ngeh.. ngeh..
antara masalah cikgu2 sekarang ialah menghadapi kerenah murid2 bercinta. aku berikan contoh kes:kes 1:
sepasang kekasih. bangsa melayu. yg lelaki form 5; yg pompuan form 4. sama cantik sama lawa. si pompuan bekas best studet PMR. yg lelaki hampeh tahap gaban aura ke-80. bercinta bagai nak rak sejak 3 tahun lepas. mereka pasangan sgt intim. terlalu intim. kerap dating hinggakan si lelaki sanggup ponteng solat jumaat sbb nak dating kt bawah pokok tepi padang sekolah. kerana waktu tu le cikgu2 lelaki tadek kt sekolah.
pernah dipanggil mengadap pengetua. melalui proses kaunseling dn sebagainya. agar mereka kembali tumpukan pelajaran. tapi gagal. cinta mereka ibarat gunung yang tak pernah goyah. pengetua panggil pun dh tak boleh gostan.
percintaan mereka di ketahui oleh semua guru dn pelajar. mak bapak pun dh takleh buat apa. tu jenis kalau dihalang sanggup lari uganda kawen lari.
sampai masa si lelaki abes sekolah. dia tertarik pada pompuan lain. maka putus le cinta mereka. si makwe merana. ambik SPM pun huru hara. best student PMR jadi the worst student SPM. hampir semua subjek dia fail. frust menonggeng kot.
si makwe ada peluang kedua. masuk form 6 dn melupakan cintanya. akhirnya dia bangkit. kembali jadi best student STPM.
kes 2.
sepasang kekasih melayu juga. sama2 form 5. berkepit sana sini. nasihat dn kaunseling tak jalan. kalau ada kelas kt bengkel, pasangan ni tak pernah sampai bengkel. sangkut dlm tandas pompuan ke, atau kt siling, atau masuk alam bunian ke apa. kat mana tah yg misteri sbb cikgu cari tak jumpa.
yg lelaki patut dh kena buang sekolah lama. sebab masalah disiplin. tapi cikgu sukan bela dia sbb dia aset sekolah dlm sukan. tah leee.. yg pompuan jenis innocent jek. adat bdk2 sekolah le. mana2 atlet mesti ramai peminat.
pening cikgu dgn mereka. budak2 kelas dia gelar mrk suami isteri sbb terlalu intim. pantang cikgu masuk lewat, mesti dok dating dlm kelas.
sekarang kedua mereka dh tak sekolah lagi. berenti tak pasal2. puncanya sebab mereka bertengkar dpn tandas pompuan. si pakwe MELEMPANG wakwe dia sbb makwenya tak mau makan waktu rehat.
skrg kami dpt pula maklumat baru. bdk pompuan ni mmg selalu makan pelempang pakwe dia. dh kena pelempang berkali2 pun masih setia. mmg misteri cinta nih.. huhu.
kes 3.
form 6. jumlah pelajar seimbang lelaki dn pompuan. akhirnya memasing bercinta sesama mrk. kelas tu aku gelar taman bunga sebab sana sini org dating.
aku cabar mereka supaya tumpukan pd STPM. aku kata susah nk cari budak2 melayu yg berjaya kalau bercinta waktu belajar. tapi mrk cabar aku balik.
"kami akan buktikan cikgu salah. walau kami bercinta tetap akan berjaya dlm STPM.."
lantak korang leee. aku dh nasihat tapi korang degil. dh form 6 kan. dh rasa besar.
akhirnya semua budak2 tu GAGAL STPM. puncanya time exam, memasing sibuk study. tak sempat nak layan perasaan pasangan. akhirnya saling merajuk, bersangka dn ambil periksa dlm hati yg rawan sbb cinta terkandas di pertengahan. huhu.
lawan lagi cikgu hang. kan dh kena kualat!.

