Thursday, May 1, 2008

kisah dunia kerja aku..

salam semua:

hari ni 1 mei. orang kata hari pekerja. dan hari ni cuti umum. aku nak cerita sikit sejarah dunia kerja aku..

aku mula kerja cari rezeki sejak sekolah rendah lagi. bersama2 kawan2 sekampung, aku redah kebun orang dn petik kangkung kt parit. kami ikat2 ia dan jaja sekeliling kampung seikat 50 sen. kami pergi dari rumah ke rumah. sehinggalah mak aku suruh aku berenti jual kangkung. tak tau pula kenapa mak aku suruh aku berenti. huhu..

lepas SPM, aku ikut pakcik aku niaga buah kt pasar malam. pakcik aku anak2 dia semua perempuan. dn masa tu masih kecil2 semuanya. kiranya aku diperlukan utk menemankan dia pergi ambil buah kt pasar borong selayang. kami akan keluar awal pagi sebelum subuh. solat subuh di masjid paya jaras. sampai selayang dalam jam 10.00. dan berniaga kt pasar malam sekitar meru dn kapar. masa tu le aku asah bakat aku nyaringkan suara "epal..limau..belimbing.. soploh ringgit.." hehe

aku berenti niaga pasar malam bila dpt tawaran sebagai guru ganti kt SK Pelabuhan Klang. seingat aku ngajar BM kot.. itu le dunia pertama aku sebagai guru.

lepas abes STPM sementara tunggu result, aku kerja ngajar lagi kat SK Sg Choh. guru ganti juga. ngajar apa ek? lupa le. tapi aku jadi jurulatih takraw sekolah. dn buat pertama kalinya sekolah tu mencapai prestasi paling buruk dlm kejohanan takraw daerah!. huahuahua.. (aku tak reti main takraw sebenarnya)

bila masuk UKM, dlm cuti tahun 1, aku kerja kt kilang komponen buat ekzos kete proton. kt Meru. 2 bulan aku keje. okey le keje situ sehinggalah satu hari aku gaduh dgn supervisor aku. aku letak jawatan serta merta. puncanya aku dimarah sebab tunai solat maghrib waktu buat overtime. padahal supervisor tu melayu islam juga.

masa cuti tahun 2, aku keje kilang lagi kt meru. kali ni kilang percetakan. buat kad raya, kotak, pembalut dn lain2. kt kilang ni le aku belajar byk erti hidup. ada sorang mat bangla yg sgt2 berlagak. mentang2 le dia line leader. dia buat kami2 ni anak tempatan mcm org bangla juga. aku bebrapa kali "sound" dia agar jaga perlakuan kt tempat org. tapi dia berlagak amat. akhirnya lepas aku berenti keje kilang tu, aku dgr mat bangla tu kena belasah org ramai kt pasar malam. huhu..

supervisor sepet kilang tu juga agak berlagak. bila meronda dia akan bawa sebatang besi. dia kan berjalan sambil heret besi kt penghadang besi dn akan mengeluarkan bunyi yg amat nyaring. besi bergesel dgn besi. tanda bahawa dia sdg meronda.

aku berenti kilang tu setelah aku dimarah kerana ambil cuti waktu raya haji dn gaji aku dipotong setengah bulan!. "Lu olang melayu mau belapa kali laya satu tahun?" celaka punya sepet.

dan kilang tu pun dh terbakar tak lama lepas aku berenti kerja. hehe. woit!. bukan aku tau! haha.

masa cuti tahun 3, aku kerja kt kilang elektronik pula. pasang tv jenama cikai punya. nama jenama pun pelik. alaa.. tv murah2 yg jual kt pasar malam kot. masa kerja kt sini le aku kenal betapa peritnya keje dgn bangsa asing sepet. kena marah, herdik dn maki. mmg jadi kuli sgt2. mmg diperah sungguh tenaga. betapa hina rasanya jadi bangsa melayu yg kerja bawah bangsa sepet nih. aku berenti kerja kilang nih sebab masuk thn 4. dn tak lama lepas tu kilang ni tutup sebab bangkrap. hauhuahua.. padan muka marah aku lagi.

abes ijazah dn diploma pendidikan, aku keje jd cikgu kt sarawak. tak mcm sekarang, dulu sblm praktikal dh dpt tahu nk posting kt mana. 5 tahun stgh kt sarawak dn masih belum puas duduk sarawak.

