Thursday, January 31, 2008

jamuan guru.

khamis. 30 januari 2008. 3.30pm. di restoran aroma ikan bakar, pantai jeram. (lepas ni restoran ni wajib bg aku royalti sbb aku publish kt blog aku)

maka berlaku lah majlis makan2 dn cakap2. guru2, guru praktikal dn staff sama2 menghabiskan segala makanan dn pinggan mangkuk yang disediakan.

majlis dimulakan dgn ucapan aku (cheewaahhhh!) selaku pengerusi kelab kebajikan staff. aku yg sememangnya pemalu dan pendiam telah memecahkan rekod berucap paling panjang iaitu selama 3 minit dgn sgl ketar dn gugup. tu pun aku dh siap tulis awal2 point2 benda nk cakap. maklum le berucap dpn vip dn kwn2. adeh leee...

restoran tuu.. aku pernah makan dgn herman tino kt restoran nih. betul! tp dia dok meja lain le. alaa.. kira pernah makan semeja leee..

abis aku berucap, giliran boss pula. byk yg dia ckp. tapi satu yang tak best sgt2. boss minta ajk yg ada dikekalkan tahun nih. dia kata ajk sesi 07/08 paling cemerlang. waaaaaaa!. apasal boss ckp mcm tu... tak kira!. aku nak resign juge.. tak kiraa!!... huuhuhuu.

lepas doa, kami makan sampai tak hengat donia. eerr... kecuali aku. disebabkan aku makan semeja dgn vip. aku yg brutal dn ganas ni terpaksa control ayu time makan!. tak best..tak best..nak suap nasi pun kena sopan santun gitu.. kurang nikmat makan. huh!

member kt hujung sana siap gelak2kan aku lg. jeling2 aku... diaorg tahu aku bukan jenis protokol. so.. bila makan beradab mcm tu... isk! rasa nak baling je deme dgn garpu. cis!.

ikan cencaru (lagi!) yang siap dibakar dn sedia diratah. sejak akhir2 nih cencaru dh mcm jd hidangan wajib jamuan..

sambil2 makan ada cabutan bertuah. sebyk 10 hamper dn 40 hadiah cabutan bertuah disediakan. ada nampak hadiah dgn hamper kt hujung gambar kt atas?. gambar ni kwn aku yg ambil. main belasah je dia. mana pencahayaan mana sudut semua dia belasah. eer.. aku dpt gak hadiah tu. tupperware yg aku guna tapau lauk time balik. :)

guru praktikal dr upsi. semua deme ni dpt gak cabutan bertuah. mmg bertuah sungguh leee.. kami yg senior2 ni dh keje 10 tahun pun ada yg x pernah lg dpt cabutan bertuah tau!. huhuhhh.. jeles.


menu jamuan:
1. nasi putih.
2. siakap 3 rasa.
3. asam pedas ikan gerut2.
4. sotong goreng tepung.
5. udang butter.
6. kailan ikan masin.
7. ikan cencaru bakar.
8. ikan pari bakar.
9. sambal asam, sambal kicap.
10. tembikai dn limau.
11. desert -> kuih takar.
12. air tembikai.
13. fresh oren.
14. lupe..

untuk semua tu, sorang RM20.00 makan. ok leee.. eer.. deme tak bayor sesen pun. seme kelab yg belanja!.

note:

aku nak ucapkan terima kasih dn tahniah kt ajk aku yg bertungkus lumus jayakan jamuan nih. korang mmg best, friendly dn amazing team.

jgn takut bro..walau boss kata kita kena kekal, tp kita akan resign juga lps raya cina nih. tak kira!.

amazing team.. waarrhhhggghhh!! ade gergasi hijau..

Monday, January 28, 2008

demam lagi.. :)

alhamdulillah.
aku demam lagi. pasang surut antara baik dan demam. batuk2 juga. tapi aku kena terus bertugas mcm biasa. banyak urusan belum selesai.

1. pendaftaran calon SPM 2008. (paling utama. kalau sangkut, tak exam murid aku tahun ni. huhuhuu).
2. pengawas nak berniaga sempena hari sukan sekolah khamis dn sabtu nih.
3. siapkan watikah perlantikan pengawas.
4. siapkan data disiplin pelajar.
5. siapkan jamuan guru pada rabu nih.

petang tadi lepas balik sekolah, aku pergi lagi klinik. aku ingat doktor benggali tu pun pelik apasal aku rajin sangat jumpa dia.

mujur dh kawen. kalau masih bujang mau kene reject asik demam jee.. huhuhuhuu.

kuatlah wahai aku, kuatlah!.

