salam semua =)
RM1.50.
harga bayaran yg dikenakan kpd pelajar seluruh malaysia thn nih bila masuk sklh. itupun bayaran insuran takaful. tadek bayaran yuran, bayaran pibg dn lain2 bayaran. byrn hanya boleh dikutip slps mesyuarat agung pibg. sudah tentu dgn persetujuan ibu bapa dlm mesyuarat pibg.
semua org gembira dn memuji.
cikgu2 dilarang kutip yuran dr budak2 dlm apa jua sebab. tadek lg yuran kokurikulum. tak boleh kutip duit rumah sukan, duit kegiatan agama, duit persatuan dan mcm lg. semua dilarang sama sekali.
tapi aktiviti mesti dijalankan spt biasa.
sekarang kami tadek duit nk bagi minum budak2 masa merentas desa. tadek duit utk bagi bdk2 makan nasi masa sukan sekolah. tadek duit nk beli pemadam papan hitam. tadek duit nak beli marker utk cikgu2 ngajar budak. tadek duit utk beli buku rujukan bdk2. tadek duit beli penyapu, baldi dn penyodok sampah utk kelas. tadek duit utk beli ubat kalau bdk2 cedera..
kebanyakan brg2 tu dibeli dr duit yuran sekolah.
smlm meeting. satu ketetapan. kami akan sumbangkan sorang RM10 setiap bulan dr duit gaji kami sendiri utk beli pemadam, ubat, air minum, buku rujukan, baldi, penyapu dn nasi utk murid2 yg kami sayangi.
kami tak berapa kesah. kami masih ada kelapa sawit 10 pokok. duit sewaan kantin dn duit poket cikgu. hahaha.. dush!!
22 comments:
cikgUstaz kalau meeting nakguna air mineral boleh beli kat Tesco Sri Alam murah lar..tak pe lah...banyak-banyak bersabar je lah tahun 2009 nih...tu belum lagi kutip duit jamuan untuk cikgu yang bersara ker, yang nak pindah ker, yang dapat naik pangkat ker....hi..hi..hi..tu belum kutip lagi derma untuk tabung pelestin kan...kan..
saya dah tulis isu ni minggu lepas, sebagai ibubapa yg terlibat dan aktif dgn PIBG juga rapat dgn pihak sekolah saya amat memahami beban yang orang lain tak nampak...kesian cikgu...
topik yg menjadi isu di blog saya itu sehingga ada pengunjung yang menyuruh saya diam2 sudah..jgn hebohkan.
heeee.
mak saya pon sama, dok mengeluh je,ada ke kena byr rm1.50 je. sekola xde duit nk beroperasi blablablablaaa~
(pjg la jugak sambungan blablablaaa tu :p)
sabo aje lah yee.
hi.. kat skolah pun macam2 hal ye.. hmmmmm...
eh yeke ni cikgu? seme sekolah di seluruh malaysia or sekolah cikgu je?
cikgu. hah. my mom pun baru membebel2 pasal hal ni di rumah semalam. saya yang tengah packing2 barang humm kan aje. huhu
by the way cikgu
my mom juga sangat pening kepala. as a PK KOKU, bila takde sumber kewangan macam ni, susah nak laksanakan takwim yang dah dirancang. semalam dengar kata, kalau mcm ni memang takkan ada sukan sekolah la. mana nak cari duet. nak pulak sekolah mymom tak ada padang. kena sewa stadium selayang. memang tak boleh langsung la nak jalan program. pelajar sekolah pun tak sampai seribu, dalam 7++ so, agak sesak jugak lah bila takde sumber kewangan PIBG. huhu
saya dengar pun pening ooo. kesian my mom. =(
mungkin itu salah satu pengorbanan cikgu2 alaf baru ini. semoga ianya akan berbayar dengan kejayaan murid2 & penghargaan ibubapa murid itu sendiri pada para2 guru.
tapi dulu2 bayar yuran jugak tapi takdelah ibubapa mengeluh.
ok. ayat last cam tergantung. yg pelajar sekolah tak sampai seribu tu i mean, kalao sebelum ni duet mmg dah sikit, sebab pelajar sikit. bila tak boleh kutip. lagi lah sesak suber kewangan. hah. cam gitula =)
betul2!
ku pon geram neh! huhu...