sekarang aku masih lagi jadi cikgu. masih cikgu cabuk juga. kt kuala selangor nih. minta balik sini pun saja2 je main2 isi borang. bila dpt posting balik sini, rasa menyesal pula. kenapa le aku awal sgt balik kampung. plan asal aku nak 15 tahun dok sarawak sana. huhu

alhamdulillah, aku masih bekerja. dn aku tak lupa membayar zakat setiap gaji yang aku terima. melalui potongan gaji juga.

semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus bekerja.

selamat hari pekerja untuk semua. bagi yang belum bekerja, moga2 cepat2 dpt kerja.

note: aku tak setuju tuntutan ceupacs umur bersara dinaikkan kpd 60 thn. bagi aku ini akan menimbulkan kesan pengangguran yg dahsyat kpd rakyat. ramai yg berkelayakan, tapi tak dpt kerja sebab ramai yg belum pencen. biarlah rezeki merasa sama2. dn 60 tahun tu.. tumpu kt cucu dn ibadat udah je leee..

24 comments:

Anonymous said...

salam cj

pnjg nye sejarah keje dia... :) nape balik awal sgt dr sarawak tu?

kite mmg patot bersyukur kite ada keje, sdgkan de org len yg smpai skrg tak pt keje huhu yg malas tak masuk senarai...

emm kite pon doakan kite sume diberikan kekuatan oleh Allah utk terus bekerja dan berbakti pd anak bangsa huhu skema je ayat...

selamat bercuti... watpe rini? nak gi mane?

Anonymous said...

inspirational,inspiring
kisah2 begini bermanfaat buat tauladan,kalau boleh cerita lagi..
boleh buat buku berjilid2 tak
orang cakap otobiografi x silap

Salam

NuRuL said...

awal apdet cikgu..mentang cuti ek..hehe. eh..sk sg. choh? dekat dengan tempat saya tuh cikgu. saya pon kureng setuju ngan had umur bersara tuh sampai 60 tahun tuh..bayangkan cikgu2 yang umur dah 55 tahun ke atas nih masuk kelas ngajar..ish..tak payah lar rasa.

[MH] said...

salam...selamat pagi cikgu...takkan cikgu tak kenal chelsea kot? chelsea kan jaguh kampung kat eropah tu..mustahil la cikgu tak kenal..hehehe..

cikgu,selamat hari pekerja..moga cikgu lepas ni makin tekun bekerja dan mengajar..

Anonymous said...

manje:
balik awal tanpa sengaja. suka2 isi borang pastu diterima pula. huhu..

anon:
pengalaman menjadikan aku dewasa. cheewaahh! hehe

nurul:
dulu aku dok sewa dlm kampung. rumah dekat dgn smk sg choh. rasanya la ni kawasan tuh dhh jadi bandar kot.

ye la.. tua2 mana larat panjat tangga kan. kalau desak tambah gaji baru betul. hehe

fathiyyah:
hai laa nk kena betul doktor muda ni lah. hihi

selamat bercuti fathiyyah. rajin2 belajar ek..

akirasuri said...

Erk! Saya tak keje..
Cane ek..
Kakakaka!! :))

Selamat hari pekerja ek cikgu!

silversarina said...

Selamat Hari Pekerja.

Samalah entry kita hari ni :)

Alhamdulillah cikgu masih lagi diberi rezeki tubuh badan yang sihat untuk terus berbakti pada nusa dan bangsa.

Shazwani Adnan said...

salam.

selamat pagi cikgu. KAt sini pagi lagi. dan selamat hari pekerja. Pernah duduk sarawak rupanya. sarawak kat mana? kakak saya sekarang ni pun jadi cikgu kat sarawak, kat sibu, sekolah men teknik sibu. Cikgu juga. Hurm, tak saba nak tunggu 16 mei. Nak jadi orang yang terawal wish. hihi

Maryam said...

entri udang di sebalik mi. hehe...

bab umur bersara dinaikkan tu saya pun tak setuju. tapi kat sekolah saya ni ramai cikgu2 dah lebih umur terpaksa sambung mengajar. pakai contract. sian derang selalu tak sihat.

MakcikMuda said...

aku ragu2 la.

tetiap kali ko ade masalah,ko benti,mesti ade mende x best jd kat tempat kije ko.