gambar ambik dr frendster nurul nadia. TQ
note: kenapa awak bercinta sedangkan awak masih belajar?. kenapa mesti buang masa fikir perkara yang tidak berkaitan dgn ilmu?. tak cukup ke kasih sayang orang tua pada awak?. tak sedar ke setiap sen yang mak bapa bagi, awak guna sebahagiannya utk calling2/sms pasangan awak?. tak sedar ke betapa susahnya mereka cari duit utk awak?. sedangkan awak bergantung duit mereka. nak beli seluar dalam pun awak tak mampu. tapi awak mampu belanja pasangan awak makan dgn duit mak bapa awak.
cikgu tak larang awak bercinta, kalau memang dah sampai masanya. waktu awak dh bekerja dn ada duit sendiri. tapi masa ni cikgu mahu awak tumpukan dulu pada ilmu, pada peperiksaan. kalau dh takdir jodoh awak, kt surinam pun awak boleh jumpa cinta awak.
kenapa org bercinta susah sgt diberi nasihat?
38 comments:
cikgu ku sayang..
kisah form 6 tu
mcm kisah saya
saya pun time form 6 adalah jugak
mmg waktu form 6 ramai couple2
perubahan hormon kot
heheheh =p
tp nadia tadop la dating2
sebab tu sekolah mama
bcinta pakai surat je
die dak kelas sebelah
pas surat kat tingkap
ntah hape2 je kan?
orang tak tau pon psl ktorang
cikgu pun tak tao
sampailah upper six
mama naik pangkat
tukaq sekolah
humm
kenakalan jugak saya ni
ktorang jadik pengawas perpustakaan
so seminggu sekalik tugas sama-sama
mende ni jadik kecoh
bila saya ni asalnya kena lantik jadik pengawas sekolah.. tapi tetibe jadik librarian plak
mulalah cikgu2 menyiasat
saye x pnah la sampai kene jumpe kaunselor ke ape ke
cuma banyak cikgu mcm risau
risau saya tak boleh fokus stpm
semua cikgu tanya saya
nak confirmkan.. ye ke saya bcinton
saya senyap je..
sampai ke STPM saya mcm kena boikot ngan sorang cikgu tu! (sbb saya tamo jadik pengawas)
humm..
" kami akan buktikan cikgu salah. walau kami bercinta tetap akan berjaya dlm STPM "
saya ade jugak gune ayat ni
tapi tukar 'kita'
" kita akan buktikan cikgu salah. walau kita bercinta tetap akan berjaya dlm STPM "
Alhamdulillah,
saya best student untuk STPM
masa tu cikgu yang dok hangin2 kat saya semua tarik balik hangin diorang..
----------------------------
tapi..
hubungan saya ngan budak tu
tahan 5 tahun je
akhir tahun lepas dah dibubarkan
so..
pada adik2 ku
janganlah bercinta time skolah
tak ke mana pun
even akak ni jadik best student pon
still tak satisfied!
sebab kalo tak bercinton
mesti leh lagi gempaq result!
menyesal di kemudian hari tak berguna dik.. heheh
tol tak cikgu? =p
cikgu,
ari tu masa saya accident
cikgu ada ksitao satu ayat tu
cikgu habaq saya mesti tao
sbb saya dak sekolah agama dulu
humm
saya dulu bukan dak SMKA cikgu
sekolah biase je.. kelas pon semua cina.. sekolah agama time kocik2 je
banyak ilmu saye tak tahu
dah besor2 ni.. saya pun penah ade zaman yang saya sendiri tak mahu ingat dah!
Zaman 5 tahun yang amat dikesali!
Lepas dah akhiri zaman 5 tahun tu
barulah saya tahu banyak mende
ikut Usrah semua
** kiranya saya memang meyesal terjebak ngan cinton mase form 6 tu, sebab 5 tahun saya jadik orang lain utk orang lain! kebodohan sungguh!
