salam ceria =)
mak aih.. tajuk.. hehe.
sejak kebelakangan ni, aku agak mabuk membaca. dan aku akui sebenarnya aku sgt2 suka membaca. [sebab tu kot aku pakai kacamata..hihi].
minggu sudah aku habiskan membaca 2 jilid buku sejarah nabi muhammad berkenaan perang badar dan perang uhud. cerita perang uhud saja ada 2 jilid ceritanya.
ada beberapa fakta2 menarik pasal perang uhud nih. teruskan membaca. hiks.. :)

antara koleksi buku ilmiah yg aku beli. koleksi buku Ensiklopedia Nabi Muhammad ni aku beli 4 tahun sudah rasanya. aku beli kat pasar malam kuala selangor. sebenarnya buku ni takde dijual kat pasar malam. tapi aku minta tolong penjual buku pakistan tu carikan untuk aku.
harganya? RM300. tapi aku rasa sgt berbaloi membelinya. banyak fakta2 sejarah Nabi Muhammad yang tidak diceritakan dalam mana2 kuliah dn pengajian ada dalam buku nih. Inilah koleksi ensiklopedia yang sgt2 aku sayang. aku sanggup kehilangan buku lain, tapi bukan ensiklopedia nih. hehe.
jadi sepanjang minggu lepas, aku tamatkan 2 jilid buku nih. jilid 4 dan 5. semuanya cerita pasal perang uhud. antara fakta menarik tentang perang uhud:
1. Abu Sufyan tak pasal2 tamatkan perang dalam keadaan kaum Quraisy hampir menang.
2. Wahsyi hanya bunuh 1 orang. iaitu Hamzah b. Abdul Mutalib r.a. sebab dijanjikan Hindon akan dimerdekakan kalau berjaya bunuh Hamzah. Lepas bunuh Hamzah, Wahsyi terus mengasingkan diri dari perang. kemudian hari Wahsyi masuk Islam. tapi gagal jadi Muslim yg baik dn kerap kena sebat pada zaman Umar al-Khattab kerana selalu minum arak.
3. dari 70 sahabat Nabi yang syahid, hanya 6 orang dari Muhajirin. bakinya orang Ansar. lambang cinta Ansar kpd Rasul.
4. oleh kerana perang terlalu kecamuk dan sengit, seorang sahabat tua bernama al-Yaman telah tersalah bunuh oleh tentera Islam sendiri. namun al-Yaman telah ampunkan sahabat yang membunuhnya menjelang beliau akan syahid.
5. Anas b. Nadhar telah menempelak Abu Bakar dn Umar yg putus semangat seketika. Dia maju menyerang musuh dn akhirnya syahid. ada 70 kesan tetakan di badannya. hanya saudara perempuan dia yang kenal jasadnya melalui anak jarinya yg masih elok. Anas b. Nadhar baru berusia 13 tahun.
6. Saad b. Muaz melepaskan 1000 anak panah sewaktu menghalang serbuan musuh untuk membunuh Rasul. habis anak panah, beliau kutip batu kerikil sebagai senjata.
7. Hanzalah pengantin baru. baru nikahi isterinya dan pergi perang dlm keadaan belum sempat mandi wajib. beliau syahid dan dimandikan oleh malaikat.
8. menurut ulamak mazhab syafie, siapa yang mengatakan bahawa Rasul telah tewas dlm perang uhud, dia telah menghina dan mencerca Rasul dan wajib bertaubat. jika enggan boleh dihukum bunuh sebab menghina Rasul. begitu kata2 Imam Qastalani.
banyak lagi fakta menarik dari buku ni. tak rugi membaca. tak rugi juga berkasih dgn buku.
mcm review buku pula n3 aku nih.. hihi