Monday, April 14, 2008

dan jawapannya ialah..

salam semua dan sambil makan2 seafood.. =)

wah!. ramai teka eh. ada yang kata kepah, lala, remis. meh sini pakcik ajar sikit benda2 nih.. (kalau pakcik silap sila tunjukkan ek..)

KEPAH.

ni le kepah cik yah. dia ni kulitnya halus dan licin gitu. mungkin dia banyak makan tempe. atau dia suntik botox kot.. hehe. memandai aje pakcik. dia ni juga lebih berat sebab kulitnya lebih tebal. kulitnya juga tidak bercorak. biasanya sekata je warnanya.



LALA @ ALA-ALA

haa.. cik yam. lala ni byk tau kt tempat aku. terutama kt tepi pantai sepanjang jalan kt Jeram. dia ni kulitnya rapuh dan saiznya comel. dia juga agak juicy gitu. haha. REMIS pula saiznya lagi kecik dari lala. sedap gak buat masak air dgn sayur pucuk manis.



ni? eeer... apa ek. kerbau kot. haha.

dia nih ada sedara dekat kat kuala selangor nih. nama dia KERANG BERBULU. pernah nampak? iye.. kerang berbulu saiznya agak besar dari sedara dia nih. dan harganya agak mahal juga. kira RM3.00 sekilo gak. dipanggil kerang berbulu sebab dia memang berbulu lebat kt cengkerangnya. dan pelanggan selalu berbulu jek bila nk beli sebab kerang ni amat laris di pasaran kuala selangor.



eeer.. ni aku tak tau le. apa ek? kupang kot. ada sesapa boleh bagitau. hehe.. fail dah aku.. hehe


dan... ini lah dia perkenalkan.. ;)

ANAK DARA 2 SEBILIK


wakakkaa.. poyo jek. woit!. memang nama dia mcm tu le. hihi. dia ni sepupu dgn kepah. cuma kepah agak berat, dia ni ringan sikit. maklum le anak dara senang nak dokong nanti. kulitnya agak bercorak dan cantik. amat sesuai jadi hiasan dan kraftangan. kalau kepah isinya agak berpasir, isi dia ni bersih dan halus. tadek pasir sikit pun.

dinamakan anak dara 2 sebilik sebab waktu dikutip oleh nelayan, dia akan berada kt dlm pasir mcm nih.. berdua berhadapan. yg lain pun berdua berhadapan. kalau kepah, waktu jumpa dia sepah2 je.. buat hal dia aje.


tengok tu.. gaya malu2 gitu hehe. sambil2 mcm bergosip2an mereka berdua. eleleleee.. cunnnya dia. ekekekee. sebab tu dinamakan anak dara 2 sebilik.


anak dara dh kena masak tumis cili padi.. yum.. yum.. err aku tak makan sebab elergik. woooo sedih tak dpt makan si anak dara isteri aku masak..


sekian kelas masakan Chef CJ hari nih.. meh le rasa.. sedap tau!

Sunday, April 13, 2008

apa benda nih..?

salam semua.. =)

n3 kali ni aku nak bagi je le satu soalan mudah. soalannya: apa nama benda ini?.. hahaha mudah kan? tak payah nak sakit2 kepala atau terpaksa buka kamus.

sila lah jawab ye abang2, akak2, makcik2, pakcik2 dan adik2 sekelian..



hadiah? isk.. soalan bonus je nih. mudah sangat. takyah hadiah lah ye. lagipun tgh2 bulan nih. ahak! :)

Saturday, April 12, 2008

kisah gambar III

salam semua.. =)

kali ni aku nak selesaikan gambar ke-3. tgk gambar pun tau kan situasi budak tu. ye. dia pelajar kelas khas. dan dia tergolong dalam hyperaktif.

kelas pendidikan khas sebahagian dari jabatan kat sekolah aku. kat jabatan nih, hanya pelajar2 yang kes istimewa je boleh masuk. seperti pekak, bisu, autisme, lembam, hiperaktif dan down syndrome.

aku sayang sangat dengat budak2 kelas khas nih. bila bersama dgn mereka terasa betapa syukurnya Allah jadikan aku hidup normal. tahu membaca dan kenal huruf. lalu aku berasa tenang dan gembira. kat kelas khas le selalu aku lepak bila aku rasa sedih. terubat hati tengok gelagat mereka.

di sini, pelajar2 kelas khas terkecuali dari sebarang tindakan disiplin. kerana status khas mereka, cuma cikgu2 kelas khas saja yang dapat mengawal dan memahami mereka. buat le apa saja budak2 nih, sgt istimewa mereka. nak hukum pun tak sampai hati.

aku pernah dipanggil "kau aku" je dgn budak2 nih. sabar je lee. yang bagusnya mereka nih, setiap kali selisih dgn guru, bukan setakat salam mereka beri, tapi mereka bersalam dgn tangan. yang pompuan dgn cikgu pompuan le. budak2 normal jgn harap lee.. lagi2 budak sains; berlagak mcm pandai (bukan semua).

ada di antara mereka tanpa segan silu memaut bahu aku sambil sembang2 dgn bahasa yg aku kurang faham. lantak le.. seronok dgn mereka.


cerita gambar III:

budak tu nama dia muaz. bangsa melayu dan dia hiperaktif. (bukan down syndrome)

dia ni tak boleh terlebih gula dalam makanan atau minuman. nescaya dia akan sukar dikawal dan melakukan tindakan2 luar duga. dia pernah naik atas pentas dan mengambil mikrofon sewaktu pengetua sedang berucap. lalu dia berucap dgn mikrofon tuh. pengetua biarkan sahaja dia habis bercakap.. haru sungguh. kami semua tergelak dgn gelagat dia. kami semua faham situasi dia. cikgu dia le berpeluh minta ampun maaf dgn pengetua. terlepas dari kawalan.

dia juga dinasihatkan tidak memakai pakaian warna2 garang seperti merah dan oren. sebab boleh mempengaruhi tindakannya. hanya pakaian warna2 lembut je untuk dia pakai. dia juga tak boleh stress.. mengaruk le dia nanti.

bila dtg hyper dia, kami tak leh buat apa. dia akan menjerit, berlari dan merajuk. ada cikgu khas yang mengawal dia sorang.

tapi aku sayangkan dia. juga semua pelajar kelas khas, aku sayang juga. ahli syurga yang berjalan di atas dunia. mereka inilah!. Insya Allah..


budak2 kelas khas masa perarakan maulid rasul. suka tgk mereka. ssyyyyhhh.. hehe.. suka juga tgk cikgu tudung hijau kt belakang sana. kuang kuang.. hehe.. tunangan orang tuh. apa le cikgu jawe nih. tak baik sungguh.. huhu

nota 1: kenapa aku rasa entry aku sejak akhir2 ni hambar dn tak ceria?
nota 2: ketiga2 gambar n3 lepas, aku ambil pada waktu pagi hari yang sama.

*****************