Wednesday, February 27, 2008

mari belajar kira-kira

dialog aku dgn murid2 aku semalam masa kt makmal kimia.

umur awak berapa tahun?
17 tahun..

satu tahun berapa hari?
365 hari..

17 tahun ada berapa hari?
6,205 hari..

kalau satu hari buat 1 dosa, ada berapa dosa?
6,205 dosa..

kalau sehari buat 2 dosa?
12,410 dosa..

kalau sehari 3 dosa?
aaaaaa....! cikguuuu!!! jgn le mcm tu.. takuuutttt!!!

hihihiii

Firman Allah S.W.T. :

“Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa), ini peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.”
(Surah Hud Ayat 114)

Rasulullah S.A.W. Bersabda : Allah berfirman, “Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriku barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, dia akan dimasukkan kedalam Syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah termasuk dalam perjanjian ini.”

Daripada Usman bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'-nya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)

9 comments:

AiRynnz said...

lau nak dikire2 sehari mmg terlalu byk dosa yang di buat terutama dosa2 kecil ni...

semuga Allah mengampunkan dosa2 kita semua...

Qaseh Bidadari said...

insaf cikgu...

semoga seme dosa2 kite diampunkan allah...

. said...

cikgu yang baik ialah cikgu yg sentiasa mengingatkan anak muridnya tentang akhirat..

tahniah..:)

dan semoga kita diampunkan oleh Dia yang Maha Kuasa.

Anonymous said...

hehehe.. saiko saiko :)

Anonymous said...

emm kite mmg kene senantiasa takut... takut utk membuat dose2 yg kecil apalagi yg besar...

en3 yg menginsafkan ... :)

Acaii Jawe said...

huhu, insaf bila bac ani cikgu,huhu

Anonymous said...

Salam
erm,makhluq yg lemah.....
O*n*E

Anonymous said...

SEMUA:
terima kasih atas respon. semoga kita saling ingat mengingati..

aria ayumi said...

huhu. banyaknya dosa kite...