=(
nadia:
nadia ku sayang.. hehe [abes le spekulasi..]
panjangnya komen balas awak. hehe.
awak mungkin 1 dlm 1000. pelajar yg boleh jd best student walau bercinta. maknanya nadia org yg hebat. boleh menumpukan pada yg sgt perlu diantara yg perlu.
tapi akhirnya kita sedar juga kan. bercinta waktu belajar sbnrnya tak ke mana. sbb bercinta bukan semata2 memenuhkan rasa kasih dn sayang. tapi amanah dn tanggung jawab utk mendapatkan dn memberi bahagia kpd diri dn org lain ikut acuan agama.
menarik jln cerita awak. aku juga pernah merajuk dgn pengawas yg tetiba resign utk jadi pengawas pusat sumber. hehe
oh!. ingatkan awak bekas bdk sklh agama. hehe. sori le slh duga. apapun, usrah mmg byk membantu.
zaman lama yg dulu2 kita mmg tak boleh lupa. sbb kita sendiri yg alaminya. cuma kita jadikan ia pengajaran dn panduan utk gagah terus demi masa depan.
well.. dh baik luka2?. dn jgn lupa gi urut ye. cara org melayu, lepas jatuh kena urut. kalau tak dh tua2 nanti kesannya baru rasa.
Salam cikgu...baru kenal ni..wah pasal cinta ye..tie dulu mmg tak pernah bercinta zaman sekolah..napa?sebab sek convent laa..Tapi bila masuk itm, huruhara, takut tgk ramai sangat lelaki..nak ke mana pun kena teman...Pastu..baru ok..bolehlah berkawan..tapi tak main cinta2 ni..3@4 orang tie tolak(mcmlah laku sgt)..nak concentrate study..Dapat gak jadi top student dlm kursus tu...tapi tak ke mana pun.. kena kerja, anak sulong kata kan...Cuma mula rapat dgn hubby lepas grad..tak sangka boleh jadi jodoh kan..Tapi..lepas kahwin baru betul2 bercinta... he he..
saya rasa kat sekolah saya pun selalu berlaku..pelajar pompuan bagus2 tapi pilih pak we hampeh (macam kes 1)..pelik betul budak pompuan zaman ni..kalau nak cari pakwe pilih le yg ada masa depan @ yang boleh harap sikit..ni tidak last2 sendiri tercarap
keke dorang ase bes/bangga kot kalao ade makwe/pakwe time skola dulu.konon dorang nsem/cun la kot.
kekeke..
wakakakaka lawak part ni
"si pakwe MELEMPANG wakwe dia sbb makwenya tak mau makan waktu rehat".wahahahahahahaha !!!!
bercinta ni macam makan budu.. (hahaha!!). walaupun masin, tetap sedap. esok nak lagi, lusa nak lagi.. orang cakap apa pun tak peduli dahh...
melainkannnnnnn... 1 hari, budu tu berulattttt.. memang tak makan dah la..
tapiiii.. dia cari budu botol lain pulak.. hehehee..
salam cikgu~
lama saya tak gune perkataan "kualat" tu...hehe..
btw, pasal cinta ni saya x reti la nak kate...
tapi, bile pikir nnti bile saya jadi cikgu and kene face keadaan camtu...pening gak la kepala jadinye...
hmm...budak2 zaman sekarang...
macam2 ada ;)
salam cikgu
baru2 nih kami buat spot check..terjumpa surat chenta budak2..
alahai..siap ada yg ber 'papa' 'mama' lagi..geli geleman bacanyer.
tapi betul..
bercinta masa sekolah tak kemana..member2 yg bercinta bagai nak rak masa bsekolah dulu pon suma nyer dh bawak haluan masing2..
bila reunion masing2 malu2 alah ingat balik kisah lama..
salam...cikgu
bagus cikgu wat post cmni
kalo x bnyk, at least sikit student pon msti terasa n reflect masing2.
betul, bercinta xpernah mmbawa apa2 kebaikan pon.
semuanya lebih kepada zina hati.itu yang paling kecil..yang zina fizikal, wallahualam!
