Thursday, January 3, 2008

1st day at school "the movie" (sebuah catatan)

3.00 am.
aku terjaga dari tidur. mata tak boleh lelap. manakan mata mau lelap kalau fikiran sudah sampai ke sekolah waktu ni. aku memujuk mata supaya pejam. namun ia enggan selagi fikiranku tidak kembali semula ke dalam otak dan berhibernasi di situ.

untuk memujuk diri, aku ambil wuduk dan membaca ayat kursi. fikiran aku benar2 terganggu. entah kenapa aku rasakan tekanannya. risau untuk esok pagi.

untuk memujuk diri, aku buka laptop. online dan singgah di beberapa blog kawan2. semuanya sepi. mungkin semua sedang tidur agaknya. buka laman utusan online dan baca berita di sana.

5.00 am.
keletihan mula menguasai diri. akhirnya aku tertewas jua. dan depan tv aku tertidur.

6.00 am.
aku terjaga dari tidur. solat subuh dn bersiap diri. kejut anak. mujur dia memahami hari ni sekolah. selalunya kalau cuti, mau jam 9 baru dia bangun. cuma mulutnya yg membebel.. "ayah.. masih malam laa.., ayah.. nak mandi air panas.. taknak buka baju.. tak nak ayah mandikan.. nak umi mandikan.." isk.. budak ni. mujur juga isteri aku sabar melayaan.

7.00 am.
bertolak dari kuarters. hantar si kenit tu le masuk tadika. then hantar isteri aku pula ke sekolah dia.

7.25 am.
sampai sekolah. ramai pelajar hari ni. ada pertambahan pelajar form 1. perhimpunan pertama hari pertama dimulakan. semua guru kelihatan ceria dan gembira. murid2 pula nampak saling tersenyum dan bertanya khabar sesama.

murid2 yg terkebil2 mcm tak biasa je pg2 kena beratur.

masing2 muka sembam bangun tidur..

"tu apasal cikgu jawe tak berdiri tegak masa negaraku..?"
"aku ambil gambar korang lee.."

perlantikan guru disiplin. yg ni bukan aku. dia ni KETUA guru disiplin. aku guru biasa je.. sungguh!

tapi aku nampak sesuatu yang baru pada murid. ramai pelajar lelaki berambut perang dan simpan ekor.

mulanya aku biarkan aje. cuma tegur minta mereka potong. tapi bila HEM arahkan aku buat tindakan segera. aku cari gunting. jumpa gunting kat bilik Penolong Kanan. terus aku gunting rambut mereka. hari pertama dah kena gunting. depan mak bapak yg datang tuu. malang sungguh. mesti mrk ingat sampai hujung tahun.
dekat 20 pelajar aku gunting rambut mereka pagi ni. semuanya sama ada rambut perang, panjang atau berekor. budak2 sekarang.
ada sorang bapa jumpa aku lepas perhimpunan. kata dia:
"hari pertama pun dah tercabar ye cikgu.."
aku senyum aje..

8.30 am.
perhimpunan bersurai. agak lama hari ni sebab banyak pesanan dari guru2. habis perhimpunan dan bersarapan, aku mula mengemas meja. banyak juga kertas soalan lama2 yang aku kumpulkan untuk dijual.

rasanya dah 3 tahun aku tak kemas meja.hihihih..


satu2 nya pompuan melayu terakhir kt bilik guru. yang.. lepas ni kita kemas meja ai sama2 yee.. :p

wak tukang kebun yang ada sijil KOAM dan jurulatih hoki belia selangor. dia juga ada diploma sains sukan upm. tukang kebun tu. bujang lagi tau! kalau tukang kebun ada diploma.. cikgunya agak2 le sendiri yee... *mcm bangga je..* kakakah.
10.00 am.
selesaikan satu kes nset yang aku rampas tahun lepas. hari ni mak budak tu dtg jumpa aku minta balik nset tu. aku serahkan urusan tu kpd ketua guru disiplin. aku dh mula rasa penat.

10.30 am.
bendahari kelab guru jumpa aku. bincang tentang urusan buat jamuan akhir tahun lepas yang tertunda. sebagai pengerusi kelab guru, aku hampir2 terlupa ttg jamuan ni. kami sempat bincang kaedah dan perlaksanaan awal jamuan tersebut. tindakan susulan akan dibincang dalam mesyuarat guru nanti.

