"assalamu 'alaikum!.. mak!!"
pintu yang tertutup rapat, kini dikuak perlahan. fahmi menjenguk ke dalam rumah. berkeriot bunyinya. ntah bila kali terakhir disapu minyak. beg sekolah diletak cermat di sudut dinding. sebelah radio yang dia sendiri tak ingat bila kali terakhir berfungsi. cuma kadang2 bila kakaknya yang belajar di USM balik, merasa le dia mendengar radio. itu pun tumpang nset kakaknya.
fahmi menjenguk ke dalam bilik. rupanya Mak Jah baru saja habis solat zuhur.
"dah balik nak?'
"dah mak" fahmi mendapatkannya lalu mencium tangan kasar ibunya. mak jah membalas dengan mendakap erat. dihembus ubun2 fahmi dengan salawat nabi. sunguh bertuah fahmi anak bongsu. lantas sepenuh kasing sayang dia peroleh dari mak jah.
"belajar macamna tadi" lembut mak jah bertanya.
"baik aja mak. cikgu tanya yuran lagi la mak"
"insyallah, nanti mak dapat upah angkat sawit, mak bayar yuran fahmi ye. dah!. pergi dapur. mak dah sediakan nasi dengan lauk"
"mak makan sekali"
"dah.. mak dah makan"
sejadah dan telekung dilipat cermat. lalu digantung atas para kayu sebelah kanan pintu bilik. matanya menghantar fahmi ke dapur. mak jah menekan perutnya. hakikatnya dia masih belum sarapan sejak pagi tadi.
mak jah menuju ke dapur. terus berhenti di sisi tudung saji yang kemas di atas lantai. tudung saji dibuka. ada nasi dan 3 ekor ikan sepat goreng di situ.
"baca doa nak.."
"bismillahir rahmani rahim.. Allahumma..." lancar doa meluncur dari mulut fahmi. bak mutiara yang terlerai dari ikatannya. sejuk hati mak jah. tak sesia dia mendidik fahmi sejak kecil menghafal doa.
"kenapa pipi tu merah fahmi" tanya mak jah sebaik saja dia dapati pipi anak kesayangannya tak macam biasa.
..................................................
6 comments:
kapan arek disambung ni cikgu jowo??
aku wes orak saber arek boco...
sedutan episod 5:
pak musa, paklang cikgu intan tersandar di dinding. begitu juga mak jah. dadanya bagaikan hendak pecah. juga ada kaca di matanya.
dalam bilik, cikgu intan terkulai di biari katil. suasana agak panik..
hehehe..
hahahaha!!! cikgu.. nape cerpen ni bertukar ganti?? siap ada episod 5 tu.. sungguh suspen episod 5 tu.. boleh tak terus forward ke episod 5?? hehehe..
sedih la pulak cerita fahmi ni.. akak nangis lagi.. baiknya budak fahmi ni.. berapa umur dia sekarang? akak nak buat menantu laaaa.. hehehee..
cj kenapa cj? kenapa kao robek hati ini.. aduh.. cerita ini sanagt sedih lah.. :(
waaa...makin mantap lar ceritanya, makin suspen, dadaku berombak-ombak menahan debaran...tak sanggup menanti lama-lama sambungan ceriteranya kang....(...bersambung)
cikgu BH >> sabooo.. tgh plan kisah selanjutnya. :)
kak neeza >> bdk tu baru darjah 6 kak. hehe
chi am >> waahh.. robek jgn sampai terabur bro. :)
kasih >> sila baca cerpen ngarut ni..
habiha69 >> ehehe.. aku dh pening lalat. =P
Post a Comment