Thursday, May 29, 2008

belulang

salam ceria =)

cerita rumah aku tangguh dulu. masih berkemas dn siang tadi aku pergi PPD ambik borang pindah. rupanya pegawai kt unit pembangunan dh tau aku nak pindah. siap pujuk2 lagi tak bagi aku pindah kuarters. hahhaa.. mcm le aku penting sgt kt sini. lagi cepat aku pindah lagi baik utk aku. dari aku terus makan hati kt sini.. huhuhu.. ops! :p.

ok. kali ni aku nak cerita pasal belulang.. nampak gambar bawah? haaaa.. tu le pelanduk namanya. huahuahua. melampau ek sapa tak tau. :)

ayu jelita kan dia nih.. elelelee.. tergoda ai.. hahaha!

biasa kan.. kalau time raya haji ke atau time kawen ke.. makhluk paling setia ni le yg akan jadi mangsa pembersihan etnik . nak wat camna kan. dah dia dicipta utk kita makan. sapa yg tak makan daging lembu ni satu kerugian le. hihi

pas kita lapah2 daging lembu, biasa org kampung akan jemur kulit lembu kan. gambar kt bawah nih kulit lembu yang hampir setahun dh dijemur kt sekolah aku. mamat ni kena sembelih masa raya haji thn lepas.

kulit lembu boleh buat gendang, kompang, beduk dn tabla. tapi taknak cerita pasal kompang kulit lembu.


aku nyorok2 time snap gambar nih. takut student aku nampak.. hehe.. *malu*

aku nak cerita benda nih.. tadaaaaa!!

kulit lembu masak cili padi.

masakan kulit lembu nih sebahagian masakan org jawa. kalau kt kampung aku ada jual kt kedai2 makan tepi jalan. kt restoran2 kt kuala selangor dn tanjong karang pun ada jual. pagi tadi, masa aku makan kt restoran kelantan kt sini pun ada jual gak. hehe. org kelantan pun dh pandai makan rupanya.

sebelum dimasak, kulit lembu mesti dijemur dulu sampai kering. tak lama, lebih kurang 6 bulan paling minima kot. huhu.. sampai lendir kt kulit hilang. (kalau tak mau jemur pun boleh gak. tangkap lembu dh curik kulitnya.. wahahahha!) pastu kulit ni dibuang bulunya dengan dilayur atas api. dibersihkan dgn kapur. dipotong kecil dn kemudian dimasak.

kulit paling sedap? kulit kt kaki lembu tuh. hahaha. kaki lembu dibakar dgn kulitnya sekali. pastu bila abes bulunya. siat2 dn potong kecik2 utk dimasak.

kulit ni boleh dimasak lemak cili api. tapi aku lebih suka makan yg nih. tumis cili aje.

so.. mana2 anak dara yg ada hati nak ngorat teruna2 jawa spt acai tuh, hihi.. sila le lulus dulu masak kulit lembu ni yee. hehe.. kalu rasa tak larat nak masak, lupakan je le nak ngorat anak org jawa nih. hua hua hua..

sila makan semua. kulit lembu masak cili padi. hehe

note: belulang = bhs jawa bagi kulit lembu yg dh dijemur.

Wednesday, May 28, 2008

apdet seciput aje..

salam ceria.. =)

apdet seciput je lah ek. gambar rumah aku latest ptg semalam.

kerja tanam tiang letrik.


final touch.. tinggal kemaskini cat dn sikit2 je lagi.


snap dari dapur.. hehe. tak sabar nk belanja kawan2 makan megi kt sini.


ok. dh jam 5.04 pagi. dh nak subuh dah. dari jam 2.00 pagi tadi tak lelap lagi. huhu..