note:
aku nak ucap tahniah kat makwe aku bekas guru praktikal tahun lepas. org perlis dari UM. yang akhirnya dpt posting kat johor. lama tunggu tu. dekat 6 bulan baru posting. jaga diri baek2 yang awak.. jadi cikgu yang ikhlas dn tabah ye.. byk2 sabar dgn kerenah murid. enjoy your teachers life and your work too, ok.. =)

latest update (31.1.2008)

stlh bebarapa hari menahan demam dn sakit2 badan. akhirnya punca demam aku tersingkap jua. rupanya aku diserang bertubi2 oleh suatu bendasing yang menyerang sistem pertahanan badan. menyebabkan sistem badan aku terpaksa melawan semula. sepasukan angkatan tentera dari batalion ke-10 antibodi telah dikerah untuk melawan musuh. kesan dari pertempuran yang hebat tu, maka timbul bengkak dn bernanah yang menyebabkan demam panas.

aku sedang berusaha melawan bendasing tu dgn bantuan infantri antibiotik dn pasukan semboyan salawat syifa'. malah sepasukan pasukan perubatan baru saja dihantar untuk merawat anggota yang tercedera. :))

Sunday, January 27, 2008

sarapan bersama seorang tua.

pagi tadi, seusai solat subuh di surau kuarters. aku tergerak nak keluar ke pekan lama kuala selangor. memang dh jadi macam rutin aku, asal pagi ahad mesti keluar pagi ke kedai. keluar rumah jam 7.30 pagi, beli surat khabar. hari ahad aku akan beli berita minggu dn harian metro. (semua RM3.50). hari biasa cuma harian metro je. tu pun kalau sempat dn ada stok lagi. aku jarang sgt beli utusan, kecuali aku baca online je.

lepas beli paper, aku akan singgah di restoran mamak bersebelahan kedai jual paper.

sebaik nak masuk restoran, kelihatan seorang tua menunggang motosikal hendak membelok ke arah restoran. aku kenal sangat orang tua tu. memang lama aku nantikan kemunculannya. orang tua itu berserban dan berjubah putih. dia masuk ke dalam restoran dan mengambil tempatnya. peluang ini aku takkan lepaskan. segera aku ambil tempat satu meja dengannya. aku menghulur tangan dn bersalaman.

orang tua itu masih macam dulu. mesra dn sesekali menggerunkan! gerun kerana tapak tangannya pernah singgah di pipi aku suatu masa dulu. dn kerana itu aku menangis.

flash back:

masa tu di SAMTAJ di Shah Alam. aku pernah difitnah. dn kerana fitnah aku ditampar oleh org tua itu. kawan2 telah mengadu padanya konon aku membawa gitar ke asrama. orang tua itu tanpa soal siasat terus menampar aku dn mendesak supaya aku mengaku. aku memang tak mengaku, sebab aku memang tak bawa gitar ke asrama. satu lagi penampar di pipi sebelah. aku mula menangis. bukan kerana sakit tamparan dia. tapi masa tu aku sgt sedih difitnah. siapa yg tak takut orang tua tu. kalau dia berjalan di tingkat bawah, kami di tingkat 3 akan mencicit masuk kelas. hebat kuasa orang tua tu. akhirnya kes gitar tu habis begitu sahaja. tak jumpa siapa yang bawa dn apa terjadi lepas tu. dan dia pun tak minta maaf kat aku lepas tu. :((

dia memesan roti canai kosong dn teh panas serta air suam. aku pula roti telur dn kopi ginseng. kami berbual panjang. mengimbau kisah lama antara dia dn aku. dn juga kisah2 semasa. oh.. orang tua itu masih semangat macam dulu. sama semangat waktu dia menampar aku dulu.

namun kali ini kami berbual mesra. aku tiada lagi dendam dn marah pada dia. malah kami dh jadi kawan rapat. kebetulan aku dan dia sekarang tinggal di sini. kuala selangor darul luar bandar. dan dia masih jadi guru di tanjong karang. 3 tahun lagi pencen. jadi kami sama2 dah jadi cikgu.

habis sarapan, aku ambil peluang membayar apa yang dia makan. aku sangat lega dan puas. akhirnya aku berjaya belanja ustaz a.k.a guru disiplin yang pernah menampar aku (tanpa sebab) makan. oppss.. walau dia bekas ustaz aku di SAMTAJ, aku tetap anggap dia ustaz aku selamanya dan aku masih anggap diri aku murid dia.

aku tiada sekelumit dendam padanya. sungguh!.

terima kasih ustaz, mungkin kerana tamparan ustaz le anak muridmu sekarang jadi cikgu disiplin. you're my ustaz sampai bila2.