dalam perjalanan balik dari terengganu hari tuh. aku dan kawan berbual dalam bas. dia bercerita kisah yang terjadi di kampungnya. kisah seorang suami dan isteri.
ceritanya begini:
dikhabarkan ada seorang suami yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.
suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini. pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.
si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.
dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot..pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.
menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.
tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:
"siapa kau?"
jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga.."
"kenapa?" tanya si suami..
jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."
;)
~cerita rekaan je..~
moral of the story: fikir le sendiri.. hahahhaaa.. adeh! larriiikkkkk!!!
16 comments:
oohh cikgu..
akhirilah cerita mu begini:
makhluk itu berkata:
"kau telah mencampakkan isterimu ke dalam telaga ku dan aku telah memakannya! padan mauka kau!"
dan si suami terus mati kekesalan.
kui..kui..kui..kan bagus gitu?
kahkahkahhh!! macam nak pecah perut ketawa... marah betul penunggu telaga tu.. yang bini dia tu.. dah mati pun masih membebel lagi. Penunggu pun meluat, ini kan pulak orang yang hidup ye tak! hmmmm... membuatkan diri ini berfikir 78 kali....
ya fatahu ya 'alim....!!!!
cikgu berjaya menghilangkn ngantuk sy petang2 ni.. huhu... x tahan gelak :p
alamak.. dh tertekan publish dh td. apa2pun , tak baik woo suami dia buat camtu kt dia.. kesian isteri dia tu :( nasib baik sy tak suka membebel. lg baik diam atau buat je keje tu. harap2 nnti suami sy tak tolak sy dlm telaga. ngehehe.
Hahak!
Cerita suami beristerikan orang cina tak ada ke cekgu :p
Salam Cikgu.
Kelakar sungguh!
Tak dijangka penamatnya sebegitu.
Ngagagaga~
wahahahahaah....amboii2...sebenarnye bebelan isteri tu penghibur suami...
try la isteri xde seminggu...rindu x nk dgr sore die? rindu x cikgu? ekeekekekke....
*larikkkkkkk
sabar je la....
ikhs..ikhs....
hahahaa...satu moral yang baik boleh diperolehi dari cite ni,kekekek...
aiysyah:
tu ending cerekarama TV3 le aiysyah.. tak trill.. hehe.
neeza:
tu le kak.. pikir2 le ye.. 78 kali pikir tu.. huhu.
sarah:
kena cari rumah takde telaga sarah. eerr.. telaga minyak pun telaga gak kan.. hahahaa.. lariiikkkk!!
akirasuri:
takde pengalaman le bini orang cina. any one?.. ngeeeee
mesin kata:
salam kenal mesin kata (erk!). penamat yang sempurna kan. haha.
iman:
eeer.. bini aku pendiam le nana. hehe.
airynnz:
sabar je gak aku dgn cerita tuh.. :)
faisal:
tu le wak. cari bini biar alon2 kan wak. alon2 angger kelakon.. tapi ojo sampei kesuwen wak.. haha
adehh..lawak la citer ni..
ohh..hai cikgu (sambil melambai kat cikgu)
aisshh cikgu ni. kesitu plak dia yek.
apsal komen org sume bebaik kat sini neyh??nek takot aku nak komen...hampeh ar ko aiman,terase aku...keh keh keh....ko jgn,tulah nnti,ko dpt bini kuat bebel...kes kes kes...=P
inah:
hai inah (lambai balik). ko lambai mcm nk naik kapalterbang je..
sarah:
hehe.. ntah kenapa jari ni tertaip pula telaga minyak. opss!
oneib:
haha.. bebaik awak. kalau bukan bini kuat bebel, awak pula yg kuat bebel kt bini..haha
Post a Comment