Monday, December 31, 2007

pentas 2007

PENTAS 2007.

Ku berdiri di muka jendela
Mengimbas layar perjalanan hidup semalam
Gembira dan duka seolah satu skrip yang telah tertulis buatku
Aku tidak menyalahkan sesiapa
Mahupun Tuhan yang Maha Mencipta

Bukan aku dipaksa melakonkan wayang hidup
Untuk menjadi pemenang atau tewas di akhir cerita
Tapi aku sendiri memilih skrip hidupku begitu
Antara dua persimpangan watak dalam layar besar dunia.

Ampunkan aku wahai Tuhanku
Jika aku melakonkan watak bukan seperti kehendakMU
Bukan niatku menderhakaiMU
Tapi kadang aku terdorong oleh lemahnya imanku.

Tuhanku..
Bimbinglah akan daku
Tika aku memilih skrip yang terbaik buatku
Untukku lakonkan di atas pentas hidupku
Hulurkanlah belas kasih dan keampunanMU

Sungguh ujian yang KAU beri untukku
Amatlah kecil di sisiMU
Namun amat menyakitkan buatku

Wahai teman..
Andai kau lihat aku tertewas dan lemah
Pimpinlah aku dan beriku kata semangat
Agar aku tidak putus asa dengan dugaan hidup.

Wahai teman..
Andai kau lihat aku gembira dan berjaya
Pimpinlah aku dan beriku kata-kata ingatan
Agar kejayaan tidak menjadikanku semakin alpa.

Pentas 2007 adalah satu perjalanan yang panjang
Adakala aku bangun dan kadangkala tertewas jua
Kekuatan dan kelemahan sering silih berganti
Menemani sejarah perjuangan hidupku.

Tirai 2007 kian berlabuh
Semakin mendekat tirai pentas 2008 tersingkap
Yang entahkan apa lagi menjanjikan cerita
Untuk aku lakonkan di pentas dunia.

Bimbinglah daku
Wahai Tuhanku
aku merayu padaMU..

cikgu jawe
disember 2007
kuala selangor

Sunday, December 30, 2007

halwa

suka dengar lirik nasyid ni. dn suka tgk juga si fatim yg menyanyikannya. lawa.. ngeh..ngeh.. ;)

Saturday, December 29, 2007

Aduh..

jalan-jalan kat pekan tanjong karang. isteri ajak masuk jakel. ah.. kalau dah masuk mesti le berabad dalam tu. dari aku boring tunggu dia, baik aku merayau. dah lama sgt merayau sampai naik kematu. habis tanjung karang aku jelajah.

last2 aku terpaksa juga masuk jakel tu. rupanya satu apa pun dia belum beli. masih membelek lagi. katanya langsir tak match dgn warna cat dinding. *huh.. pengsan*

aku nak hilangkan bosan.. snap le gambar sana sini mcm perisik jepun ambil gambar nak serang malaya. mujur tak kena halau.

aduh lee..

kalau aku bakar je langsir ni apa jadi eh.. mesti le glamer aku.. wakakaa..



mana pergi semua org? tadi kemain punye ramai. time aku nak snap je semua menjadi transformer. gulungan kain, tanda harga dn kayu rak tu semuanya pelanggan dn pekerja jakel yang telah mengubah jisim mereka sebaik saja aku snap gambar...

aku pun masih kurang faham. kenapa benda ni boleh sebabkan orang pompuan huru hara dan tak keruan.. isk..isk..