sikit2 asik nak teringat BF..sikit2 nak menangis, especially kalau disakiti.sepatutnya Allah itu lebih harus diingati. tipulah kalau ada orang boleh cakap yang dia ingat Allah lebih dari BF dia.if ada pun, org ynag benar2 dapat menahan nafsunya. jadi, better, janganlah mendekatinya.
sepatutnya rasalah malu pada Allah kerana kita menangis untuk seseorang yang kita tak pasti cintanya pada kita BENAR atau tak berbanding cinta ALLAH yang tulus mulus tu. semoga hati kita tetap teguh bersama di jalanNya.
ye, saya telah juga melalui jalan2 itu. dan saya telah diberi peluang untuk merasai kemanisan cintaNya tanpa lelaki ajnabi di sisi. moga kita semua dapat menahan cinta2 lelaki itu sebelum dia menjadi seseorang yang halal dlm hidup kita.doakan..
-kite pon banyak rampas surat cinta budak sekolah. sekolah rendah pun dah pandai over2,pening kepala cikgu-
halemak..mcm2 kes centa bebudak nih.usah kata sek men CJ, dak sekola rendah pun da pandai. pakwe nye xdtg psl demam, sanggup dia ajak kwn sekelas pi umah si pakwenye tu nak melawat.dlm kelas siap menangis psl windu! agagagagaagaggalak! :p
tp bile baca cite CJ psl psgn bercinta kat sek CJ nih sanggup ponteng pi bengkel, x pi solat jumaat, ngeri jugak...ween zmn sek dulu tade pun bercinta2. ahahah lawaks lak dgr hal bebudak skang yek.
hoho.. percintaan tanpa nikah ni memang rata-rata merosakkan orang..
susah sangat diberi nasihat? dah couple masing2 no 1.. kalau orang bercinta cam saya [dengan my lover tu la cikgu... cikgu kate my lover is your lover too... kih kih kih!], baru senang terima nasihat.
diorang ni kalau Allah nak buka pintu hati pun mungkin bila tengah frust... tapi tu pun tak semua.. sekali buat, susah nak berenti! yuhu!!
errr, saya taktau nak komen ape pasal saya takde pengalaman bercinta... tengok je orang bercinta sekeliling TAPI sangat meluat! adeiii..
salam.
bila baca entri ni, saya teringat satu kes kat sekolah saya dulu. budak perempuan ni best student PMR. bila dia form 5, dia dilantik jadi penolong ketua umum sekolah. cikgu semua pandang tinggi pada dia sebab memang budak ni pandai sangat2. pastu bila dah jadi pen ketua umum, entah macam mana dia dengan ketua umum itu berpacaran.. ketua umum ni budaknya biasa je la. bukanlah best student. pastu bila cikgu2 dapat tahu dorg couple, cikgu nasihat supaya tumpukan pd studies sebab dak pompuan ni harapan cikgu2 untuk dapat straight 12A1. tp tak tahu apa jadi,finally dia tak dpt pon SPM straight A1 and sy pon dh tak tahu ape dia buat sekarang. tp walopon tak dpt straight As, A dia pon byk gak. mmg waktu belajar ni tak sesuai kalau nak bercinta. kalau dh terjebak, susah nak undur balik.. kata dan nasihat org pon dh tak nak dengar dah..
ada satu benda: adat bdk2 sekolah le. mana2 atlet mesti ramai peminat.
saya dulu atlet tapi tak ada peminta pon? hurm.. mungkin atlet laki je kot... =)
tie:
ehehehe.. lawak gak awak tie. ramai org tackle tapi bolayan eh. tapi akhirnya kawen juga kan. itulah jodoh namanya. bercinta lepas kawen.. hmmm tajuk yg menarik uk jd n3 baru. hehe
nordee:
a'ah le. aku pun pelik. yg pompuan lawa, pandai.. tapi yg lelaki campak kt sungai pun boye gostan.. huhu. pastu bercinta bagai nak rak, akhirnya tak kemana juga bdk2 nih.
