Sunday, January 20, 2008

jika ini tanda Allah sayang..

sakit.

tanda Allah sayang kat kita. sayang sebab dgn sakit ini Allah mahu hapuskan dosa kita dn angkat darjat kita di sisiNYA. asalkan kita redha dn sabar. wajib kita berubat kalau sakit. itu hak jasad untuk mendapat sihat. Nabi dn Rasul pun berubat semasa sakit. selebihnya terpulang pada Allah.

sakit mengajar kita kembali menilai diri. mungkin ada kesalahan dn kesilapan yg kita terlupa utk bertaubat.

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya.”

(Maksud Hadis Riwayat Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu ‘anhu)

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub:

“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a:

“Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hambaMU, putra hamba laki-lakiMU, putra hamba perempuanMu, ubun-ubunku ada di TanganMU, telah berlalu padaku hukumMU, adil ketentuan-Mu untukku. Saya meminta kepadaMU dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk DiriMU atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMU atau yang Engkau turunkan dalam kitabMU atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisiMU. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim semi (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.”

kecuali akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.”

Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan doa ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).”

(Maksud Hadis Riwayat Ahmad no. 3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy)

Ya Allah, jika ini caranya KAU zahirkan kasih sayangMU padaku, sungguh aku pasrah dn redha. namun jika ini tanda murkaMU, ku harapkan keampunanMU jua.

note: skrg musim demam dn batuk.

6 comments:

Anonymous said...

time kita sihat selalunya kita selalu alpakan cikgu...bila dah sakit barulah teringat segala kesilapan kita..moga kita selalu berada didalam lindungan Allah dari kealpaan..

Sarah Mohd Shukor said...

doa yg sy baca setiap hari salah satunya ialah doa minta sihat tubuh badan dan kalau dtgnya sakit, sy baca doa syifa'. sakit tu tanda Allah sayang. ya. sy setuju tu.

Qaseh Bidadari said...

mama setuju tu...

kadang waktu sakit tu barulah seme teringat...

Anonymous said...

cikscarlet:
betul tu cikgu. bila dh terduduk baru rasa nikmatnya berdiri..

erk.. apa aku cakap nih?

sarah:
doa syifa' tu salawat syifa' ke sarah?

mama ranggie:
dah sakit ni le baru nak beringat.. teruknye le aku.. huhuuhuu

Sarah Mohd Shukor said...

haah cikgu. selawat syifa' la tu.

Inah said...

salam cikgu..saya pinjam ek..err..sbnrnya..dah letak baru nak cakap..maaf :(