Tuesday, January 20, 2009

antara tandas dn surau

salam semua :)

semalam ptg aku pergi bengkel baiki kete. kete nissan tu ngade2 mintak dibaiki pump brek dia. tak kisah le. dia kan keldai tunggangan. ahah!

smlm juga aku demam ringan. badan panas dn kurang selesa, hidung penuh dgn cecair, selsema dn sikit batuk2. smlm juga aku byk makan limau. org kata vitamin c blh lwn selsema. aku ikut je lee.. hehe. lg pun awal2 thn ni byk keje nk kene buat. sebolehnya aku tak mahu demam jd penghalang aku mengajar bdk2 tuh.

ok psl kete td. aku tercongok dpn bengkel sejak jam 5.30 ptg. dh masuk maghrib belum siap2 lg. aku perlu solat sbb sudah jam 7.45 mlm. lalu aku melintasi jln meru yg sebuk tuh. kete, bas, lori, moto, lembu dn kambing berdesup laju. maklum le memasing nk cepat sampai rumah.

seram juga berdiri kt tgh2 line putus2 tuh di tgh2 remang senja yg tadek lampu jln.

sbnrnya aku ternampak sebuah klinik melayu kt dpn tuh. aku berkira nk tumpang solat kt situ. mana larat nk jln kaki ke mesjid yg 4 kilometer dr bengkel. sampai je dlm klinik, aku tanya kaunter nk tumpang solat. terpinga2 penjaga kaunter tuh. akhirnya aku disambut dgn agak tegas oleh sorang lg. "gi mesjid!". kata kakak tuh. aku menyangka mungkin dia sorang doktor sbb dia pakai labcoat, spek dn cantik. jgn salahkan dia. sbb aku dtg dlm keadaan comot, berserabut dn mcm kutu jalanan. hehe

aku tadek pilihan lain. terpaksa berjalan kaki 400 meter dlm keadaan demam dn gerimis pula, pergi ke petronas. mujur ada surau kecil di situ dn dpt le aku solat maghrib dgn agak terketar2 kesejukan. kebetulan aku cuma pakai tshirt putih penuh dgn kesan getah pisang dn seluar coklat lusuh. :)


nota:

1. agaknya byk premis Melayu/Islam lbh suka perabis duit sediakan tandas dr surau.

2. kalau sedia surau pun, betul2 sblh tandas.

3. tandas lbh besar, lbh cantik, lbh kemas, lbh terjaga dr surau.

23 comments:

HABIHA69 said...

hi..hi..hi ciannye dia...sabor.sabor..gitulah seksanya orang yang tak de kereta besar menjalar yang ada hanya dua pasang kaki sahaja...len kali kita kena respek kat orang yang jalan kaki lar....yang ada kereta besau-besau tu kena insaf lar...

:) Kat Meru kan terkenal dgn banyak surau d setiap simpangnya Cikgu?

Sally said...

btol tu CJ..sedih pikir bab tempat nak sembahyang kat premis2 nih..kalau ada pun ..kecik..x terurus..berlumut..masam semacam..huhu

norsaritanaini said...

memang susah nk cr surau..kalo ada pun, tak terjaga...padahal tu satu tuntutan yg penting...yg paling sedihh, kalo premis tu melayu punya...

Anonymous said...

hmm... setiap manusia ada pandangannya tersendiri...

kereta cikgu dah siap dibaiki ke??

snm | snm said...

hemp..hampeh betul la minah tu. org miskin ke, pakai x hensem ke, MANUSIA jgk..bknnya haiwan..

manusia itu lupa..

su said...

dasat tul org tuh...sah2 la rezki xmasuk & xberkat dlm klinik dia...

errr demam kalau masih larat lagi xpe...ku x larattt maaa..terpaksa mc..ihiks!

laki cikgu kimia said...

kalu banyak duit nanti kita bukak surau yg bersih, selesa, dan awam untuk semua. mesti dapat banyak pahala.

Anonymous said...

habiha69 >> mmg kt meru terkenal dgn byk surau dn jarak masing2 berdekatan. org meru mmg mulia. kekekeke

tchersally >> maklum le surau dianggap kurang memberi pulangan. tandas masuk pun kena bayar. :)

norsaritanaini >> yg ada pun diletak kt ceruk2 blkg bangunan.
huhu

alhaqimi >> syukur, kete dh siap dibaiki. terbang fulus. lalalalala..

Anonymous said...

falin >> sabo! sabo! ehehe..

su >> uish! tak larat tuh. ehehee.. moga2 ada khabar baik di sebalik demam tuh. :))

chi am >> kalau lah aku jutawan.. =P

Maryam said...

surau sebelah toilet! jauh ade yang merungut.. huhu..

paling tak suka, kalau jumpa surau kecik 'beleh', share pulak ngan lelaki.. tempat wuduk pulak open area... memang bengang habis! camtu solat kat atas bumi lagi best~

lain kali cikgu solat je tepi jalan.. :)

pB said...

kot kat klinik tu tak der surau , kot ...

teruk tul lar klinik tu ...

penyapubaru said...

keldai tunggangan cap nissan tuh
ahaksss

Anonymous said...

mana boleh!!!

surau dan tandas semuanya kena bersih!
takde yg lebih dan kurang..kena adil...
adil ni maknanya surau kena suci cara surau la...tandas kena standard haijin nya juga..

Neeza Shahril said...

betul cikgu.. tak faham kengkadang tu.. toilet boleh buat 2 lagi..
apalah salahnya kan bagi je lah orang solat..
rasanya ada je bilik kat clinic tu..

hayad said...

biase le tu. kt SOGO suraunya kt tempat parking kete. kecik nak mampos lak tu. dgn berbaunya.

tp kt ALAMANDA ok. luas dan selesa. kat klcc pun ok. tp susah la nk dpt yg ok ni. al maklumla, tokey2 pasaraya ni kan cina.

[MH] said...

Cikgu,

Cikgu kena berdisiplin bab2 makan ubat ni..nnt demam akan cepat kebah..
jangan tiru sy yg tk suka ubat ni :)

esok ada exm ..cikgu doakan yaa

NURAZZAH8 said...

Salam Ziarah Cikgu Jawe,
dah lama saya tengok nama cikgu Jawe tinggalkan jejak dalam blog kawan-kawan saya...baru ni nak tinggalkan jejak kat blog CJ pula...

Salam perkenalan...............
CJ duk Meru ye? oh...tak jauh lah dari Shah Alam tu....

nur'ain said...

salam cekgu..

dah sehat?

Ain Mardhiah said...

salam cikgu...

syafakallah.. sabar je lah jumpa orang camtu cikgu. Kasi peringatan kat kita gak kot supaya tak buat kat orang lain. Huhuhu, kalaulah kakak tu baca blog cikgu.. =P

Anonymous said...

awal tahun ni memang busy kan cj...tiap ari balik lewat . busan pun ada..sampai umah kepala pusing.

[MH] said...

cikgu belum kebah demam lagiya ? semoga cepat sembuh cikgu.sy skrg tgh demam exam

:)

cik manis said...

berehat x pe,
jgn stop trus ye ckgu
;)

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. said...

betul2,,
kt shopping mall pn kadang2 cmtu jgk,,
ade satu shopping mall ni,surau kemain kecik,,
semput nk semayang,,
da la baunye punye la 'harum' semerbak,,
sabo je la