Saturday, February 28, 2009

adakah anda laila atau majnun

salam semua :)

bila tuan boss siang td singkap kisah laila dn majnun waktu ucapan perpindahannya, aku fikir lain pula. boss anggap dirinya spt majnun yang mencintai sklh sepenuh jiwanya. dia cintai surau, tangki air, longkang, kelas, langsir, opis, kolam.. semuanya!. sbb tu tak heran ptg2 nampak boss membersihkan longkang tersumbat. huhu..

laila dn majnun 2 insan saling mencintai. tp terhalang oleh birokrasi. tatkala mrk saling merindu tp tak jua dpt ketemu. laila dn majnun mengelamun di tepi tingkap memandang bumbung rumah. oh, rupanya dpt pandang bumbung rumah pun sgt melegakan!.

kalau le sorang tuh, tgk blog sesorang berkali2 [bkn HCJ]. pastu tgk ym, ebuddy, wl, pingbox berkali2. sedangkan 'dia' tk juga muncul2. tk muncul satu hal. tgk nama dia terpapar offline satu hal.

kalu timbul rasa lega dn gembira tgk nama dia offline dlm list. atau dtg ziarah blog dia berkali2 walau dia tk apdet berkurun. adakah itu juga laila dan majnun?.

dush!.. yg pastinya, laila dn majnun moden bermenung dpn tingkap [windows] yang berpanorama luas [vista]. atau juga punyai pengalaman termahal [xp]. bermenung di tingkap memakan epal [apple] sambil mendakap patung penguin [linux]. mungkin itu korang. bkn aku. haha!.. :)

biar le HCJ terus disembunyi

salam semua :)

gayanya aku spt sedang ke arah mendedahkan sedikit demi sedikit siapa di sebalik CJ. hehe.. kt mana sklh aku mengajar. kt mana aku tinggal, siapa famili aku dn lain2 le.

cuma aku mohon sgt2 dr anda semua. yg mengenali sklh aku mengajar. yg kenal kawan2 guru kt sklh aku. aku mohon agar HCJ ni biar le didiamkan aje dr mereka. rasanya tak perlu le dihebah2 kpd rakan setugas aku.

nk tau kenapa?. sbb aku kurang selesa blog aku dibaca oleh mrk. itu saja. alasan lain biar le dlm fikiran kalian semua. anda cerakinkan apa yg anda fikir.

sungguh! aku takkan teragak2 untuk menutup blog ini jika urlnya diketahui oleh rakan sekerja atau mana2 murid aku. dan aku takkan sama sekali menyesal utk tutup terus blog nih jika ia berlaku.

sekali lagi mohon dengan sangat. HCJ biar le antara sesama kita shj.

terima kasih =)

Friday, February 27, 2009

aku sedang dilamun cinta

salam :)

undang2 tak bertulis blog yang separa zalim:

awak tak dtg blog orang lain, maka blog awak juga org lain tak datang. secara beransur2 awak akan dilupakan.


maafkan aku kawan. aku belum sempat nak jalan2 mcm dulu. aku sedang dilamun cinta dengan aksara2 bisu. surat, borang, kertas kerja dan sgl mcm keje nak kena buat. ada peristiwa besar menjelang 12 mac nih yg aku perlu utk tumpahkan kasih dn sayangku padanya lbh dr blog aku dn blog korang. hehe..


ok, mmg ada beberapa blog yang aku sempat singgah. ada drop komen dn ada yg silent reader aje. mohon korang maafkan aku dn jgn kecik ati ye. sbb aku cuma punya sekeping hati yg kecil tp tersorok dlm jasad yg besar. huhu..

nota:

1. ptg td lps solat jumaat aku gi pusat kesihatan petaling jaya dpn tabung haji kelana jaya tuh. ingat nk ambil suntikan meningitis. rupanya cuma buka hari isnin dn jumaat pagi. kalau kt klinik swasta kena kos 100 ringgit utk suntikan tuh.

2. aku juga sdg menunggu passport aku siap. kalau passport hilang rupanya byk dn payah prosedur dia. kena repot polis, isi borang siasatan dn sumpah dpn pesuruhjaya sumpah. insyallah hujung bln mei nih katanya blh siap. passport penting utk aku menerobos ke siam tuh. haha!

3. korang pikir apa hah?