cikgu tu..?"
budak: "a'ah.."
makcik: "oooo.. dia le ni ye.. dh lama aku cari dia."

"aku nak cikgu melutut minta maaf dgn anak aku!" dia sambung. tegas dn garang.

-bersambung-

sambil2 tu.. layan...

7 comments:

akirasuri said...

Woah!
Cerita yang mendebarkan :D
Cepat pat pat sambung sambungan dia :D

Anonymous said...

kalo dalam kelas selalunyer saya letak handbag dekat atas meja murid yang berhdapan dengan papan hitam. Melayan kerenah murid sekolah rendah adakalanya amat memenatkan..skejap kedepan sekejap kebelakang..adakala memang tak dgr bunyik enset...murid plak yang akan sedarkan sy tentang bunyik enset tu..( nyampah kalo dpt call dari pejabat sekolah...nak mengajar pun tak senang).eheehe

Anonymous said...

akirasuri:
errr.. nak sambung ke? sat.. tgh pikiaq.

cikscarlet:
nakal budak kecik sekali kita jeling dia diam. nakal budak remaja sekali mrk jeling kita terdiam.

huhuhuuhuu..

Sarah Mohd Shukor said...

cikgu, wajib sambung cerita ni... wajib wajib wajib... sy tunggu ok.

Anonymous said...

sarah:
tgh pikiaq ni.. tgh cari penaja nk sponsor. hihiii

Mimie Azrin said...

uh..saspennyer...
cepat la continue cikgu~!

Neeza Shahril said...

erkk!! mana sambungannya nih??