pagi tadi, seusai solat subuh di surau kuarters. aku tergerak nak keluar ke pekan lama kuala selangor. memang dh jadi macam rutin aku, asal pagi ahad mesti keluar pagi ke kedai. keluar rumah jam 7.30 pagi, beli surat khabar. hari ahad aku akan beli berita minggu dn harian metro. (semua RM3.50). hari biasa cuma harian metro je. tu pun kalau sempat dn ada stok lagi. aku jarang sgt beli utusan, kecuali aku baca online je.
lepas beli paper, aku akan singgah di restoran mamak bersebelahan kedai jual paper.
sebaik nak masuk restoran, kelihatan seorang tua menunggang motosikal hendak membelok ke arah restoran. aku kenal sangat orang tua tu. memang lama aku nantikan kemunculannya. orang tua itu berserban dan berjubah putih. dia masuk ke dalam restoran dan mengambil tempatnya. peluang ini aku takkan lepaskan. segera aku ambil tempat satu meja dengannya. aku menghulur tangan dn bersalaman.
orang tua itu masih macam dulu. mesra dn sesekali menggerunkan! gerun kerana tapak tangannya pernah singgah di pipi aku suatu masa dulu. dn kerana itu aku menangis.
flash back:
masa tu di SAMTAJ di Shah Alam. aku pernah difitnah. dn kerana fitnah aku ditampar oleh org tua itu. kawan2 telah mengadu padanya konon aku membawa gitar ke asrama. orang tua itu tanpa soal siasat terus menampar aku dn mendesak supaya aku mengaku. aku memang tak mengaku, sebab aku memang tak bawa gitar ke asrama. satu lagi penampar di pipi sebelah. aku mula menangis. bukan kerana sakit tamparan dia. tapi masa tu aku sgt sedih difitnah. siapa yg tak takut orang tua tu. kalau dia berjalan di tingkat bawah, kami di tingkat 3 akan mencicit masuk kelas. hebat kuasa orang tua tu. akhirnya kes gitar tu habis begitu sahaja. tak jumpa siapa yang bawa dn apa terjadi lepas tu. dan dia pun tak minta maaf kat aku lepas tu. :((
dia memesan roti canai kosong dn teh panas serta air suam. aku pula roti telur dn kopi ginseng. kami berbual panjang. mengimbau kisah lama antara dia dn aku. dn juga kisah2 semasa. oh.. orang tua itu masih semangat macam dulu. sama semangat waktu dia menampar aku dulu.
namun kali ini kami berbual mesra. aku tiada lagi dendam dn marah pada dia. malah kami dh jadi kawan rapat. kebetulan aku dan dia sekarang tinggal di sini. kuala selangor darul luar bandar. dan dia masih jadi guru di tanjong karang. 3 tahun lagi pencen. jadi kami sama2 dah jadi cikgu.
habis sarapan, aku ambil peluang membayar apa yang dia makan. aku sangat lega dan puas. akhirnya aku berjaya belanja ustaz a.k.a guru disiplin yang pernah menampar aku (tanpa sebab) makan. oppss.. walau dia bekas ustaz aku di SAMTAJ, aku tetap anggap dia ustaz aku selamanya dan aku masih anggap diri aku murid dia.
aku tiada sekelumit dendam padanya. sungguh!.
terima kasih ustaz, mungkin kerana tamparan ustaz le anak muridmu sekarang jadi cikgu disiplin. you're my ustaz sampai bila2.
7 comments:
Beshnya makan-makan dengan cekgu lama :D
Nanti bila cekgu dah veteran mesti ada anak-anak murid yang belanja cekgu pulak kan :D
Salam perkenalan kembali.
Terima kasih datang melawat.
Saya pernah belajar di SAMTAJ Sungai Besar :)
Sampai form 3 saja.
Wassalam
kalo tidak kerana die...
cam femilir jer sg. besar tu..
akirasuri:
takyah tunggu tua cik ati. la ni pun kdg2 dh ada org misteri yg belanja aku makan. :))
anak singa:
salam kenal kembali anak singa. gerun seh dengerin nama kamu!.
mama ranggie:
betul tu mama. dia le ustaz aku yg paling aku sayang dari dulu hingga kini.
~aku~:
yup bro. barang kt sungai besar jauh lebih murah dari pengkalan kubur atau rantau panjang, kelantan. padahal sungai besar kt selangor.
ada mamat mana ntah pernah ingat sungai besar kt sempadan siam.
huhuhuuu
terharu sy baca. cikgu penah kena fitnah ye dulu2. tp tak sangka cikgu pun dh jd cikgu dan bekas ustaz cikgu dulu skrg dh jd mcm kawan cikgu plak kn :)
sarah:
ceritalama sarah. dan aku dah maafkan semua watak dalam peristiwa tu.
Post a Comment