
Doa akhir tahun:
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." ]
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Doa awal tahun:
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam... Amin...
so.. my kulaan. sila2 lah ye amalkan doa ni.
doaku sempena tahun baru ni:
Ya Allah, ku mohon dariMU agar dibahagiakan dan gembirakan hidupku, keluargaku dan rakan-rakanku serta semua kaum muslimin dan muslimat.
azam tahun baru:
1. nak khatam quran
2. nak gi umrah. (kalau ada rezeki)
note: sham al-johori bukan aku. dia seorang penyair muda.
latest: mlm tadi aku kali pertama siarkan muka aku kat blog. special edition. nasib malang le sapa yang dpt tgk muka ensem hodoh aku kat sini. wakakaka. hari ni dh padam balik. =)
11 comments:
salam maal hijrah, cikgu.
semoga niat cikgu termakbul thn ni, insya Allah.
slmt menyambut maal hijrah 1429 cikgu..sy tak sempat nak design ekad minggu lepas sbb byk2 kerja2 urgent perlu disiapkan,huhu...:( amin atas azam cikgu tu..:) dah print doa untuk dibaca asar dan magrib nnti..
salam maal hijrah cikgu...
mekasih cikgu.. moga tahun baru ini memberi nafas yg baru
salam cikgu...amin di atas doa cikgu..aihhh pandei kelakar swak eh..pernah ngajar di sitok kah? kamek lamak gik di msia tok...maybe bulan 3 baruk mek balit australia...
sarah:
salam tahun baru juga. moga 11 azam tahun baru awak juga termakbul.
faisal:
tu le acai. ko asik bertenet je. haaa kan tak siap e-kad ko. doa akhir tahun dh print tahun lepas. huhuhuu.
mama ranggie:
salam juga mama. baik2 jaga kedai mak mertua eh.
selenge tol:
salam selenge tol. ni org baru nih. slmt dtg ye. murid cikgu ke ni?. abis leee pecah lobang.
arsaili:
salam arsaili. kamek buleh jak kalakar sarawak. namun sik la padei bebenar. udah ingat2 lupa begitu. pernah kamek diam sinun, di miri. lps tok buleh kitak kalakar sarawak jak ya kt ruang komen tok.
Salam cikgu, selamat tahun baru hijrah 1429..semoga dikekalkan thn yg mendatang dlm hidup kita dgn catatan kegembiraan, kebahagiaan dan kelapangan .
salam maal hijrah cikgu...
seronok saya baca kisah cikgu dlm blog nih..bagus cara tulisan cikgu..bersahaja dan kelakar jugak...
dah bukak sekolah ni bertambah bz semua guru...cikgu pun tak terkecuali kan?..
Salam hijriah cekgu!
Erk! Nak itut sekali pergi umrah buleh :D
salam maal hijrah cekgu.. ;)
jie:
salam maal hijrah juga jie. moga tahun baru lbh berkualiti ye.
uncle J:
malu le uncle J cakap mcm tu. *nyorok atas pokok kelapa*
akirasuri:
nak ikut gi umrah? boleh.. cari mahram ye.
aria ayumi:
salam maal hijrah juga. :)
Post a Comment