oh. aku jatuh cinta lagi. hatiku telah dicuri lagi. tolong kembalikan hatiku. jangan bawa pergi jauh dariku.
dia.. dia.. sungguh anggun pada mataku. sungguh menawan dan memikat. bagiku dia sempurna makhluk. ayu dan memikat. aku amat teringin agar dia sentiasa bersamaku. aku tak mahu dia terlepas ke tangan orang lain. suatu ketika, aku pernah melihatnya bersama seorang jejaka, aku amat cemburu melihatnya. malah aku pernah cemburu melihat dia bersama dengan seorang gadis. ah! aku sudah cedera. cedera yang amat parah.
aku tak harus biarkan dia terlepas pada orang lain. kali ni aku sudah nekad. biar isteri aku merajuk sepanjang tahun pun aku tak kisah. aku mesti melamarnya segera. sungguh!. aku dah tak mampu hidup tanpanya. siang malam aku terfikir tentangnya. dia bukan sahaja di mataku, malah dia dalam hatiku. oh! dia telah mencuri hati dan perasaanku.
masalah aku sekarang nilainya. walinya meletakkan nilai yang agak tinggi. tapi apakah nilai dibanding sebuah cinta. aku harus memilikinya walau berapa mahal nilai itu. sungguh cinta dan kasih tak ternilai dgn wang ringgit.
aku mesti bersikap gentleman. aku harus bawa isteri aku melamarnya. aku tak mau isteri aku kata aku tidak jujur. aku akan cuba memujuk dia agar menerima kenyataan ini. payung emas memang sukar ditemui dgn sekadar terima jika tidak ikhlas.
maafkan suamimu wahai isteriku. mungkin ini sudah tertulis perjalanan hidup suamimu terpaksa menduakanmu. maafkan suamimu.
lagipun bukan ke dulu kau juga pernah memberiku izin. kali ini aku cuma mahu melaksanakan keizinan itu.
petang ni kita pergi bersama cuba merisik dia. kita cuba runding dgn walinya. minta izin untuk saya memilikinya. lagipun Nokia N95 8GB bukan le mahal sgt kan.. =)
2 comments:
Salam Cikgu.
Waduh. Mula2 tu sy ingtkan ni kisah cinta cikgu mula2 dulu. tp lepas tu ada sebut psl isteri plak. so, sy ckp pd siri sndiri: ok, kali ni tak boleh terkena dh dgn cikgu :p hehe. telefon rupanya. sila2. cantik telefon tu!
cikgu,impian kite samalah...
bile lah saya nak dapat?
Post a Comment