(byk lagi sebenarnya mslh di skolah tp cegu2 ttp teruskan mengajar seperti biasa kan!kan!)
tu laaaa pasallll..bukan smua org bole paham masalah kita sbg guru @ kerani @ tukang kebun @ pak/mak guard @ driver ambulan(antor budak ke spital)@ pengadil @ dll segala benda lain lg..kan..kan..CJ..kan..
ada jgk parent yg berkira nak bayar itu ini. padahal utk anak2 diorang jugak.
haha...kite cube je la galaskan ape yg disangkutkan atas bahu ini, seikhlasnye...ape salahnye kuarkan duit poket sndiri, demi kebaikan anak bangsa sendiri?? kan??
Kementerian tak sediakan peruntukan ke untuk kegiatan Jabatan?
Macam kementerian lain seperti JPS,Pertanian, mereka mohon peruntukan dari kementerian.
Tak kan peruntukan MOE hanya untuk Perjalanan,mesyuarat,meeting,pembangunan sahaja.
patutlah murah je hari tu bayar, dalam 28.70 sebab sekolah saya langgan majalah fokus spm ... + takaful. hee
Kalau tak silap, kerajaan telah berikan RM50 juta untuk PIBG ? Ini yang keliru ni ...Abang long salah dengar ka ?
hehe smlm masa kutip yuran rm1.50 ade parents siap byr lebih, katanya sedekahh
aminnn utk anak dia jugak
rm1.50 tuh pun utk insuran takaful jer...
pastu ade plak yg merungut yuran PIBG mahal (yang merungut tuh la jenis org meeting PIBG takmau mai, yang mai semua jenis nak byr byk2)
habiha69 >> byk amat kutip duit camtuh. tak merasa le aku baju baru. huhu
kujie >> kak jie aktif dgn pibg. sbb tu kak jie amat fhm mslh ni kan. ada baca blog kak jie ttg topik tu. mmg hangat. hehe
ida >> hehe.. tahan je le telinga ye. mak cikgu ke. hehe
ecah >> sklh tempat sgl2nya. :))
fathen >> rasanya semua sekolah kt malaysia. cepat2 le blk fathen ye. posting kt KS tau. hehe
nadia >> haha! rezeki awk le kena tahan telinga. aku nk bebel dgn sapa. safwan?. terkebil2 ade le dia. =P
ayumkay >> berkorban masa, tenaga dn duit. haha!
nadia >> sklh aku juga cuma 800 pljr. hmmmmm.. susah mcm ni kan. huhu
su >> isk.. nasib kita kan su. dh le famili pljr pun susah. huhu
teachersally >> sokong teacher. kita juga adlh pengawal keselamatan bertauliah. haha!
dayah >> org2 kaya tak sedar diri tu kot dayah. =P
cikguBH >> kalau bdk2 tu rajin, baik.. sejuk gak hati ni bro. tp kalau nakal tak sedar diri rasa mcm membazir je. huh!
en. shukor >> err.. aku tk berapa fhm le aspek2 pentadbiran dn kewangan nih. hehe. ada kot. ntah.. :)
qaseh heedayah >> sklh mana tu?. hehe
abg long >> aku juga ada dgr mcm tuh. tp kan, kalau kt malaysia ni ada 1 juta sklh. maknanya 1 sklh dpt 50 ringgit aje. huhu
penyapubaru >> sama le kt mana2 org mcm tu kan. meeting taknak dtg. komplen no 1. :(
Dalam kaedah pentadbiran kewangan PTJ yang diturunkan dari kementerian ke peringkat jabatan, terdapat peruntukan yang diagihkan berdasarkan kod kepala perbelanjaan.
Contohnya: peruntukan keceriaan MOE diagihkan kepada JPN.Pecahan peruntukan itu lah yang akan diagihkan kepada peringkat bawahan.Begitu jugak lain lain peruntukan.
Setiap tahun semua kena submit budget kepada peringkat lebih tertinggi untuk disatukan sebagai permohonan budget peruntukan Kementerian.
duit mmg la turun tapi lambat n tak cukup,
Post a Comment