Wednesday, March 5, 2008

erti bulan


dapat sms dari kawan lama. macam nih:

UMNO ada KERIS..
DAP ada ROKET..
KEADILAN ada MATA..
PAS ada BULAN..

walau sehikmat mana pun KERIS..
walau selaju mana pun ROKET..
walau setajam mana pun MATA..

kalau dh datang BULAN..


Pandang je le dgn MATA..
Simpan je le KERIS & ROKET tuuu..!!

ngeh..ngeh..


note: aku pun tak tau.. patut ke tak patut aku masukkan n3 nih. hehe.. belasah je le labuuu..

Tuesday, March 4, 2008

suami, isteri dan ...

dalam perjalanan balik dari terengganu hari tuh. aku dan kawan berbual dalam bas. dia bercerita kisah yang terjadi di kampungnya. kisah seorang suami dan isteri.

ceritanya begini:

dikhabarkan ada seorang suami yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.

suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini. pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.

si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.

dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot..pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.

menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.

tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:

"siapa kau?"

jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga.."

"kenapa?" tanya si suami..

jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."

;)

~cerita rekaan je..~

moral of the story: fikir le sendiri.. hahahhaaa.. adeh! larriiikkkkk!!!

Monday, March 3, 2008

erti RM 44.90

Seorang ayah datang ke sekolah siang tadi. dengan berbaju lusuh dn seluar kebun. memakirkan basikal tuanya di tepi kolam ikan. dia memanjat anak tangga menuju pejabat sekolah. tangannya kosong tanpa membawa apa2 namun hatinya menggendong harapan.

dia menemui penolong kanan. berbincang agak lama dan kemudian menuruni tangga dan mendapatkan basikalnya lalu mengayuh pergi.

kami mengenali ayah itu. saban awal tahun dia akan datang ke sekolah. dia seorang miskin tapi tidak layak zakat kerana masalah prosedur. iaitu dia cuma penduduk tetap dan tak layak zakat. tapi anak2nya warganegara Malaysia. kami kenal keluarganya dan kemiskinannya.

penolong kanan masuk ke bilik guru. mendapatkan beberapa orang guru dan membisikkan sesuatu...

"ada sesiapa nak sponsor yuran sekolah anak orang tu tadi..?"

kami berpandangan. masing2 menghela nafas panjang. bukan tak mahu, tapi kami pun ada tanggungan sendiri. kadang2 yuran anak2 kami pun terhutang juga dgn sekolah. terlambat bayar juga.

seorang dua guru menawarkan diri membayarkan yuran persekolahan anak si orang tua tadi. si abang, tingkatan 5 dibayar oleh penolong kanan sendiri. si adik tingkatan 3 dibayar oleh kaunselor dan yang tingkatan 1 dibayarkan juga oleh seseorang. yang dibayarkan ialah yuran penuh sebanyak RM44.90 seorang.

itu cuma secebis kisah. malah di sana ada beberapa orang guru lain menjadi penaja kepada pelajar2 miskin yang lain membayarkan yuran mereka. kami tak kisah tolong bayarkan yuran belajar anak orang. kami dah lakukannya saban tahun dan kami tak mahu bayaran itu dipulangkan.

tapi kadang kami terluka jua. anak si miskin yang kami bayarkan yuran mereka, ada yang nakal, pemalas, kaki ponteng dan sebagainya. dan mereka berbangsa Melayu.

saat itu hati kami terluka. sudah dibayarkan yuran tapi tak kenang budi. tahun depan kami malas nak ambil peduli murid macam ni..

adapun anak orang tua tadi (si abang form 5) seorang yang bagus dan rajin. tahu menghormati guru dan tahu juga ada cikgu yang membayarkan yurannya. cuma dia tak tahu siapa yang membayarkan untuknya. dan kami takkan beritahunya. justeru dia membalasnya dengan sebaik mungkin, menjadi atlit sekolah walaupun prestasi akademiknya tak sehebat mana.

adalah biasa. ada cikgu yang terpaksa berhutang makan di kantin hujung bulan sebab budget lari RM50.00 bulan tu.. dan adalah biasa murid takkan menyedarinya.. :)

note:
sapa kata kerajaan hapuskan yuran sekolah? yang dihapuskan cuma RM4.50 aje yuran asas. yang lain kena bayar mcm biasa. kenapa le bangsa melayu mudah sgt kena tipu.. yang peliknya redha ditipu pula dan sokong pula penipu..