11.00 am.
aku menghadiri perjumpaan pengawas. beri ucapan dan kata2 semangat kpd pengawas sekolah. aku cuba tanamkan keyakinan kpd mrk. jgn takut jadi pengawas. kesian kt mereka. jam 12.00 tghri perjumpaan tamat.

"cikgu jawe ckp apa eh.."
"ntah.. merapu aje.."

12.15 tghri.
berjumpa dengan HEM in-person. kami bertukar pandangan ttg pengurusan sekolah dn disiplin. byk yg HEM luah kat aku. ttg sekolah, pelajar, disiplin dan mcm2. (kesian. HEM aku pompuan. agaknya orang pompuan sgt mudah tension kot..).

aku beri bbrp cdgn kpd HEM ttg beberapa perkara berkaitan kepimpinan organisasi. kami sempat bertukar2 pandangan ttg sistem kepimpinan yang sepatutnya di sekolah, sama ada demokratik, autokratik atau leissez faire. kami bersetuju bhw dlm sistem kepimpinan di sekolah, sistem demokratik lah yg terbaik. sistem leissez faire akan menyebabkan kerosakan kepada organisasi.

oh ye.. dulu masa kt UKM, bidang pengkhususan aku ialah kepimpinan organisasi.

1.00 pm.
aku berbincang pula dgn bekas Setiausaha SPM. oleh kerana aku SU SPM yang baru. banyak yang aku perlu belajar tugasan ini. banyak benda juga yg aku perlu buat rupanya.

1.45 pm.
seorang pelajar perempuan mengadu kat aku mahu menarik diri dari pengawas. ada alasan dn masalah dia. aku minta dia balik rumah dulu dan berfikir. esok jumpa aku semula. ntah le.. heran juga. aku ni guru disiplin. tapi bila pelajar ada masalah lebih suka jumpa aku. terutama pelajar perempuan. dh nasib aku ni hensem kot.. hihihi.. *perasan*

2.00 ptg.
aku sangat keletihan. penat badan dn minda juga. aku dah kelaparan teramat. pergi kantin. order nasi paprik. makan dh tak ingat dunia. mcm org kebulur. sampai aku tak sedar aku minum sambil berdiri!.

keluar dari kantin rupanya pelajar dh balik. tinggal le beberapa org cikgu kt sekolah.

keletihan sgt. lepas solat zuhur langsung tertidur sampai le jam 5.15 ptg. itu pun isteri kejut solat asar.

6.00 ptg.
ambil anak kat pengasuh. kira2 7 km dari kuarters.
hari ni sgt letih. baru hari pertama.
note: gambar kecik sgt. pandai2 le klik yee.. acai.. tlg ajar aku setting gambar kt photobucket utk blog nih. tq.

5 comments:

akirasuri said...

Cepat pat pat sambung sinetron sekolah :D

he he he..

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Cikgu.

sy faham apa cikgu rasa. mak sy pun td sms bgtau penat betul dia hari ni. separuh pengsan dia kata. mak sy pun HEM. agaknya mmg musim HEM ramai yg perempuan kot. sbnarnya sy tau knp HEM cikgu tu mcm tension je. sbb hujung thn hari tu dia kena buat report hujung thn n hantar laopran perancangan utk tahun baru plak kan. mmg banyak kejenya tu. oh. cikgu UKM ke dulu. baru ni tau. hehe. ewah2 cikgu. sempat lg nak ajak cikgu pmpuan melayu terakhir tu kemas meja sama2 ye :p mentang2 isteri cikgu ngaja sekolah lain. hehek.
p/s: time cikgu upload gmbr tu, cikgu pilihla size medium atau large. baru besar skit gmbr2 nye :)
selamat ke sekolah semula esok ye :)

CPI said...

adussss...nana yg bace pon turut rase penat same...huhuhuhuhuuuuu...

Anonymous said...

Yeay! Dah sambung :D

Uwaaa!! Teringin nak pergi sekolah semula :|
Besh-nya nak sekolah! nak sekolah! :|

Anonymous said...

sarah:
terima kasih krn memahami yee..

iman qaisara:
yg tulis lg penat tau!

akirasuri:
nak gi sekolah? senang je. jadi cikgu. tiap2 hari gi sekolah.. :)