salam semua.. :)
rabu. 6.8.08.
7.40 - 11.00 pagi
sepanjang pagi aku cuma mengadap laptop di bilik guru. tujuan asal nak key-in online markah kerja kursus calon SPM. oleh kerana
masalah wireless, semua kerja jadi tergendala. langsung tak boleh nak akses internet.
hari selasa aku dh key-in markah ujian lisan BM dan BI, serta markah kerja kursus ERT dan PSV.
oleh kerana
masalah internet. aku isi masa pagi dengan menaip soalan ujian bulanan utk form 4,5 dan upper 6. sebenarnya aku dh
terlewat seminggu. patutnya minggu ni minggu hantar markah, bukan budak ambik exam. huhu.
tapi minggu lepas sebuk pula dgn persiapan dan majlis anugerah pelajar. semua kerja tergendala juga.
11.30 pagi.
dpt telefon dari HEM. katanya JPN Selangor mahu data dan analisa disiplin murid
segera!. mesti hantar ke JPN
sebelum jam 2 petang. dan rekod yg diminta: semua data, analisa, nama pelajar bermasalah dan segalanya2 yg dalam SSDM. mula tahun 2005 - 2007.
huru hara kami dibuatnya. mujur aku mmg dh sedia fail SSDM khas. takde masalah kalau diminta bila2. fotostat aje.
masalahnya ialah:
JPN minta semua rekod sekolah. program sekolah selamat, program pembinaan shaksiah pelajar, program kaunseling, program disiplin, pengawas, program peningkatan akademik, kokurikulum dan segala mak nenek laporan. termasuk semua panitia sejak 2005 - 2007. sebelum jam 2 mesti sampai ke Shah Alam!.
bayangkan le sebuknya kami masa tuh. arahan segera.
by hook or by crook.
mcm nak pengsan rasanya. mana yg ada rekod dn fail boleh gak bertahan. mana yg fail dh tutup.. mcm apa jek. menggelupur le juga. tu yg kdg2 menyampah kt org2 atas nih. iso 900 le sgt. kerja sendiri pun huru hara. ops!.. hehe.
4.00 ptg.
sampai rumah. terus cuba online. streamyx masih sangkut. tadek signal langsung. lampu adsl langsung tak nyala. adeh.. sangkut lagi kerja aku nak key-in markah.
dh sebulan aku menunggu.
aku dh penat nak call 100. ntah berapa belas kali. selang 2 hari sekali.
kali ni
kesabaranku teruji. aku beritahu operator 100 tuh. aku kata kt dia yg aku sedang menjalankan
tugas mengisi markah SPM. telekom mesti ambil tindakan segera hari ni juga. sebab cuma sebulan kementerian beri tempoh dn masalah wireless pula kt sekolah aku. jadi bergantung sepenuhnya streamyx kt rumah.
ada le lain aku ckp2 kt operator lelaki tuh.
7.00 ptg.
kontraktor tmnet dtg. rupanya ada
mslh port. mrk buat penyambungan kabel pd port yg rosak. aku tak faham. aku cuma kata kt dia:
"itu masalah abang. saya nak benda ni selesai segera hari nih sebab saya sedang jalankan kerja rasmi".. huhu. belasah je apa aku nak cakap kt dia. mcm apa jek. hahaha!
8.00 mlm.
streamyx aku dh ok. BOLEH PUN!. tunggu punya le sebulan. nak kena ckp kasar juga..
9.00 mlm.
jln2 blog kawan2. rasa rindu sgt2 kt blog korang. dh lama tak jln2 mcm dulu. dgn penuh semangat satu persatu blog korang aku ziarahi. tapi.. bila tgk blog acai. dh tutup. tgk blog sarah. pun nak tutup.
hmmmmm..
dlm gembira rupanya ada duka berganti...aku apdet blog. tutup laptop dn tarik selimut.. esok ntah apa menanti utk hari khamis.
andailah aku dpt terbang di angkasa, pasti aku sembunyi di hujung mega senja. mengasing diri buat seketika. agar dpt nafas ku hela..