cemut:
ahahaha!. darah manis cemut nih. bdk2 sklh skrg cemut. kdg2 tgk mrk layan pasangan mcm dh nk kawen esok. hehe
bab kena pelempang sbb tak mau makan waktu rehat sgt2 sadis woooo.. kih kih
neeza:
kaka neeza dh buat satu falsafah baru. dn satu tajuk filem : cinta ibarat budu. haha!
mujur aku tak makan sgt budu. kecuali kalau beli nasi kerabu kt pasar malam.
rien:
n3 ni aku maksudkan bdk2 sekolah menengah. kalau dh masuk universiti dn dh nak graduate tu lain cerita le. hehe
esok2 kalau awak jd cikgu, mungkin lebih mencabar kot. hihi
nurul:
wah!.. rupanya 'mama' dn 'papa' pun ada kt serendah. ingatkan kt KS aje. hehe. agaknya dh stail bdk2 skrg kot.
mesti best kan kalau reunion jumpa pakwe/makwe lama. pastu lg best kalau masing2 bawa suami/isteri/anak2 masing2.. hahaha!.. syahdu beb.
banat@saffa:
betul hazwani. cinta Allah cinta agung. cinta manusia cinta insani. kedua-duanya perlu. moga2 cinta kpd manusia makin dekatkan diri kepada Allah.
wiween:
bdk2 sekolah rendah pun apa kurangnya kan ween. kalau siap nanges2 sbb rindu tu kira dh parah tu ween. kena rujuk kt psikatri. hehe
maryam:
ehehehe.. your lover is my lover too.. heh.. mcm bermadu kita kan. tapi takpe le.. sbb kita mencintai yg sama, Allah yg satu. hehe
kalau frust dpt hidayah ok le gak. tapi ada yg frust makin jauh dr Allah.
meluat tgk kawan2 bercinta ek.. hehe.. nanti2 awak tau le sendiri. hihi
shazwani:
kesian bdk tu kan wanie. moga2 hidup dia cerah skrg. hehe
dulu awak atlet yek?. bdk2 lelaki mmg takut nk tackle atlet2 pompuan nih sbb nampak ganas kot. hehe
risa pun penah bercinta masa sekolah tp pas PMR dia ke sek. vokasional..bercinta melalu surat2 je..satu kenangan yg manis...tp sudahnya tak kekal pun..ttp ianya adalah pengalaman bercinta yg takkan dilupakan...
salam percintaan juga cikgu..
hihi..dulu sy penah suka someone,tapi tak ampai bercinta pun sbb lelaki tu tetiba couple ngn bestfriend sy..haha..frust jugak time tu sbb tak penah luahkan pape kat die..
tapi bila fikirkan balik,elok juga bersendiri begini kan..sedar sy ni masih muda n jauh lagi perjalanan sy ni..tak mahu la hampakan harapan mak ayah..hihi
hurmmm sy suka juga memerhati pasangan bercinta ni..selalu juga la jadi kaunselor kawan2 yang ada masalah cintun2 ni..
cinta tu buta..kentut pon boleh jadi wangi,makanan masin bangat pon dikata sedap.. cinta cinta...
best bc entry ni...kalaula ramai anak2 murid cikgu baca entry ni kan bagus..
huu~~ salam cikgu jawe..
first time bg komen even dh brp byk kali singgah sini..bace entry kali ini..buat saya tersenyum sendiri :p
ape2 pun..penangan angin cinta budak2 sekolah x bole lawan angin cinta org berumur 30an bercinta dgn gadis muda belia..
mungkin saya marah dgn org lain tapi saya lepaskan di sini ~~ maaf ye cikgu..
penangan angau cinta ni buat si jejaka 30an x keruan..pokok, ayam, itik pun dh mcm rupa si gadis muda..huh~~ dan si jejaka masih x sedar si gadis muda hanyalah menjadikan diri si jejaka x lebih dari tukang sponsor!!
