Sunday, December 9, 2007

cikgu.. Pengetua NAK JUMPA.

aku sedang merayau2 seorang waktu pagi kat Bandar Baru Kuala Selangor. cari sarapan dan ikan, sayur.

- Kuala Selangor ada 2 pekan/bandar. Bandar lama dikenali pekan lama. terletak di kaki Bukit Malawati. tempat asal Kuala Selangor dan ibu negeri Selangor pertama. dan bandar baru dikenali Bandar Malawati. -

tetiba nset berbunyi. dari sekolah. apa kena sekolah tepon aku pagi2 buta hari sabtu pula tu.

aku respon.

"assalamu 'alaikum cikgu.." lembut suara sorang wanita menyapa.
"wa 'alaikum salam.."
"ni siti cikgu" siti pembantu pejabat.
"ye siti, ada apa call ni..?"
"Pengetua nak jumpa cikgu hari Isnin, jam 9 pagi kat pejabat dia..."
"haiyyoookkk..." sepontan aku melatah.
"haiyyooork.. tak tau le kenapa. cikgu jangan lupa ye.."
"ok.. terima kasih siti"

alaaa... apa ni. suspend eh. selalu boss tak buat macam ni. alaaa.. mcm2 kat kepala aku.

Boss aku walaupun amat sporting, jarang marah dan frendly - siap gi memancing sama dgn kami -, tapi dia tetap boss. kalau dia panggil masuk pejabat... isk.. alaa.. dia baca blog aku ke? sebelum ni Penolong Kanan ada call juga. tapi aku buat deerrkk je. tak angkat pun.

nah kau!. kali ni Pengetua sendiri nak jumpa. padan muka aku. hu..hu..hu.. suspend eh.

4 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

teringat kat mak sy. camni la rutin org cikgu-cikgi ni yek. mak sy time cuti2 skolah ni pun hari2 gi skolah jgk. siapkn laporan akhir thn. cuti yg x mcm cuti pn.

Shah CJ said...

sarah:
kerja bawah arahan gini le. kena ikut perintah sama ada suka atau tak. hanya cikgu/anak sorang cikgu yang faham kerja cikgu kan.

arsaili said...

salam cikgu, moga semuanya baik2 jer...mungkin ada berita baik? naik pangkat ker..eheheh

Qaseh Bidadari said...

alah,x de mende tu..pengetua tu rindu ngan cikgu kot!hehehe....