kisah raya di batu pahat. tak kurang meriahnya.
khamis.. 2.10.08
aku balik ke batu pahat pada pagi raya ke-2. plan asal nk balik ptg raya pertama. tapi sgt2 letih beraya sepanjang hari. hehe
di batu pahat rumah nenek isteri aku. lbh tepat sekali kt peserai. bertolak dr rumah jam 7.00 pagi dn sampai jam 11.00 pagi.
bersalaman dgn nenek dn mertua yg dh sampai sehari awal. bertanya khabar kpd sedara mara belah isteri. suasana agak hening dn sayu, sbb baru beberapa bln sudah pakcik pergi meninggalkan kami selamanya..
menjelang petang, curi sikit masa berkunjung ke rumah sorang blogger. widelia. aku kenal dia setahun sudah waktu dia jadi guru pelatih kt sekolah aku di KS.. dia seorang wanita yg sgt cantik. mmg sgt cantik. tapi blognya cuma ada susunan aksara shj. tiada langsung gambar, walau sehelai daun!. hehe [aku pergi dgn wife aku dn safwan tau.. kena ckp awal2 nanti jd gosip.. hehe]
sblh malam kami berkumpul di rumah nenek saja.. berbual dn bercerita :)
jumaat 3.10.08
pagi. aku curi2 masa pergi ke tempat nih.
batu pahat terkenal dgn nasi beriyani gam. aku beli 5 bungkus utk dibawa balik. teringat bapa aku yg sgt suka nasi beriyani. hehe
nasi beriyani gam ialah nasi beriyani yg dimasak bersama ayam atau daging dlm satu periuk. dgn ertikata lain, nasi dn lauk dimasak bersama. manakala kuahnya dimasak berasingan. rasanya lbh sedap berbanding nasi beriyani biasa.
istilah gam merujuk pada balutan tepung spt doh, yg dililit di bibir periuk. tepung itu melekat bersama penutup periuk utk menjadikan nasi tu masak mesra dgn lauk.
cam tu le org batu pahat bagi tau.. huhu
aku cuma dpt beraya sehari di batu pahat kali nih. sbb masa raya sgt suntuk. ramai lagi belah2 sedara mak dn abah yg belum kami ziarah kt sini. terpaksa berbahagi masa.. huhu
syukur, walau suntuk masa.. di batu pahat sempat ziarah beberapa rumah sedara mara, kawan2 dn makan nasi beriyani batu pahat yg sgt2 popular tuh. hihi. dn dpt bawa balik pula utk abah merasa.. hehe