Tuesday, May 27, 2008

cerita rumah aku

salam sejahtera.

kita lari tajuk sikit eh pasal baju kurung. nanti2 aku ulas lagi.

beberapa hari ni aku sgt2 sebuk dgn urusan rumah. kerja2 akhir sedang berjalan. tinggal lagi urusan masuk elektrik yang belum selesai dan sedikit mengecat rumah. bekalan air dah selesai, cuma tinggal sambung paip ke dalam rumah.

semalam juga aku dh luluskan satu peruntukan (cheh!) membeli 4 lori tanah+batu dengan kos RM 1,400 siap upah meratakan tanah. hari ahad hari tu pun aku belanjakan hampir RM400 utk beli lampu dapur, tiang dn bilik air.

sungguh le buat rumah ni sgt2 menelan belanja yg sgt tinggi. cukup tinggi bagi cikgu biasa mcm aku. hehe.. tapi itu le hidup. adakala terpaksa buat keputusan yang berisiko utk masa depan yang lebih baik.

mcm org nak kawen lee.. sapa tau pasangan yang awak chenta hati tu, yg awak nak kawen dgnnya tu cukup sempurna dari mata awak. tapi akhirnya nekad juga kan kawen dgn dia.. bila dah kawen baru terbuka satu2 peel yang sgt2 kontra. tak sama time berkasih chenta dulu. huhu.. aish!.. CJ dh melalut.

alhamdulillah, kerja2 pasang lampu dh selesai, lampu gantung, downlight, lampu tiang, kipas.. tinggal sikit tile bilik air (kurang 30 keping) dn dinding dapur (kurang 7 keping).

cat pula dah selesai semuanya. cuma yang kat bilik nak kena buat selapis lagi. dan sikit kat bhgn luar dapur. insyallah, hari ni boleh siap. setiap bilik dgn warna yang berlainan. malah warna floor tile juga lain utk setiap bilik. ini semua idea isteri aku.

aku ckp kt isteri aku: "awak nk bukak kelas tadika ke?". mcm central market pun iye aku tgk.. hahaha

sementara menunggu kerja2 akhir siap. kami masih lagi packing barang2 kat kuarters nih. mujur 99 speedmart kapar dgn murah hati sponsor kotak2 semalam. siap kata lagi, kalau cikgu mau dtg lagi besok ambil maaaa.. hehe. gum xia.. gum xia..

ok. ni antara fakta rumah aku.

- 4 bilik dgn setiap bilik ada bilik air. sebagai persediaan utk 4 org bini mcm kt tranug tu. wahahhaha!1 bilik utama. 1 bilik anak lelaki. 1 bilik anak pompuan dn 1 bilik tetamu/bilik solat/bilik bacaan.
- 2 ruang tamu. depan dn tengah.
- 2 anjung. anjung dpn dn anjung tepi.
- floor tile setiap bilik berbeza warnanya. begitu juga floor tile ruang tamu 1 dn ruang tamu 2 berbeza.
- dapur terletak di tepi rumah, bersambung dgn anjung tepi. sesuai dgn konsep masyarakat jawa yg suka menjamu tetamu. =)
- keluasan 44x52. kecik je kan. ini namanya rumah ibu.

rumah ibu ialah rumah asal. buat dulu sbg asas rumah. kalau ada rezeki, aku cdg nak sambung bhgn belakang. tu plan 5 tahun dr sekarang. Insyallah. bak kata safwan kt kawan2 dia: "tunggu ayah dah kaya baru beli kete control.." hahaha!. pandai sungguh bapa dia ajar cam tuh!.. hehe.

oleh kerana aku ada pengalaman buat rumah. kalau korang satu hari nanti nak buat rumah juga dn minta pandangan aku atau nasihat ttg buat rumah ni, boleh le tanya aku. insyallah, aku sedia menolong bagi pandangan aku. =)

sementara tu, doakan aku segala urusan dipermudahkan.


hah! tu lee.. lain kali berlarian bagai tak hengat dunia. haaaa.. kan dh kena. tak dgr ckp org. pot.. pet.. pot.. pet.. kata ku sambil snap gambar. huhu

note: slmt menempuh exam buat rakan2 blogger kt mesir, morocco, moscow, ukraine, uk, japan dn malaysia. moga kalian berjaya dgn cemerlang.

aku juga tgh sedih. akhirnya kita kehilangan pulau batu putih. ops! kita dpt middle rocks dn south ledge yg hanya kelihatan time air surut jee.. huhu..