Wednesday, December 31, 2008

setahun berlalu

salam semua :)

31 disember 2008 bersamaan 3 muharam 1430.

sebenarnya kita dh melangkah ke tahun baru. dn satu lg akan bermula tgh mlm nanti. menyorot kembali setahun lps, beberapa peristiwa dn cerita berjalan terus atas kanvas kehidupan. suka duka saling bertandang. saat ceria diri terasa bak camar di muka ombak. saat duka pula kdg2 sangat mencarik rasa.

2008/1429 mencoretkan byk kejayaan. antara yg terbesar ialah aku tlh memiliki rumah sendiri sblm usia menjejak 40 thn. sbnrnya aku dh punya rumah seawal usia 29 thn. kini aku ada 2 buah rumah. aku sendiri tak pernah menyangka akan memiliki rumah seawal ini. maklum le dgn gaji cikgu biasa cuma DG41 dn tanpa side income, aku bersyukur sgt pd rezeki yg Allah beri padaku. :)

dlm bidang kerja, aku berjaya selesaikan tugas dn tanggung jawab dgn baik walaupun kurang sempurna. aku dilantik sbg kakitangan sumber disiplin daerah a.k.a jurulatih ssdm. begitu juga tugas2 lain spt guru disiplin, guru penasihat, setiausaha spm, ketua kelab guru dn lain2. sbnrnya aku langsung tadek cita2 nk jd pentadbir, walau ketua panitia sekalipun!. cukup le cikgu biasa yg menatap wajah comel murid2 kt dlm kelas. [mmg ada yg betul2 comel hingga terlupa sat bini kt rumah. kekekekee]

rumah sukan aku, rumah hijau mengekalkan juara 4 thn berturut2. walaupun tanpa dibarisi atlet sekolah dn daerah. mrk hanya berbekalkan semangat melawan dn keyakinan diri dn sedikit strategi melemahkan musuh. kakakakaka!

kejayaan sebenar seorang guru ialah menghabiskan sukatan pelajaran walau sebok mana dia bertugas. dn itu le yg aku capai. sukatan pelajaran aku berjaya tamatkan seawal bln 7 lg. bekerja sbg guru bkn le mudah sgt dn bukan susah sgt. cuma ia memerlukan kekuatan dn dorongan, baik dr luar atau dalam.

keseluruhannya; 2008 lbh baik dr 2007. hampir semuanya terakam dlm blog ini. di sebalik sakit yg masih pasang surut. juga kisah kehilangan atuk tersayang, cerita sedih juga kdg2 menjengah rasa hingga hampir terjelepok di lantai masa. kdg2 air mata menitis juga; sekurangnya dlm hati. namun aku masih ada kekuatan utk meniti satu lagi titian cabaran.

syukur pd Allah, 2008/1429 meninggalkan lbh byk kenangan manis. moga 2009/1490 1430 akan lbh manis, lbh ceria, lbh bahagia dn lbh indah. amin.

lawatan ke klang sentral

salam semua :)

ini le dia klang sentral. yg kontroversi tuh


klang sentral ni sbnrnya stesen bas klang yg baru. ganti stesen bas lama kt bandar klang yg kt sblh pasar jawa dn dpn mydin. semua bas beroperasi dr sini, sama ada perjalanan sekitar selangor atau seluruh semenanjung. ia terletak kt meru dekat dgn setia alam. paham tak nih?. lantak kome lee..



bas ke UK, Rusia, Saudi, Jordan, NZ dn Aussie juga beroperasi dr sini dgn transit di KLIA. muahahaha!

reka bentuk moden ala2 KLIA. berhawa dingin sepenuhnya. yg aku seronok tgk, ramai peniaga melayu berniaga kt sini. terutama peniaga makanan. :) blh le aku lepak2 selalu. hehe. tau sewa tapak kedai brp? RM3000 sebulan!. hoh?. sapa kaya?.. hihi..

bg aku ok le stesen bas baru nih. dekat dgn rumah aku. lbh kurang 7 minit jek dgn wira buruk aku tuh. yg bestnya ada bas gi pantai timur, utara dn selatan. genting, kangar, kota bharu, kuala terengganu, temerloh, johor bahru semua ada. senang nk jln2 pasni. asal hulur RM aje. =P

dlm jln balik, isteri aku ckp: "pasni blh le balik sg udang naik bas." mentang2 le bas lalu dpn rumah dia. suka le tu. mcm le jauh sgt meru dgn klang nk blk naik bas.


selingan: laptop dh ok!. hehe

Tuesday, December 30, 2008

laluan iklan.

salam semua :)

brg2 utama operasi:
hardisk, alat pembedahan dn balsem :))


aktiviti blog terhenti seketika untuk memberi laluan kpd iklan.

terima kasih bilik berita.

ketika ini saya berada di bilik operasi pembedahan. kerja2 penurapan jalan sedang giat dijalankan oleh tuanpunyablog. sebenarnya dia baru saja membeli hardisk laptop baru bersaiz 160GB menggantikan hardisk lama bersaiz 80GB.

kami belum pasti apa yg menjadi punca tuanpunyablog tukar hardisk baru. tp kami difahamkan ia berpunca dari selera besar tuanpunyablog untuk memuatkan semua perisian komputer yg ada di dunia. buruk punya selera dia ni lah!.

kami juga dimaklumkan koleksi2 gambar yg tuanpunyablog tembak tlh mencapai tahap maksima dn memerlukan ruang yg lbh luas lagi. namun kami diberitahu tiada gambar2 'ehem..ehem..' dimuatkan dlm laptop dia.

oleh kerana kerja2 naiktaraf dilakukan oleh tuanpunyablog sendiri, seperti memasang windows xp, msoffice, kaspersky internet security, adobe photoshop, games dn lain maknenek punya lanun memerlukan masa. maka aktiviti blog akan terhenti sementara.


sekian dr bilik operasi. kembali ke bilik berita.


selingan: iklan yuyee cap limau. untuk sakit kepala dn kembung perut. :)