oklah. aku sambung cerita bhgn kedua hari kedua. tak nak lama2 stuck kt tajuk bawah ni. sensitif kpd yg membaca.. :)
12.45 tghri.
kami berlima bertolak ke putrajaya. tujuan untuk menziarahi pengarah pelajaran wilayah putrajaya, cg yusof yg akan bersara minggu depan.
kami berlima bertolak ke putrajaya. tujuan untuk menziarahi pengarah pelajaran wilayah putrajaya, cg yusof yg akan bersara minggu depan.
siapa cg yusof?
dia bekas pengetua sekolah aku. jawa kuala selangor. orangnya ramah, lucu dan friendly. lepas dia jadi pengetua kt sekolah aku, dia pindah ke jabatan pelajaran selangor, PPD... byk tempat sehinggalah last kt putrajaya ni. bagi aku dia sgt kuat dn pelik juga. mana taknya. dia sanggup berulang alik dari kuala selangor ke putrajaya hampir setiap hari. 120km tuu. pergi balik 240km!. kete dia?. iswara jee..
dlm byk2 tempat, sekolah aku sebenarnya yg dlm hatinya. byk juga kenangan kami sewaktu dia jadi pengetua kt sini.
2.00 pm.
kami sampai putrajaya. byk bangunan cantik2 dn pelik2 kt sini. bg aku ada sebahagiannya membazir dgn design mcm tu. terpusing2 kat putrajaya. cari mesjid tp tak jumpa jln masuk. bila sampai kt mesjid putrajaya semua org baru selesai solat jumaat. so.. kami menongkah arus. org keluar mesjid, kami baru nak masuk mesjid. takpe sebab kami musafir. kami solat jamak qasar zuhur dn asar. then berehat sebentar. solat jamak qasar hadiah dari Allah kpd org musafir mcm kami.
seri perdana dari celah2 daun.
bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia.
kami sampai pejabat pengarah. cuba nak try ikut protokol.
"encik.. kami nak jumpa pengarah. dia ada"
"encik dari mana.."
"kuala selangor.."
budak tu masuk dalam. then keluar..
"pengarah tak ada.."
"tapi kami dh telefon tadi.. dia ada kat ofis.."
"pengarah baru keluar.."
hihihih... mau auta yee. kami dh buat temujanji la.
kami telefon direct pengarah. tau2 le bahasa kwn2..
"encik.. pengarah jemput masuk.."
"tadi awak kata tak ada.."
"......." bungkam.
kami masuk bilik berlima. semua org tgk. tertanya2. masuk mcm gangster je...atau mcm BPR masuk..hahaha.. sampai bilik dia, kami berbual. bual mcm kawan2 kt kedai kopi. tak formal dn santai.
lps berbual, kami pergi cafe di tingkat bawah dn minum petang kat situ. pengarah belanja tuuu!.
abis sesi bersama pengarah, kami panggil semua bekas kwn2 sekolah yg dh naik pangkat turun ke cafe. kami paksa mrk belanja kami minum kt situ ptg tu. :) oh yee.. ramai kwn2 aku sekolah ni berada di jabatan dn kementerian sekarang. semua naik pangkat.
malah timbalan mufti selangor pun bekas guru sekolah kami. maksud aku ialah; semua mereka bertugas di sekolah aku kali terakhir sebelum naik pangkat sekarang. hish.. apa punya bahasa daa.. tunggang langgang.
5.00pm.
setelah bersalaman dgn pengarah dn mengucap selamat bersara. (cg tajibah usik: slmt join da group: group pencen), kami balik ke kuala selangor. dalam misi kali ni berjaya. berjaya jumpa pengarah, ucap selamat bersara dn pau dia paksa belanja kami makan!.
kami buat temu janji nak jumpa dia lagi lepas dia bersara. nak minta belanja dia lagi. :)
6.30pm.
sampai meru. pengetua tetiba ajak tgk rumah aku yg dlm pembinaan. aduuhh lee..kali ni aku jd mangsa. malu weh. sampai kat tapak pembinaan kena le usik, sindir mcm2 lg dgn kwn2.. sabar je le aku dgn pengetua aku tuh. mentang2 le ni rumah aku yg ke-2. (diulang ke-2, bkn nombor 2!). rumah pertama kt alam perdana.
7.30pm.
sampai rumah. solat maghrib dn mandi. last mandi subuh td sblm nk gi sekolah. lps mandi terus ambil anak kt pengasuh.
1.00am.
aku masih bekerja. baiki laptop adik aku yg masuk virus. pasang antivirus, update dn scan sekali. selesai.
2.00am.
tidur.
4.00am.
dh jaga balik..huhuhu..
7 comments:
Woah!
Ada rumah kedua..
Ekhem ekhem.. ni nak bukak cawangan nombor dua ke ni :p
Ahaks!
*larikk!!
ooo.. ni ke ceritanya.. benci betul sy dgn org yg auta2 gitu. klu dh namanya keje, tak boleh ke buat jujur2 ikhlas2. eii..emo2 plak sy. hehek. smga 1 hhti nnti cikgu pun naik pangkat jgk. rumah tu biar la yg ke2 tp bukan no2 ye :p
akirasuri:
"amiin.."
"amin apa?"
"amiinnnn.."
sarah:
amiin juga..
cik ati dgn sarah nak kenakan saya ye?
huhuhuu..
Amboi cekgu..
Ekhem ekhem :p
Erk! Mana ada kita nak kenakan cekgu kan sarah kan kan kan.. :D
Hahak!
kitorg provoke je nak tgk the true color cikgu ni. ngahaha.
cikgu rumah alam damai sape nak duduk? rumah yg tgh buat tu sape plak? :p
sarah:
aku punye true color sawo matang lee. kulit melayu ras jawa.
alam perdana le. bkn alam damai. alam damai nun "di sana". yg kt alam perdana aku jadikan aset. masih dlm pembinaan. cdg nk sewakan kt student uitm cwgn puncak alam. yg kt kampung tu yg jadi rumah menetap.
yg kt rantau panjang, klang pun ada. atas nama isteri. 2 rumah.
isk.. malas nk cerita. mcm riak je.. :)
eh eh.. tershashul jd alam damai plak. padahal alam perdana. huhu. bagus la cikgu ni. menyimpan aset utk masa depan :)
Post a Comment