Wednesday, April 9, 2008

tergeliat lidah..?

mari kita baca sama2 ek..

i wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, i won't wish the wish you wish to wish.

haha. payah benor. i wish toyota wish. (erk!.. apakah?.. hehe.. tgk je lee..)

abes cerita. =)

Tuesday, April 8, 2008

sangat letih..

salam semua =)

aku tinggal di kampung yang terkenal dengan budaya jawa yang tersendiri. di sini apa majlis pun, sama ada tahlil, kenduri, walimah malah bersunat pun diadakan secara gotong royong dn besar-besaran. kdg2 majlis bersunat pun pasang 4 khemah dengan rewang2 dn masak2 mcm kenduri kawen!.

bagi setengah tempat, majlis tahlil hanyalah satu majlis yg sgt sederhana dan ringkas. begitu juga kampung aku, ringkas dalam perspektif kampung aku le... sila hayati cerita di bawah.

adapun bagi keluarga aku, (org lain aku tak tau), persediaan tahlil bermula selepas waktu asar. jiran2 dn sedara mara akan datang ke rumah bergotong royong memasak. (tahlil diadakan di rumah orang tua aku). ada yang membawa kuih muih, ada yang membawa beras, minyak masak, gula, telur, tepung, mee hon.. semuanya dikongsi bersama dari jiran2 dan sedara mara.

mereka akan mengambil giliran masing2.

yang ibu2 memasak untuk juadah tetamu malam nih.
yang lelaki pula menguruskan kerja2 berat sepeti membasuh periuk. membuang sampah dan merasa makanan (berat sungguh jd tester nih.. ha ha ha)
si anak dara pula memotong kuih muih dan menyusunnya kt pinggan, membasuh gelas cawan dan memasak. sambil ditunjuk ajar si ibu2 sambil kena leter. hu hu hu.. tu le sapa suruh tak reti masak!.
yang jejaka pula eeer... takde. kecuali kenit2, semua org lelaki dh kawen. :)
si kenit2 berlarian berkejaran ke sana sini jerit menjerit, sambil sesekali menangis dn merengek minta didukung.

suasana meriah dalam duka. sekurangnya memujuk juga hati. hari pertama tahlil, tetamu dijamu dengan mee goreng + kuih muih. malam kedua nasi lemak daun pisang + kuih muih dan malam ketiga mee kari + kuih muih.

kami bersolat maghrib berjamaah di rumah. bersama jiran2 dan sedara mara tadi. lepas maghrib kami adakan bacaan yaasin dan doa. (aku jadi imam maghrib sekali dn pimpin bacaan yaasin pada malam kedua. hahaha malu jek dgn korang..). kemudian solat isyak berjamaah. lepas solat isyak, tetamu para jamaah dari masjid akan datang ke rumah. majlis tahlil arwah dijalankan selepas isyak. malam kedua agak ramai dengan kira2 100 orang datang bertahlil.

selesai tahlil, juadah dalam dulang pun dibawa keluar dan dihidang kepada tetamu. sebaik tetamu pulang, kini giliran lelaki pula mengemas2 dulang dan bekas hidangan. manakala si anak dara membasuh pinggan dan cawan kotor. si ibu pula mengemas2 kawasan dapur apa yang patut. dan proses itu akan berakhir biasanya jam 10.30 - 12.00 tgh malam. sembang2 dgn sedara mara mau jam 1 pagi baru tidur.

esoknya... rutin yang sama akan bermula lagi. penat dan letih sekarang..

note 1: takde gambar. lupa nak snap. tapi aku akan cuba ambil gambar majlis tahlil utk dikongsi bersama.

note 2: aku dah balik KS. dah mula kerja hari nih. KS nama glamer Kuala Selangor. org2 sini panggil KS je..

note 3: kdg2.. aku rasa adakala budaya bertahlil dn kenduri org jawa kampung aku ni unik tetapi membazir. maksud aku terlalu mewah dgn makan2.. isk.. ntah lee..

Sunday, April 6, 2008

akhirnya saat itu tiba jua..

semalam. sabtu 5.4.2008. jam 9.30 pagi. aku kehilangan salah seorang yang aku paling sayang di muka bumi nih. aku kehilangan atuk aku yang kembali kerahmatullah.

sepatutnya semalam saat kami gembira. sebenarnya semalam adalah hari di mana mak, bapa dan makcik serta pakcik aku akan pergi menunaikan umrah. mereka telah sepakat hendak bertolak jam 9.30 pagi dan akan berkumpul di rumah atuk secara konvoi.

mereka telah berkumpul dan berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum bertolak ke tanah suci. atuk menggagahkan dirinya di atas kerusi roda. keluar melalui pintu dapur rumah sambil diusung oleh pakcik aku. mungkin niat atuk ingin meyaksikan anak2nya pergi ke tanah suci sambil berbaring di pangkin kayu kegemarannya.

sejurus atuk melabuhkan belikatnya di pangkin kayu, secara tiba2 atuk kelihatan tenat dan lemah. kami memangkunya dan terdetik di hati bahawa saat atuk telah sampai. atuk menitiskan air mata dan kedengaran mengucapkan kalimah Allah dengan amat dalam.

atuk menarik nafas sekali dan akhirnya atuk pergi dulu meninggalkan kami selama-lamanya. atuk tidak lama nazaknya. hanya sekitar 2-3 minit sahaja. kami semua tergamam dan seolah tidak percaya apa yang telah terjadi di hadapan mata.

kami yang berhasrat untuk bersalaman dengan atuk sebelum pergi ke tanah suci, rupanya atuk meninggalkan kami dahulu untuk bertemu Illahi.

sedikit kekeliruan dan suasana panik berlaku. sama ada hendak meneruskan umrah atau menguruskan jenazah atuk. kerana penerbangan dijadualkan jam 1.00 ptg dn jarak dari rumah ke KLIA memakan masa 2 jam. untuk menunggu jenazah atuk disempurnakan akan menyebabkan tertinggal kapal terbang. kami bermesyuarat dan akhirnya kami membuat keputusan membatalkan umrah sahaja bedasarkan kaedah usul fiqh: apabila perkara sunat dan wajib bertembung, maka dahulukan yang wajib.

ibadat umrah hukumnya sunat dan pengurusan jenazah fardhu kifayah. maka perlu mendahului fardhu dari sunat.

tak mengapa hilang RM5-7 ribu. duit boleh dicari. tapi atuk cuma satu. agensi umrah dimaklumkan dan keputusan muktamad diberi. kami menarik diri untuk umrah.

syukur, atuk pergi dalam keadaan tenang dan damai. kami telah memandikannya dan solat jenazah ke atasnya. atuk berpesan kepada kami semasa hayatnya agar sentiasa menjaga solat, terutama solat malam dan atuk juga berpesan agar diadakan majlis tahlil selama seminggu.

akhirnya jenazah atuk selamat disemadikan jam 12.30 tghri.

hilang lagi seorang ulama, bekas imam, guru tasawwuf dan pakar fikah di kampung. semoga arwah atuk bersama para solihin dan abidin.

note:

1. jamaah umrah itu ialah anak2 atuk; iaitu ayah dan mak aku serta 3 orang makcik anak kandung atuk bersama suami2 mereka.

2. aku ada cerita ttg kenangan aku dgn atuk kt blog nih. sila explore sendiri ye :)

3. blog akan bercuti lagi. masih berkabung. dan akan kembali selasa ini. Insyallah. ni pun apdet dari cc kt kampung =) *malu budak2 tgk*