masa saya sekolah pun pernah juga ditentang cikgu2 sbb saya kelas sc.stream..heee~~~ masa PMR dlu pun, cikgu2 bising..siap nak buat majlis sanding utk couple2 yg kantoi :p tp x jd pun majlis tu, gimik lebih je cikgu2 susun kerusi utk bersanding kt atas stage :p huuu~~~~
tapi ingat2 balik..terfikir jugak kenapa la hormon menggatal nk kawen ni boleh wujud time skolah? :p
Sejujurnya, ada tak sedikit perasaan cinta waktu cikgu di alam persekolahan ?
semua kes, kes1, kes 2 dan kes 3...
semua kes tunjukkan kecundangnye bile depa nih bercinta pada mase yg tak seswai..
bukan xde xcontoh mereka yg berjaye bile bercinta mase belajar, tapi segelintir je..
zaman budak2, apela yang difikir, semua suntut je fikirannya..
kalau dah slalu bersama, mau ikut je nafsu...
bende2 yg tak elok, senang nak jadi..
eloknye bercinta biarlah mase dah seswai, kite dah matangm bulih pk segalanye dgn matang dan lantang..huhu
panjang pulak aku ngomen, sori CJ!
tapi xleh nak kalahkan cik yuna...
kehebatan cinta :)
emm..SAYA senyum sorang2 masa baca entrie ni..huhuhu..tumpang kesian kat kes-kes cintan yg tak menjadi tu..
SAYA dan KAMU pun bercinta zaman sekolah..masa form 3..budak2 lagi dh gatai nk berpakwe..hehehe..KAMU yg approuch dulu, SAYA tak sampai hati nk tolak...hahahaha!! (sebenarnya mmg SAYA dh jatuh suka kat KAMU masa tu..dia baik..atlit sekolah, pengawas, PRS dan pengerusi persatuan pertahanan awam...)hehehe...kiranya KAMU mmg glamour la masa tu..satu sekolah kenal KAMU... SAYA tumpang glamour KAMU arr...hikk hikk...
tp kami dulu bercinta senyap-senyap..nk jaga reputasi KAMU yg glamour tu..last-last ada jugak cikgu yg tahu tp cikgu tak marah..cuma nasihatkn skit2 suruh fokus pd study..then, masa form 4 SAYA masuk sek.teknik..KAMU stay sekolah lama..kira couple dari jauh laa..setia bagai nk mati nii..hehehe...kawan2 anggap kami pasangan contoh..dan ramai2 doakan kami kawin.. ;-p
memang manis saat2 bercinta..apa org ckp semua tak nk terima..waktu tu, kita rasa kita je yg betul..dan org lain tak memahami kita la konon...poyo je ekk..lastly 7 tahun je bercinta..putus jugak..!! emm..
SAYA pun nk nasihat kat adik2 sekalian yg masih bersekolah tu..tak payah la bercinta dulu..habiskn sekolah tu, score molek2 SPM ke STPM ke..lepas habis sekolah baru pikir2 psl cintan cintun ni..kalau dia mmg jodoh kita, tak ke mana pun perginya..ok..
p/s : cikgu jawe..sambung la entrie ni ke episod 2 plak..hehehe..
meluat sebab dema TAU haram tapi tak reti2 nak elak.. huhu..
salam cikgu...
erkkk...sy pon brcinta gak time skolah dulu..ala2 kuch2 hota hai la gak ehehehehe....tp x ler siyess mane....juz saje2 gamaknye... tp skang masing2 da ade jalan idup sendri...si dia da kwen thn lps....sy? blom kwen2 ahahaha...rilek arrr kn? ehehehehe
cinta monyet ler katakan..hehehe
nasib bek aku xde tangkp cintun time still study dolo..hahaha
aku terpikat aa ngan ayat lam pic tuh..hehe
huhuhu...
