kali ni aku tepek gambar budak2 sekolah aku rehat siang tadi. sebab tu memasing yg lelaki pakai baju melayu.. :)
cerita pasal rehat budak2 sekolah nih. aku teringat masa aku sekolah rendah dulu, mak aku mesti bekalkan aku dgn nasi putih lauk telur goreng dengan kicap. kalau ada rezeki lebih ada le nasi goreng atau nasi dgn ikan goreng campur sayur kacang mak aku bekalkan. abah pula bagi duit cukup2 je nak beli air dgn kuih seketul dua. rasanya dia bagi 50 sen aje kot masa tuh.
masa sekolah rendah; waktu rehat, aku ajak kawan2 aku si jali, ipul dn jemin makan kt perdu pokok besar kat lereng bukit sebelah padang sekolah. kami bersila atas rumput yang menghijau sambil kongsi2 makanan yang dibawa sesama. jadi mcm2 le lauk kami dpt makan masa tuh. lepas makan kami main gelungsur tanah kt lereng padang sampai coklat baju sekolah kami. hehe.
pastu bila balik rumah siap le kena pot pet dgn mak.. hehe..
bila dh sekolah menengah, aku tinggal di asrama. dek kerana biasa tapau2 sejak sekolah rendah, aku teruskan menapau sarapan utk aku makan masa rehat. aku akan bawa bekas dn tapau sarapan yang terlebih pagi tuh. abang2 kt dewan makan biasa je tgk aku tapau lebihan sarapan. ngeeee.... jimat duit juga cara mcm tuh. masa aku duk asrama kt shah alam. rasanya bapa aku cuma bagi aku RM15 aje sebulan utk sara hidup. hihi
bila kat UKM, aku dh kurang tapau dah. bukan dh kaya, tapi suasana belajar dh berbeza. waktu rehat tak tetap. kalau tapau pun, aku beli dn makan kat bilik PERMAS (persatuan mahasiswa selangor). oppss.. masa kt UKM aku presiden PERMAS. hehe.. masa tu dh pandai makan2 dgn sorang awek cun, org kedah. tapi akhirnya awek cun tu kawen pula dgn org lain. huhuhu.. akhirnya dpt jodoh dgn org johor juga. ehehehee.. :)
bila dh kerja budaya tapau ni aku buat sekali sekala je.. tu pun bila bini aku tepon minta tapau lauk makan tengahari. hehe.. aku ada MOU dgn bini weh. kalau hari kerja, siang masing2 makan kt kantin sekolah masing2. aku tau dia pun penat kerja mcm aku. takkan nak minta dia masak juga.. lagi pun kami kdg2 balik tak tentu masa. maklum le sekolah lain2 dn kete masing2 juga. kdg aku balik lewat atau dia yg lewat..

sekarang.. aku rasa budaya bekal atau tapau nih jarang sgt budak2 sekolah nak amal. kata murid aku:
"malu le cikgu.. mcm poyo jek" kata budak lelaki yg perasan mancho.
"mak tak buatkan sarapan" kata budak pompuan pula.
"kami pergi sekolah pun mak dgn abah belum bangun tidur.." sambung yg lain.
hai le.. budaya dh berubah. tapi aku tetap kata budaya bawa bekal ke sekolah sgtlah bagus dan mulia..
note: aku balik kampung minggu nih. so.. aku tak online 3 hari nih. jaga diri semua. jumpa lagi, insyallah.. =)

