Saturday, August 2, 2008

tanpa ilmu siapalah kita..

salam ceria =)
mak aih.. tajuk.. hehe.

sejak kebelakangan ni, aku agak mabuk membaca. dan aku akui sebenarnya aku sgt2 suka membaca. [sebab tu kot aku pakai kacamata..hihi].

minggu sudah aku habiskan membaca 2 jilid buku sejarah nabi muhammad berkenaan perang badar dan perang uhud. cerita perang uhud saja ada 2 jilid ceritanya.

ada beberapa fakta2 menarik pasal perang uhud nih. teruskan membaca. hiks.. :)


antara koleksi buku ilmiah yg aku beli.


koleksi buku Ensiklopedia Nabi Muhammad ni aku beli 4 tahun sudah rasanya. aku beli kat pasar malam kuala selangor. sebenarnya buku ni takde dijual kat pasar malam. tapi aku minta tolong penjual buku pakistan tu carikan untuk aku.

harganya? RM300. tapi aku rasa sgt berbaloi membelinya. banyak fakta2 sejarah Nabi Muhammad yang tidak diceritakan dalam mana2 kuliah dn pengajian ada dalam buku nih. Inilah koleksi ensiklopedia yang sgt2 aku sayang. aku sanggup kehilangan buku lain, tapi bukan ensiklopedia nih. hehe.

jadi sepanjang minggu lepas, aku tamatkan 2 jilid buku nih. jilid 4 dan 5. semuanya cerita pasal perang uhud. antara fakta menarik tentang perang uhud:

1. Abu Sufyan tak pasal2 tamatkan perang dalam keadaan kaum Quraisy hampir menang.

2. Wahsyi hanya bunuh 1 orang. iaitu Hamzah b. Abdul Mutalib r.a. sebab dijanjikan Hindon akan dimerdekakan kalau berjaya bunuh Hamzah. Lepas bunuh Hamzah, Wahsyi terus mengasingkan diri dari perang. kemudian hari Wahsyi masuk Islam. tapi gagal jadi Muslim yg baik dn kerap kena sebat pada zaman Umar al-Khattab kerana selalu minum arak.


3. dari 70 sahabat Nabi yang syahid, hanya 6 orang dari Muhajirin. bakinya orang Ansar. lambang cinta Ansar kpd Rasul.


4. oleh kerana perang terlalu kecamuk dan sengit, seorang sahabat tua bernama al-Yaman telah tersalah bunuh oleh tentera Islam sendiri. namun al-Yaman telah ampunkan sahabat yang membunuhnya menjelang beliau akan syahid.


5. Anas b. Nadhar telah menempelak Abu Bakar dn Umar yg putus semangat seketika. Dia maju menyerang musuh dn akhirnya syahid. ada 70 kesan tetakan di badannya. hanya saudara perempuan dia yang kenal jasadnya melalui anak jarinya yg masih elok. Anas b. Nadhar baru berusia 13 tahun.


6. Saad b. Muaz melepaskan 1000 anak panah sewaktu menghalang serbuan musuh untuk membunuh Rasul. habis anak panah, beliau kutip batu kerikil sebagai senjata.


7. Hanzalah pengantin baru. baru nikahi isterinya dan pergi perang dlm keadaan belum sempat mandi wajib. beliau syahid dan dimandikan oleh malaikat.


8. menurut ulamak mazhab syafie, siapa yang mengatakan bahawa Rasul telah tewas dlm perang uhud, dia telah menghina dan mencerca Rasul dan wajib bertaubat. jika enggan boleh dihukum bunuh sebab menghina Rasul. begitu kata2 Imam Qastalani.

banyak lagi fakta menarik dari buku ni. tak rugi membaca. tak rugi juga berkasih dgn buku.

mcm review buku pula n3 aku nih.. hihi

11 comments:

Anonymous said...

nak pinjam, boleh?

ke kena bertapa kat umah cikgu kalau nak baca jugak? hehe

Zamz said...

satu set 300 ke ..cam murah je

su said...

ade tips x supaya kite minta mbace neh?

salam...

Anonymous said...

maryam:
pinjam bawa keluar tak boleh. ehehe. nak baca sila berkhutub selatan pula kat rumah aku. :)


zamz:
300 harga 4 tahun lepas. la ni dekat 500 kot.


su:
tipsnya ialah paksa diri membaca. =)

[MH] said...

salam

nk tahu..sy minat sgt dgn sirah nabawiyyah ni..

dulu masa skola rendah kat al amin kami amik 9 subjek agama..ada siarh,fiqh,aqidah,akhlak,hafazan,tilawah n bahasa arab..

sy selalu dpt markah penuh dlm sirah n tak pernah dpt gred lain melainkan 'a'..hihi..betapa sy minta gst ngn sirah..
haha,sy selalu tido kalau ada kulaih agama ..tapi kalau kelas sirah,sy akan duduk depan sekali n akan cuba hafal cerita supaya bley cerita kat org pula..

hihi..cikgu,cm menarik je ensiklopedia cikgu tu..sy kebosanan di rumah ni..hhihi..

kalau cikgu ada masa,cikgu kongsi la lagi cerita pasal cerita ceriti dlm ensiklopedia tu dlm blog cikgu ni..mesti ramai jugak yg nak tahu,..

p.s: panjangnya komen nii..
cikgu jgn kecik ati ngn sy yaa..tak suruh pon cikgu buang n3 tuu..rasa bersalah plak cikgu..

cemut said...

cemut ni kalao bace buku2 gini xsampai 15minit mesti tetido ZZzzz..
masalah betoi

akirasuri said...

Oit! Nak pinjam :D

Sebagai cagaran, saya cagarkan set Kitab Ihya' Ulumiddin kat cikgu (koleksi kesayangan jugak ni).. He he he.. :D

Boleh? :D

hayad said...

trskan baca cikgu jawe.pastu jgn lupe share kt kitorang kt blog ni

nur'ain said...

cekgu! minat kite sama. sep sep! eheheh

Berkasih dengan buku sangat memberi kebaikan.

Dah lama saya tak baca buku sejarah Islam.. uhuhu. Terasa sangat kehilangan.

PINATBATE said...

wah..mana nak cari buku tu...pakistan tu jual kat pasar mlm belah mana..saya selalu pergi pasar mlm bandar baru k.s sabtu mlm Ahad..saya pun boleh katakan rajin jugak berkasih dengan buku..cuti hujung minggu ni dapat habis baca buku "rahsia kejayaan perniagaan mamak.."keh..keh..keh..maklum lah ..makcik ni peminat teh tarik & roti telur...

risanur said...

memang tak rugi jika berkasih dgn buku krn ilmu yg kita perolehi...thanks for ur info..nanti bolehla bg alasan bg jilid2 yg lain plak...