*moskel*

Anonymous said...

akirasuri:
alahai le cik ati nih. memasing kan ada peranan yg tlh Allah tentukan. pahala cik ati lagi besar. hihi.. cik ati tentu faham kan maksud aku. =)

silversarina:
TQ kak. Moga2 kita semua diberi kesihatan oleh Allah juga.

shazwani:
dulu aku kt Miri. 16 mei biasanya cuma satu hari yg biasa je. tiada apa?. heee..

maryam:
tu lee. bila umur dh banyak, tenaga pula makin kurang. kesihatan beransur menghilang.. camna nak kerja lagi?

rynn:
tadek apa2 rynn. berenti sama ada aku mmg nak masuk balik universiti, atau aku tak mahu agama aku dihina sebegitu rupa. sapa tahan kalau tiba2 kena marah pasal solat maghrib. padahal aku solat kt sebelah jentera berlapik kadboard je. bergilir dgn member pula... tak ganggu langsung perjalanan produk. saja je cari pasal kot supervisor aku tuh.

yg pasal raya tuh pun camtuh. takpe le tak kerja asal agama aku pertahan. boleh cari kerja lain. jual kangkong ke. hehe

Inah said...

ini dia..the untold story..huhuhu..keje cikgu keje mulia :)

i'm proud of u :)

ohh..cikgu ditag!!saya nak tgk ape hadiah yang cikgu inginkan sangat2 :P

:: Wiween :: said...

waaa...byk pengalaman cikgu jawe ni.hehe eh awk UKM jugak??? sama arr! isk isk grad thun bile? dulu duk kamsis mana?? hehehe

Mazarina said...

nama brita kitak?

wawawa..suker2 isi borg terus dpt?isk2...btuah sungguh! kamek kat sini isi borang blk smenanjung sik dpt2..kitak snang plak ek?hehhee...

dulu ngajar kat miri ke?kamek kat kapit...kelak ada masa kamek mau ronda2 p miri ke,bintulu ke...KK n labuan udah sampai..hhehe

Anonymous said...

inah:
tu petikan kecil aja dr kandungan buku the untold story yg terdapat 10 jilid semuanya. muahahahhaa!

aku kena tag ye.. haish!.. inah ni saja je tau. =)

wiween:
yup. aku dulu UKM. kamsis F rahim kajai. kena buang kamsis masa tahun 2 sebab dituduh menyebelahi IPU@MAMPU. hahhaaa

mazarina:
salam kitak ya. pandei kitak kalakar sarawak, tapi masih ada juak bunyi malaya. =)

udah lama ka kitak diam sinun? mun baru 2 tahun jak. sik payah pindah lah kitak ya.

kamek udah balit malaya. datanglah miri nangga apa yang patut di sia.

*haish!.. berbelit lidah kamek kalakar sarawak*

akirasuri said...

apsal jadik cikfgu jawe? :))

*berlalu pergi sambil gelak guleng-guleng*

Nurul Nadiah said...

cikgu jawe..

bakal cikgu ni nak nanye..
best tak ngajar kt srwk?
safety utk cikgu2 pmpuan ok x?
yang bujang2 la i mean.. =)

heheh

nape ari tu cikgu ade kate kite jauh beza ek? konpius neh! (^.^)

Inah said...

sama gak..nape cikfgu jawe

muahahahahahahaha

ape kamu ngomong sihhh :P

CikguZue said...

wah...dah boleh buat filem bersejarah...hehehe
banyak pengalaman luas pandangan...eh terbalik ke?
Apepun sememangnye maruah agama tidak boleh diperlekehkan. Kitala yg kena mempertahankannye...

Selamat bekerja...

Shah CJ said...

akirasuri:
hehe.. taip dlm gelap nih cik ati.. hehe

nadia yuna:
ok jek ngajar sarawak. hehe. lagipun mmg ramai anak2 dara ngajar sana. jgn takut lah. biasa sekolah menengah kt bandar jek.

selalunya kan.. kalau yg bujang.. tak balik daaaahhh. dpt org sana. wakakakkaaa!!!

jauh beza? tak ingat le..

inah:
hasih! nak kena ni inah.. sama je dgn cik ati. hihi

cikguzue:
filem sejarah tak mau le. penonton tak minat. filem aksi dgn tembak2 baru best. letupan sana sini ke.. hehe

NuRuL said...

takdenye tempat tuh jadi bandar cikgu .. duk camtuh jer saya rasa. awal2 saya sampai tahun lepas jalan situ still duk under constuction..nih dah setahun lebih duk sini still tak siap2 lagi..ntah bila nak siap taktau lar..

arsaili said...

salam..lamak nya kitak di serawak..pandei gik sik kelaka sarawak...

Nurul Nadiah said...

haiyaaa..
dapat org sane tamo tuh
nanti tak balik2
isk isk isk

takut wooo

Anonymous said...

nurul:
hhmmmm.. sg choh tetap masih asli pembangunannya. :)

arsaili:
sikit je tau ckp sarawak ni bro. main belasah je. hihi

nadia yuna:
kalau dh jodoh cik nadia... lari zimbabwe pun dpt gak org sana. huhu