hari ni masuk hari kedua aku betugas sebagai KS. semalam pengumpulan data disiplin pelajar melibatkan sekolah cina (SJKC) dan sekolah rendah (SK). hari ni pula melibatkan sekolah tamil (SJKT), sekolah agama (SMKA) dan sekolah menengah (SMK).
hari pertama aku ditugaskan menggabung data drpd SJKC. hari ni pula drpd SMKA dn SMK untuk seluruh daerah kuala selangor.
ramai pelajar, banyak ragam kesalahan disiplin juga. ada kira2 2,400 rekod kesalahan disiplin pelajar yg ada dlm laptop aku skrg. tu belum lagi dari laptop sorang lagi kawan aku. kalau digabungkan maunya 5,000 rekod kesalahan disiplin pelajar semuanya. huhu. menyeramkan! sungguh.
kdg2 terfikir, apa yang buat anak kecil seawal darjah 3 tergamak memecah masuk rumah utk mencuri?
apa yang membuat budak2 pompuan rela ponteng kelas utk dibawa usung mat2 motor dn kemudian dibawa masuk ke dalam rumah kosong?
cikgu nadia yuna
__________________________________________________
hari ni aku agak terkedu. kawan aku (cikgu pompuan dari sekolah lain) yang sama2 dulu sebagai guru data mcm aku seperti meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dilantik sebagai KS.
wahai kawan. sungguh aku tidak pernah gembira dilantik sebagai KS. aku juga tidak pernah memohon atau melobi utk dilantik sbg KS nih.
aku tak perlu dipandang hebat di kalangan rakan2. sebagai KS atau nama lain kakitangan sumber atau jurulatih data, bukan apa2 bagi aku. (walau ia satu tiket utk pergi jauh dlm perkhidmatan).
aku tahu kau hebat kawan. kau hebat dalam perisian komputer. (ehemm.. ko tak ingat ke aku pernah ajar ko ttg security spt malware, spyware, phishing, adware.. masa tu ko terkebil2) kalau kau mahu jawatan ini. aku rela beri padamu. asal jangan kau ungkit2 lagi di depan pegawai data. ambillah. jawatan KS hanya menyemakkan fikiranku dan menelan masa lapangku.
dgn sikap dia tadi, aku seperti akan kehilangan sorang kawan baik..