Friday, January 30, 2009

episod V.

hujan lebat mencurah pagi itu. disusuli angin kuat dan guruh berdentum. cikgu intan resah menanti di tingkap. beberapa orang jiran yang bertandang masih setia menanti di ruang tamu sambil berbual sesama.

rombongan cikgu zaki sudah terlewat sejam. beberapa panggilan telefon ke nset cikgu zaki juga tidak berjawab. hanya Allah saja yang tahu betapa resah dan gelisah menyelinap dalam saraf.

"zaki.. tlg jawab.." cikgu intan monolog sendirian. matanya mula berkaca. tapi dia cuba juga melawan agar risau jangan sampai menguasai akal.

tetiba deretan kereta masuk ke laman rumah. ah! segera hatinya melonjak gembira.

"awak memang..." bebelnya sendirian. ada senyuman simpul di bibir.

rombongan pihak lelaki mula keluar dari kereta. pak ngah azmi, mak usu dan mak kiah mula mengatur tapak ke rumah sambil berpayung.

"fahmi.. pergi sambut cikgu zaki. abang awak esok tuh" kata cikgu intan. fahmi menurut saja arahan kakaknya. hatinya agak berat juga. dia tak pernah damai dengan cikgu zaki.

mak jah menyambut di muka pintu. tersenyum lebar dia menyambut rombongan orang jauh.

mak kiah menghulur tangan. mak jah menyambutnya. mata bertentang mata. bibir tersenyum tetiba jadi kaku.

"kiah?, kiah ke ni?"
"jah..?"
"kkkk... kiaaahhhhhh!!!"
"addiikkkk!!!"

dua wanita saling berpelukan erat. ada esak tangis dan raungan di sana. semua tetamu terpinga-pinga. cikgu intan segera keluar dari bilik. keliru. cikgu zaki perlahan2 meninggalkan kereta. tertarik dengan situasi yang berlaku. mereka kebasahan dalam hujan. masih enggan melepaskan dakapan.

"kak.. kak jah?" tanya mak usu.
"usuu.. kak jah niii."
"akakkkk!!"

teriakan dan tangisan mengganti suasana. kak kiah terus menarik cikgu zaki rapat dengannya.

"zaki!.. zaki!.. ini mak kandung kau zaki. kau tak boleh bertunang dengan intan. dia adik kandung kau!"

'apa semua ni mak usu" cikgu zaki sangat keliru.

"ayah kau dulu pergi tinggalkan kak jah. dia orang miskin tak mampu nak sara kau. kau diserah kepada mak kiah untuk dijaga. masa tu kau baru umur 3 tahun. dah lama kami putus hubungan dengan kak jah. intan, sufiah, fahmi tu semua adik kau. adik tiri." mak usu cuba menerangkan.

cikgu zaki tergamam. cikgu intan berlari ke dalam bilik sambil menangis. di hujung birai katil dia rebah. suasana jadi panik. beberapa orang jiran menyerbu masuk membantu.

pak musa; paklang cikgu intan tersandar di dinding. begitu juga mak jah. dadanya bagaikan hendak pecah. juga ada kaca di matanya. dia tak sangka akan ketemu anak sulungnya sebegitu. fahmi hanya terpaku memandang. berteluku di tepi kerusi lusuh.

di tepi sawah yang menghijau, cikgu zaki bersendirian. menghadap sawah terbentang. hatinya telah kosong. airmata tak henti berlari. hujan juga tak simpati.

........................................

tamat.

........................................


fuuhhhh!!. terima kasih le korang sudi membaca sampai episod 5. ending biasa2 je. tak gempak mana pun.. huhu =P

12 comments:

Shah CJ said...

pak ngah azmi kumpul kembali kekuatan. dia mendapatkan pak lang musa yang masih tersandar di dinding. kelihatan pak ngah azmi membisik sesuatu. pak lang musa merenung tajam ke arah pak ngah azmi. ibarat harimau betina hendak menerkam mangsanya.

"musa.. susah2 aku je yang pinang si intan tuh... hehe"

Umi::Aisya::Abah said...

fuh,,dasatla citer cJ kali ni, sy yg malas nk komen pun jadi rajin pulak nk komen. hehe..


psstt.... "nasib baik la sy ni dah teruji bukan seadik beradik kandung dgn pak incik. he..he.."

Mrs. ORENSEED said...

alaaa kenapa ending die nanges2?
hehehehehe pepun, mmg best!

PINATBATE said...

heheheeh...
ada harapan CJ menang peraduan mengarang cerpen ni..

Anonymous said...

naurah >> ehehe.. sbb tu kena bertunang kan. blh siasat2 lg. :)

qaseh >> aku nk buat ending gelak2 takut korang kutuk aku. huhu

pinatbate >> hihi.. ni cuma karangan budak sekolah rendah je kak. :P

nur'ain said...

cj, bakat tependammu terserlah.
ekekekek cayalah cj

Anonymous said...

cerita menarik...
olahan pon okies gak..
tapi bile tibe bab yg ade dialog tuh..hmmm...cam agak klaka sket la pengolahannyer...

"kiah?, kiah ke ni?"
"jah..?"
"kkkk... kiaaahhhhhh!!!"
"addiikkkk!!!"


"kak.. kak jah?" tanya mak usu.
"usuu.. kak jah niii."
"akakkkk!!"

cam tukar2 jer..
hehe..

Shah CJ said...

nur'ain >> bkn bakat terpendam, tp bakat tak timbul. hehe

fr >> tu le. masa taip dialog tu aku pun dh keliru. pening dah. tp belasah jek idea terus dr kepala. :))

hayad said...

kesian cikgu zaki... sob sob sob!

Anonymous said...

laa..mak cikgu intan tu ibu fahmi ke?

ingat kan moral of story jadi cikgu jangan lempang budak..nanti nak tunang tak jadi

Neeza Shahril said...

laaaaa.. adik beradi la pulakkkk... sian intan.. bercinta dengan abang kandung..
bukan salah ibu mengandung... :D

HABIHA69 said...

Kesiannya Cikgu Zaki...tak jadilah nak jadi Raja Sehari....hurm..CikgUstaz karang nih Cikgu intan tu duduk kat mana eerkk?....masih kat Sabak Bernam lagi ker?....sajer jer tanyer....