"awak!" tajam jari menuding seseorang.
budak lelaki itu bangun perlahan. bajunya agak comot seperti tak berbasuh. malah butang depannya juga tertanggal sebiji di perutnya. juga kurang kemas kerana tidak dimasukkan sepenuhnya ke dalam seluar hijau yang makin pudar.
"dah berapa kali saya cakap. buku nota jangan dicampur dengan nota subjek lain"
dia tunduk membisu. menguit2 pemadam di atas meja dengan jarinya. semua budak dalam kelas tahun 6 amal turut bungkam. mereka tahu, baik diam saja. cikgu zaki kalau dah mengamuk, bukan budak saja takut. tukang kebun pun boleh kecut perut.
"ni hah.. awak conteng-conteng apa kat buku nih? lirik lagu?. ni lukisan apa nih?"
"hey! awak sedar tak ni yang awak keluarga miskin. hidup susah?. saya tak suka buku nota awak macam ini. bercampur sains, matematik, BM, BI, lirik lagu pula. ambil balik buku awak!"
satu lemparan buku melayang. tepat ke dada dan jatuh ke bawah meja. segera dia tunduk dan tangan kecilnya mengambil buku yang telah jatuh. beberapa titis airmata menitik membasahi lantai yang berdebu.
cepat2 fahmi menyeka airmata yang mula menitis. dadanya berombak menahan sebak. perlahan-lahan dia bangkit semula dan...
"pangggg!" satu penampar singgah tepat di pipi kirinya..
kali ni fahmi tak mampu bertahan lagi. serta merta airmatanya mengalir deras. namun tiada suara yang kedengaran. dia telungkupkan muka di atas meja dan terus menangis teresak2.
cikgu zaki telah pun tinggalkan kelas sebentar tadi. murid-muris kelas 6 amal masih tegang ketakutan. jangan main-maian dengan cikgu zaki. dia guru matematik yang paling digeruni di dunia. semua orang tahu itu. kecuali fahmi yang buat-buat tak tahu.
"kau ok fahmi" kata CJ, kawan sekelas. CJ le satu-satunya kawan baik fahmi yang memahami situasi rakannya itu. teman sekelas juga teman sekampung. pada CJ le banyak rahsia dia berkongsi.
fahmi hanya angguk lemah. airmatanya mula berhenti perlahan. dia dah biasa dengan kesakitan. pelempang cikgu zaki apa le sangat. dia pernah terkoyak kulit betis waktu membantu maknya mengangkat kelapa sawit kebun pak agus.
fahmi buka semula buku nota. di sana ada satu lukisan seorang lelaki. imaginasinya segera mengalir dalam naluri.
"ayah.." hatinya berbisik merenggut sukma.
11 comments:
Salam,
waaa..CJ ada bakat menulis cerpen rupanya..CJ,sambung lah cerita tu hari-hari sampai Fahmi dah dewasa dan berjaya (berjaya tak??) dan jangan lupa ceruta ttg best fren Fahmi tuh sekali..psst!dgr crita dia jadi cikgu kan?
salam cikgu :)
apa ni cikgu pepagi lagi dah bagi kita orang baca kisah sedih ni :(
kesian fahmi. ada yang tersirat. hanya fahmi saja yang tahu.
apa ler garang sangat cikgu zaki tu... bertimbang rasalah skit.
sib baik kawan baik fahmi tu tak garang cam cikgu zaki.. ngeh.
Baiknya kawan fahmi ittew...kita tak Sukalah ngn Cikgu Zaki tu..bagi tau kat sekolah maner did ngajar tu? Kes-kes mcm nih tak boleh biarkan nih..kena lapor kat Jemah nazir sekolah nih....
hu..hu..hu..Kang! ada pertandingan tulis cerpen ker kang? ada masssyuuk ka?
salam cj
>> sedih... :'{
>> smbung cepat2...
citer benor ek ni?
ape ke giler cikgu zaki tu?
sori le CJ..teman datang lagi..bukan ape rase seghonok bebenor bile dapat ckp slang asal..tu ha..si hayad tuh..sekampung!!
cikgu zaki yg tampar fahmi atau cikgu jawe SEBENARNYA yg tampar fahmi...??
emmm..rasa bersalah la tuuu...hehehehe...
{ada gaya la cj tulis cerpen..teruskan yupp..}
Salam ..
teman suka bebenor watak kawan si Fahmi tu...ghaser macam budak bebaikk jer...berakhlak sungguh budaknyer...udah besor besok jadi cekgu lah budak tu gamaknya...;P
sikit aje cerita tu tapi dah buat akak nangis..
akak dapat imagine masalah kawan CJ tu..
dia pastinya anak orang miskin yang tak mampu beli banyak buku.. semua nota kena campur 1 buku..
kenapa cikgu tu tak cuba memahami dulu ya... hmmm..
ehhh....salah masuk blog faisal tehrani ke?
huhuhu.....kita org tepuk2 bagi sokongan
wah..ade bakat la..teruskan bercerpen..
Post a Comment