Tuesday, February 24, 2009

bernafas dalam air

salam semua :)

ntah kenapa le kan. rasa ingin bersendiri tetiba jek dtg. rasa mahu dok tepi pantai melontar pandangan jauh ke tengah. ke pulau2 yg berbalam kabus. pada camar yang terbang rendah. sambil melayan bayu yang menghembus lembut di celah2 rambutku yang mula memanjang menyentuh kelopak telinga. cheh! haha..

tapi itu yang aku rasa skrg. agaknya mlm td isteri aku pun perasan aku tetiba jd pendiam. dia pun turut jd pendiam. sbb dia tahu, aku takkan respon cakap dia dlm aku emosi bersendirian nih.

mlm td aku keluar rumah jam 11mlm. masa tu isteri aku tgh melayan safwan siapkan kerja rumah dia. aku melayan segelas teh halia dn sepinggan nasi goreng kt restoran tomyam kt kampung. juga bersendiri. balik rumah, safwan dn isteri aku dh tidur nyenyak.

aku buka buku sirah nabi sebelum mula melabuhkan belikat. mencari2 kekuatan di sebalik kisah2 rasul. pun tak dpt lelap juga mata. ke kanan, ke kiri serba tk menjadi. sedar2 aku terjaga dr tidur jam 4 pagi. isteri dn safwan masih lena dlm dunianya.

aku belai ubun2 safwan dn mengucupnya. dia sgt comel waktu tidur dan jaga. kesian safwan..

membersihkan diri dn berteleku di atas sejadah sementara menunggu subuh. ada titik air jernih di kelopak. sambil mengalun wirid naqsyabandi warisan arwah atuk. aku terasa sgt sayu. dh lama aku tk amalkan wirid tuh.

ok. aku harus berenti menaip. hati sudah mula berkaca. :)


nota: n3 ntah apa2. haha!. tp bernafas dlm air ada dlm senikata lagu 'dan sebenarnya' nyanyian yuna.

18 comments:

Inah said...

saya tersenyum membaca kisah ini :)..ada kalanya kite perlu masa untuk bersendiri :)

:|: TinTa Kibod :|: said...

benar..smpai ketikanya kita perlu bersendiri dan mencari diri..:)

Esah said...

memang ade benar nye.. ade masa kita mmg perlu bersendiri..

AinNur Haris said...

(-.-)

hidup ini kan seperti roda..sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.. juga seperti camar yang terbang lepas di langit luas..adakalanya kita ingin terbang tinggi membelah angkasa..adakalanya pula kita cuba terbang rendah menjejak permukaan lautan luas..

hidup tak pernah menunggu manusia.. berputar terus mengikut kehendak-Nya.. manusia jangan sampai di bawa arus masa.. manusia harus berani dan bijak memilih paksi hidupnya sendiri..

cikgu jawe..
SAYA percaya masa bersendiri itu juga adalah satu keperluan hidup.. dan kebersendirian itu sebenarnya juga adalah anugerah Allah untuk hamba-hamba-Nya agar punya masa mengingati-Nya..

emm.. CJ rindukan arwah atok yer..? errr...errr.. (hilang kata-kata)

Sally said...

CJ,smua org ada tika dan waktu merasa diri perlu menyendiri..rasa sayu,hening,syahdu,pilu dan mcm2 lagi..walau puas mencari punca..tapi saat2 sebegitu akan berlalu hanya bila ia pilih untuk berlalu..
..resam manusia..ada kala gembira..ada kala tidak..stay cool ya brother!!

[MH] said...

safwan....

Anonymous said...

terkedu sy baca n3 ni. sedih pun ada. sayu pun ada. taktau nak cakap apa.

Neeza Shahril said...

safwan nak dapat adik comel kot..
pembawak budak ke cikgu?
tenangkan hati dan diri ya..

laki cikgu kimia said...

fasa kita sama kah? :'(

hayad said...

nk mintak wirid tu boleyyy?

fsj said...

chikgu, sweetnye entry ni, nak nanges rase..

risanur said...

ada ketikanye mmg kita perlu bersendirian utk memunasabahkan diri yg leka dgn dunia yg penuh pacaroba...semoga beroleh ketenangan...

AiRynnz said...

salam cikgu...

sepi itu indah :)

moga bahagia selalu

Anonymous said...

hmmm...jangan biarkan hidup anda diselubungi kesunyian...

tapi kadang2 sunyi itu membantu mengembalikan semangat...

Anonymous said...

inah >> baik2 senyum sorang2 inah
hehe

ayue >> awk betul. kdg2 aku bersendiri kt kedai mamak. :))

ecah >> thanks ecah. nk tumpang sarang duyung boleh? hehe

kasih >> jiwa huru hara lintang pukang. :))

CM >> aku rindukan dia. ye.. dia le. hehe

Anonymous said...

tchersally >> tq tcher. hehe.

fathiyyah >> safwan? huhuhu. tk fhm.. :)

khairnaj >> erkk.. jgn sampai tertidur udah le waakkk.

kak neeza >> pembawakan bdk atau pembawakan mak budak. muahahahaha!.

chi am >> adakah org lelaki mulia mcm kita sdg musim gerhana? kekekeke

Anonymous said...

dayah >> bleh je dayah. wirid biasa jek. :)

fathen >> sediakan saputgn segera. hehe

risanur >> oh!.. aku mau lari dr pancaroba tuh. :)

airynnz >> tp jgn suka sepi2 selalu. nanti byk nyamuk geget. hehe

LG >> ko memang! hehe.. aku nk bawa diri ke tgh pulau. kt sana aku nk mancing udang. mau ikut?. hehe

Anonymous said...

di bening awal pagi sendirian..mata berkaca2 setelah digosok brkali2...dan hampir ke minit2 akhir jua satu itu terjadi...


liveforfool mng gak match lwn real-mad-rid