Tuesday, December 4, 2007

Genap sebulan.

1 nov 2007. genap sebulan progress rumah aku. mula dari segenggam tanah, perlahan-lahan jadi sebuah rumah.

dah sebulan umur ko yee.. kejap je dah besar bagak.. ada kawan cadangkan bagi nama kat umah aku ni. eerr.. nama ape yek? teratak jawe kot.. kih..kih.. bunyi mcm rumah kongsi indon jee.. :p

seperti yang aku pernah cerita dalam blog lama (dah delete). aku salah seorang mangsa penipuan pemaju. rumah yang aku beli kat Alam Perdana, - sebelah Puncak Alam - dah tersangkut 6 tahun. gaji bulan2 potong pula tu. tu le masalah kalau pemaju Melayu. dah dapat duit cabut lari. aku tak halalkan dia makan duit aku!.

tapi sampai bila aku nak duduk kat kuarters ni. kawan2 lama hampir semua dah pindah. takde lagi kawan2 nak lepak medang kat restoran mamak lepas isyak. takde lagi kawan2 lama yang meramaikan surau. kekadang.. aku azan, aku bilal, aku imam, aku juga makmumnya.. sorang2 kat surau. penghuni ramai tapi surau sunyi. amat sunyi. kawan2 baru ada, tapi rentak mereka tak sama dengan kawan2 lama. generasi awal yang bersusah payah membangunkan kuarters guru ni. generasi baru tak rasa susah mcm kami waktu mula2 nak tuntut kemerdekaan kuarters ni. turun naik opis, ppd, jpn, syabas, tnb. gaduh lagi kat mesyuarat dpn2 pengarah. kwn2 baru cuma menikmatinya..


kuarters tempat aku nyorok. nun haaa.. kat hujung padang tuu.. yang bertingkat tuuu...

jadi.. aku nekad buat rumah sendiri. walaupun bukan mudah. aku terpaksa bayar 2 hutang yang besar. hutang gomen pinjaman rumah kat alam perdana yang dah sangkut dan hutang bank modal buat rumah yang ni. bulan2 gaji aku potong RM2+++. isk..


aku berdoa moga Allah lapangkan rezeki dan mencukupkannya untuk aku dan keluarga. bukannya aku buat disko, aku buat rumah. rumah untuk kami berteduh. untuk kami solat dan beribadat di dalamnya.

aku buat rumah kat meru. lbh tepat kampung bukit kapar. kampung asal aku selepas puas aku merantau sejak tingkatan 2. jarak antara kg ke kuala selangor lbh kurang 40 km. biasanya aku drive 40 minit. 1 km 1 minit? takpe lah.. janji aku dah ada rumah sendiri. esok2 lah aku pikir nak pindah sekolah atau stay kat sini. atau aku tunggu naik dulu dg44 kot.. sebab gomen kata sapa2 yang ngajar form 6 akan naik dg44 mulai thn depan. best tuh!

hish.. monolog pulak le aku post kali ni...

4 comments:

Acaii Jawe said...

itulah risiko beli umh sekarang..sampai takut nak beli umh skrang..nasib kita yg kampung2 ni masih ada tanah lagi..kalau ada rezeki lebih buat umh kat tanah abah kat sijangkang je sana..tak payah risau kena tipu pemaju..:)

lawa umh tu bro:) nampak besar dan mewah je,hehe...bagusla solat kat surau tu bro, yg penting jgn sampai satu tpt tu tak solat berjamaah..takut ada bala' pula nnti...:)

arsaili said...

salam kenal bro..uikss lawa aa rumah tuh....dulu selalu ke meru...sekarang sure banyak berubah

Qaseh Bidadari said...

al-hamdulilah..dapt jugak rumah sendiri...moga cikgu di murahkan rezki...

Shah CJ said...

faisal:
hati2 kalo beli rumah dgn pemaju bro. pengalaman aku, jgn percaya dgn janji manis pemaju. baik beli rumah PKNS, dah siap baru jual. kalau beli kat site.. risiko besar. tapi terpulang le kat ko. kalau dah ada tapak elok buat aje. puas hati.

arsaili:
salam kenal juga. meru dah banyak berubah. kedai2 lama dekat traffic light dah takde, dah terbakar (dibakar?). sekarang byk kedai baru.

mama ranggie:
hai mama. moga mama juga dimurahkan rezeki. lawa anak mama. mcm mak bapa dia juga.:)