-isnin, kira2 jam 11.30 pagi.-
"CJ!. ada kes!!." kata kak M separuh jerit. sedikit cemas.
aku sedang mengadap laptop masa tu. byk surat dn kertas kerja perlu siap segera. kak M tunjuk kpd sorg pelajar pompuan yg sdg duduk di kerusi guru. mukanya nampak menahan sakit.
"kenapa kak?"
"tangan dia kena pulas bdk form 4"
"bdk ni form berapa?"
"form 2"
"awak cerita sikit apa berlaku?"
"akak form 5............. panggil saya masuk kelas. tetiba dia tarik tangan saya dan terus pulas."
"jadi awak rasa apa sekarang?"
"tangan saya sakit sangat dan tak boleh gerak"
aku tgk tangan dia. tangan kanannya kejap genggam tangan kiri di pergelangan tangan. aku ambil air mineral kt peti sejuk dlm bilik guru. cari air mineral yg dh jadi ais. lalu aku tekapkan kt pergelangan tgn kirinya. lalukan sepanjang pergelangan tangan. buat masa ni blm darurat utk aku sentuh tangannya. cukup dgn botol air mineral jd perantara.
kak M ambil inisiatif urut tgn bdk tuh. berkerut dia menahan sakit.
"sakit cikgu.."
"tau.. awak tahan sikit. saya taruk ais. kalau tak nanti bengkak"
cikgu Y dtg bawa kain untuk anduh tangan. segera diambil tangan budak pompuan tuh dan diikat ke belakang. cekap cikgu Y buat kerja. dia mmg cikgu PBSM. sekarang tangan kiri tergantung dalam kain anduh kuning. aku telefon kaunselor.
"Lin, ada bdk pompuan cedera. syak retak atau cedera dalaman sbb kena pulas. ko tlg bawa dia gi klinik.."
setengah jam kemudian kaunselor datang dan bawa bdk tu gi klinik.
-selasa. 7.30 pagi.-
"Lin, bdk smlm mcmana cedera dia." kataku.
cikgu lin segera berubah air muka. cikgu2 pompuan lain turut menjadi kelat.
"CJ, kita kena tipu bulat2 bdk tuh"
"awat?"
"dia tk cedera pun. malah tadek sapa pulas tgn dia"
"hah?"
"siasatan dapati dia cuma ada-adakan cerita. tujuannya nk kenakan bdk form 5 tuh. mrk berdua berebut pakwe. kita semua kena tipu!"
dush!.
dh 3 hari bdk tu tk dtg sklh. kalau aku jumpa, aku nk pulas tgn dia. huh!
28 comments:
hi..hi..hi..
cikgu disiplin pun kena tipu kes berebut pakwe...
makin kreatif budak2 nih.. generasi apekah ini? generasi y setakat 94 jek.
sile pulas tangan dia betol2!
cik kiah sokong! yah,,berani itu budak
Laaa..CJ..ko kena "kencing" nih..hish..Sally setuju..kalau jumpa dia CJ je yg pulas tangan die..kalau mak bapak datang serang..CJ ckp la budak tu yg pulas tangan dfia sendiri..haha..pssst!! ade sesegak Tom Cruise ke jejaka yg jd rebutan tuh??
cikgu jadilah pokwo nye..didik dia dgn pulas2 kasih sayang..
(tergelak sakan depan pc)
laaaaaaaaaaaa.....anak sapa la tu
pulas jgn tak pulas
ahaahaha, kelaka. tp geram pun ade, hish, cabaran..
hahahaha!!!! akak rasa kan.. dia bajet cikgu pegang tangan dia kot.. hehehe...
kalau akak jadi cikgu, akak pulas tengkok dia sekali.. :D
hehehe budak2 nih, nak berebut pakwe pun nak babitkan cikgu
apadaaaaaaaaaaaaa
tampal sini muke pakwe yg direbutkan tuh aku nak kaji selidik
hehe. berani betul dia tipu cikgu displin. dashat2.
kesiannnnnn.......
cikgu math >> cikgu bkn polis. nk buat camna..
maryam >> kreatif tk kena tempat. :P
cik Kiah >> cikgu, kita pulas sama2 nak?. huhu. geram amat neh!
tchersally >> pulas tgn mak dia juga kot. huhu
one >> erk! gue nk muntah ijo.. huhu
kakjie >> eer.. anak sapa eh buruk laku tuh. huhu
fathen >> tercabar!. isk..
kak neeza >> ye, tengkok juga dlm pertimbangan. hehe
hanie >> pakwe dia buruk rupa. ensem lg hamid gurkha. huh!
qaseh >> mmg dasat!. sengaja cari pasal itu bdk. huhu
pinatbate >> errkk.. jgn kesian kt kami. tp jd pengajaran. :)
gile, mmg mahir kencing org...
bute2 ko kena kencing CJ...
siut btol...kalau aku pon geram jugak...
BH >> eer.. aku rilek aje sbnrnya bro. aku cuma nk pulas tengkuk dia. muahahahaha..
alkesahnyerrrr...
pjg akal namanyer tuh! hahahaha!
macam2 budak sekarang...
sampainya hatimu wahai budak....
cinabeng punye budak. br form 2 tuuu
:))
ups
su >> terlebih panjang akal kot. huhu
cikguzue >> mmg le bdk2 skrg kan. kdg2 naik mual pun ada.
cikgu panji >> sob.. aku sedih ni CP. :(
dayah >> aah. baru form 2 dh mcm tuh. ntah leee..
nur'ain >> gelak kt org eh. huh! majuk!
uish. dahsyatnyaaa budak2 skola zaman sekarang..boleh pulak nak ada-adakan cerita sampai mcm tu sekali.
hurmm,susah nk bg komen cikgu
*geleng kepala*
salam..
cikgu (leh ke saya pggl cikgu gak)..hehe...salam perkenalan...
erm,kisah ni selalu gak laa saya dgr..tp ni lagi ok kot..drpd kene pukul...(ni kes rebut makwe laa)..smpi lebam2 biji mata...patah tgn n kaki...lagi dahsyat...ape nk jd dak2 zman skang...haih,.
ye ye... tipah tertipuuu..
tu lah resam guru.. kita bagi betul2 dia tipu pulak... kalau cikgu tipu apalah agaknya yeee..
budak sekarang ni mmg makin berani
hehehehee...
mulianya hati guru displin itu.. :)
adakah PAKWE itu adalah CJ?
heheheeeh...
*smlm tenmpk n3 bru "aku bukn fahri"..tp x muncul pn..dmnakah fahri yaaaa..:p
fathiyyah >> hmmm.. jaga2 anak2 kita akan datang neh. anak kita?. muahahaha! jgn slh paham lak. kekeke
cairo boy >> wah! cairo boy ni selalu jumpa kt blog fathiyyah. welcome!. tu le bdk2 skrg. akan dtg x tahu lg. :(
abiey69 >> kalau cikgu tipu, maknanya bdk2 penipu. huhu
pB >> berani x bertempat...
CM >> hehe. sapa eh cikgu tuh. kekekeke.
ayue >> oh!. BUKAN sama sekali. huhu. not my taste. wahahahaha~
Post a Comment