Friday, September 12, 2008

Kerana Namamu Raduan

salam semua.. =)

n3 ni aku tujukan khas buat sarah yg telah bersusah payah mencuri masanya buatkan sajak khusus utk raduan nih. n3 ttg raduan ada kt bwh..

terima kasih sarah atas susah payah awak. (^.^,)

jadi aku tepekkan sajak sarah tu utk tatapan semua.


bunting kejayaan raduan kt sekolah aku.


Kerana Namamu Raduan
(Ditujukan khas buat Raduan, atlet Malaysia di Sukan Paralimpik, Beijing)

Kau kiasan anak masa depan
tauladan buat si sempurna
kau di sana tiada kurangnya
biar bicara payah lepas
biar sebutan tiada jelas.

Aku biarkan kau
berlari terus berlari
menjadi halilintar
kerana padamu ada
sinar-sinar yang masih terang
belum kelam
semakin benderang.

Biar apa yang menanti
pun aku biarkan kau terus berlari
menjadi halilintar
dengan doa
satu hari kau akan berdiri di sini
menjadi Raduan milik kami
lagi sekali.

Sarah Mohd Shukor
12 September 2008,
Moscow Yang Sejuk.

sajak2 sarah boleh diakses lewat laman nih.

==============================

sekali lagi sarah. TQ yg teramat. rasa sgt terharu.

esok malam aku cdg nk hadiri majlis baca puisi kt teratak sanggar damai abadi anjuran PENA. ada dr ibrahim ghafar, dr zurinah hassan, ismas saring, dr abdul ghafar ibrahim (agi), pyanhabib, baha zain dn ramai lagi. ehehehe

4 comments:

Anonymous said...

cikgu, oh oh. sy terharu cikgu tepek kat sini plak. merah2 dah pipi ni ha. cuma ada sikit pembetulan pd baris akhir sekali. mungkin wkt cikgu amik tu, sy tak betulkan lg =)

cikgu, kalau cikgu jumpa pyan habib, cikgu sampaikan salam sy pd dia ye. sy sgt2 minat pyan habib. hihi. dan juga Dr. Siti Zainun Ismail kalau dia ada. terima kasih byk2 cikgu.

:: Wiween :: said...

alahai kalo raduan baca nih terharu dia...sarah, bagus sajak nih! bravo! ;)

Anonymous said...

sarah:
sajak awak masuk berita harian lagi hari nih. tajuk: monolog anak merdeka.
TAHNIAH!

psssttt.. cliam kt Berita Harian tau. hakcipta awak tuh. hehe


wiween:
mmg bagus sajak ni.. :)

Anonymous said...

eh cikgu, biar betul ni? terkejut sy baca apa cikgu tulis ni? terberenti sat ngaji pagi2 ni. nak bukak BH online skrg jgk.

isk isk. rasa sebak plak :'(