daku tak pernah bercinta...sumpah!!..lepas study, bapak kawenkan dengan adik bungsu kawan bapak..Alhamdulillah...terima seadanya...
risanur:
pssssttt.. surat2 tuh masih ada simpan lagi ke? ehehe ni kot.
fathiyyah:
wah wah.. pernah alami cinta tak kesampaian yek. takpe fathiyyah, teruskan belajar dulu. dh berjaya nanti ada le jodoh awak. ntah2 kwn2 bujang kt blog ni kot. hehe.
snm:
kah! kah! kah! lawak gak awak ye. lepas geram kt sini. takpe snm.. tulis le. awat marah sgt dgn si jejaka 30an tuh?. ehehehe.. misteri nih.
ugut nak sanding bdk2 cintun nih mmg selalu cikgu2 buat. tapi sbnrnya tak tergamak nk buat.. huhu
apapun snm, bagi le aku baca n3 ko pula.
abang long:
wahahaha! soalan berunsur provokasi dn tidak diterima. hehe
cikgu BH:
aku cuba cari2 fakta contoh2 positif. tapi tadek lee.. cikgu BH tau ke?. boleh kongsi sama2 utk panduan bdk2 kita nih. hehe
ayumkay:
ketulusan hati.. kih! kih!
cahayamata:
erk! KAMU itu bukan aku kan.. hehe.
sedih kisah cinta awak. 7 tahun dn akhirnya berpisah. org kata tak elok juga terlalu lama bercinta kan.
takpe cik cahayamata. jodoh awak insyallah akan mendekat.
maryam:
betul mek. kdg2 geli geleman tgk bdk2 kecik bercinta. huhuhu
iman qaisara:
adeh lee cik iman kita nih. insyallah awak akan bahagia kalau awak serahkan cinta pada Allah. nescaya Allah akan bawakan cinta manusia pd awak. hehe
zie:
haaaa.. ni le contoh wahai adik2 ku. hehe.. time study tadek cintan cintun nih. skrg mcmana pulak zie?.. hehe
pinatbate:
ni juga contoh yg baik utk bdk2 sekolah. boleh kongsi kt n3 awak? hehe
salam cikgu J :p
nnt saya open to public
hiii~~ baru saya teringat. baru2 ni, saya saja menggeledah hp cousin saya, dia skrg form 4..aduss..saya geli baca sms dia & bf dia..bukannya apa..saya x fhm bahasa SMS skrg..saya x fhm apa yg diorang ni dok sms kan :p
CoE..apa tu??
bila saya baca, fahamkan balik ayat tu..rupanya
coe = sorry
hahahahah :D
ni la penyakit budak2 skolah bercinta..sgl2 nye nak shortform..cinta pun nnt jadi shortform jek kut :p
owh..jejaka tu memang sdg angau, hangat bercinta..nnt saya story dlm entry saya..:p
snm:
tak sabar nk baca n3 awak. hiks.. :)
mmg le bdk2 skrg. kalau aku jumpa surat cinta mrk pun aku tak faham apa nak dibaca.
tu belum lagi kalau bahasa2 nset nih.. org2 muda skrg.. huhu.
nampak sgt aku dh tua.. kih kih
well snm, teruskan blog. biar le acai dh berenti. dia mungkin ada alasan yg kuat buat camtuh. kita blog bukan kerana acai kan.. hehe
ye la cikgu J..kita blog bukan kerana sesiapa
but he inspired me to do so :p dia kan senpai saya yang best masa saya sekolah dulu. (abg faisal, kalau baca comment ni, seriyesli abg faisal&the gang inspired me utk berjaya!)
snm:
akhirnya snm, utk berjaya.. kita kena bina kekuatan sendiri. tanpa orang lain. hehe
apa aku mengarut nih. hohoho
cikgu,
susohnye nk jd cikgu nnt,
risa doh doh wase,
pulop zamam sekolah dulu tadop pglmn bchenta nih, susoh siketla nk memahami students berchente nnt :p
Post a Comment