Thursday, August 7, 2008

andai aku dpt terbang di angkasa...

salam semua.. :)

rabu. 6.8.08.

7.40 - 11.00 pagi

sepanjang pagi aku cuma mengadap laptop di bilik guru. tujuan asal nak key-in online markah kerja kursus calon SPM. oleh kerana masalah wireless, semua kerja jadi tergendala. langsung tak boleh nak akses internet.

hari selasa aku dh key-in markah ujian lisan BM dan BI, serta markah kerja kursus ERT dan PSV.

oleh kerana masalah internet. aku isi masa pagi dengan menaip soalan ujian bulanan utk form 4,5 dan upper 6. sebenarnya aku dh terlewat seminggu. patutnya minggu ni minggu hantar markah, bukan budak ambik exam. huhu.

tapi minggu lepas sebuk pula dgn persiapan dan majlis anugerah pelajar. semua kerja tergendala juga.

11.30 pagi.

dpt telefon dari HEM. katanya JPN Selangor mahu data dan analisa disiplin murid segera!. mesti hantar ke JPN sebelum jam 2 petang. dan rekod yg diminta: semua data, analisa, nama pelajar bermasalah dan segalanya2 yg dalam SSDM. mula tahun 2005 - 2007.

huru hara kami dibuatnya. mujur aku mmg dh sedia fail SSDM khas. takde masalah kalau diminta bila2. fotostat aje.

masalahnya ialah: JPN minta semua rekod sekolah. program sekolah selamat, program pembinaan shaksiah pelajar, program kaunseling, program disiplin, pengawas, program peningkatan akademik, kokurikulum dan segala mak nenek laporan. termasuk semua panitia sejak 2005 - 2007. sebelum jam 2 mesti sampai ke Shah Alam!.

bayangkan le sebuknya kami masa tuh. arahan segera. by hook or by crook.

mcm nak pengsan rasanya. mana yg ada rekod dn fail boleh gak bertahan. mana yg fail dh tutup.. mcm apa jek. menggelupur le juga. tu yg kdg2 menyampah kt org2 atas nih. iso 900 le sgt. kerja sendiri pun huru hara. ops!.. hehe.

4.00 ptg.

sampai rumah. terus cuba online. streamyx masih sangkut. tadek signal langsung. lampu adsl langsung tak nyala. adeh.. sangkut lagi kerja aku nak key-in markah. dh sebulan aku menunggu.

aku dh penat nak call 100. ntah berapa belas kali. selang 2 hari sekali.

kali ni kesabaranku teruji. aku beritahu operator 100 tuh. aku kata kt dia yg aku sedang menjalankan tugas mengisi markah SPM. telekom mesti ambil tindakan segera hari ni juga. sebab cuma sebulan kementerian beri tempoh dn masalah wireless pula kt sekolah aku. jadi bergantung sepenuhnya streamyx kt rumah.

ada le lain aku ckp2 kt operator lelaki tuh.

7.00 ptg.

kontraktor tmnet dtg. rupanya ada mslh port. mrk buat penyambungan kabel pd port yg rosak. aku tak faham. aku cuma kata kt dia: "itu masalah abang. saya nak benda ni selesai segera hari nih sebab saya sedang jalankan kerja rasmi".. huhu. belasah je apa aku nak cakap kt dia. mcm apa jek. hahaha!

8.00 mlm.

streamyx aku dh ok. BOLEH PUN!. tunggu punya le sebulan. nak kena ckp kasar juga..

9.00 mlm.

jln2 blog kawan2. rasa rindu sgt2 kt blog korang. dh lama tak jln2 mcm dulu. dgn penuh semangat satu persatu blog korang aku ziarahi. tapi.. bila tgk blog acai. dh tutup. tgk blog sarah. pun nak tutup.

hmmmmm..

dlm gembira rupanya ada duka berganti...

aku apdet blog. tutup laptop dn tarik selimut.. esok ntah apa menanti utk hari khamis.

andailah aku dpt terbang di angkasa, pasti aku sembunyi di hujung mega senja. mengasing diri buat seketika. agar dpt nafas ku hela..

10 comments:

Anonymous said...

kisahnya...kasihan,
hehehe kalau nk jadi hekerr kena tau teknikal port2 tu(bangla dan pakistan yg curi line tere bab2 tu)
x cuba tanya ke kalu tenet down boleh claim apa2? sebab kalau sewa telefon akan ada waive untuk kerosakan teknikal telekom..
Salam Jumaat

Qaseh Bidadari said...

takut dorang kan dgr tugas negara!hehehe..

risanur said...

semua insan di dunia ini ada masalah that why semuanya ingin terbang utk menyediri utk seketika...cuba utk cari ketenangan..

:: Wiween :: said...

mak aih..bz bangat ini CJ! ehehe mmg musim org JPN mtk itu ini laa CJ.sekola ween pun baru2 nih depa dtg.siap pengarah skali! agagagag ;p

btw, penutup entry tu yg paling gempak tu!! ayattttttttt! wwahahahahha :p

PINATBATE said...

salam...
Nak jadi angkasawan ker pulak...ekeke..
CJ tak boleh bersembunyi di mega senja yer....hari Sabtu ni sekolah ganti hari raya....kerja...kerja...

Maryam said...

asal rasmi, laju je...

Shah CJ said...

terima kasih atas komen semua. esok je le aku balas. nak tdo. lalalalaa

Shah CJ said...

eerr.. aku kena balas balik ke komen2 korang nih? dh lewat 3 hari nih. hehe

Shah CJ said...

one:
kalau boleh claim kan bagus kan. nanti le aku cuba mintak kt TM.. hehe


mama ranggie:
mama beruntung dpt baca n3 awal ni sblm aku edit semula.. hihi


risanur:
aku ingin terbang sembunyik kt awan. tak kira!. hehehe

Shah CJ said...

wiween:
hahahaha.. gempak le sgt. ween, buat le ayat2 gempak kt blog ko. :P


pinatbate:
oh!. sekolah hari sabtu sgt menggembirakan. hahahaha *aku tipu*


maryam:
nak kena ugut juga kan mek.. :))